Tuesday, July 28, 2009

BEGITULAH NIK AZIZ

Salam bloger...

Seperti yang dijangkakan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memperbetulkan” kenyataannya bahawa “salam” yang dihulurkan bukannya antara Pas dan UMNO tetapi lebih kepada Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat. Inilah yang saya fokuskan dalam tulisan saya semalam agar semua pihak tidak terbuai dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Nik Aziz memang suka memutarbelitkan kenyataannya dan kenyataan yang terbaharu itu bukanlah sesuatu yang asing dan pelik. Mana mungkin Nik Aziz sebagai seorang yang melihat DAP itu “lebih Islam” daripada UMNO hendak berbaik-baik dengan parti utama Melayu itu. Saya tidak nampak keajaiban boleh berlaku sehingga Nik Aziz sanggup berkorban prinsipnya yang anti UMNO untuk berbaik-baik dengan UMNO. Tidak mungkin!.

Bagi Nik Aziz, DAP dan PKR adalah sebaik-baik parti yang boleh dibuat kawan olehnya dan kedua-dua parti berkenaan dilihat “lebih Islam” daripada parti-parti Melayu lain. Oleh kerana itulah, Nik Aziz akan bermati-matian mempertahankan DAP dan PKR kerana itulah “sahabat Islam” beliau. Manakala umat yang jahil di bawah pula akan menelan apa yang pemimpin mereka seperti Nik Aziz ini perkatakan.

Kalau ditanyakan saya, saya tidak pernah hairan dengan kenyataan dan perangai Nik Aziz kerana sebelum ini beliau berkata, Pas boleh berkawan dengan syaitan pun.

Maka tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sudah sampai masanya UMNO menutup pintu perbincangan dengan Pas kerana parti itu tidak pernah ikhlas untuk mencari perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Pas tidak mampu melihat UMNO sebagai parti yang perlu diberikan perhatian kerana itulah yang ditanam dalam benak dan otak mereka selama ini. UMNO tidak Islam, UMNO kafir ... itu tuduhan mereka.

Tapi bila dengan DAP, mereka tidak kisah langsung walaupun DAP terang-terang menjadi parti yang menentang hasrat penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud ala Pas. UMNO harus diingat bahawa Pas tidak akan ke mana jika mereka bersama DAP melainkan Pas itu sendiri menjadi alat DAP semata-mata.

Saya berharap, media kita tidak lagi memberikan laporan yang melampau mengenai hal-hal yang berkaitan dengan isu perpaduan ini kerana ia lebih bersifat provokasi Nik Aziz semata-mata. Cukuplah dengan permainan kotor mereka selama ini. UMNO usah terperangkap lagi dengan permainan itu.

Kita lihatlah ke mana Pas nak pergi selepas ini. Pas mungkin seronok kerana menyangka mereka sudah boleh “mempermainkan” UMNO tetapi dalam diam, Pas terlupa bahawa dirinya sudah lama dipermainkan oleh PKR dan DAP. Tunggu dan lihat sahajalah, apakah kesudahannya nanti.

3 comments:

Mat Said said...

saya selalu baca tulisan yb dato'. ramalan yb dato' memang tepat. orang umno sepatutnya ikut kata yb dato'. saya pun naik malu juga pikir pasal perangai orang umno ni. lapar sangat ke pas tu.

Anonymous said...

Ade Blogger berpendapat bahawa Nik Aziz akan di Tolak Rakyat.

Saya tak setuju Nik Aziz akan di tolak olih Rakyat sebab jawatan dalam Pati adelah di lantik olih wakil drpd 850,000 ahli pati saje,dan jawatan MB Kelanatan adelah di lantik olih wakil rakyat kelantan yang ade 1.7 juta orang aje.
Rakyat maksud nya 25,000,000 orang Malaysia.
HjMae Berek12

Anonymous said...

Antara buku buku kesukaan mereka adelah buku tulisan Micheavelli dan juga tulisan George Orwell berdojol "Animal Farm", sudah lama buku buku ini dterjemahkan pada base Melayu.
Make tak gamjil dan hairan jika perbuatan dan ungkanpan diilhamkan olih isi kandungan saperti ini.
HjMae Berek12