Saturday, March 27, 2010

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN

Assalamualaikum,

Minggu lalu rakyat dikejutkan dengan satu lagi pendedahan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin yang beliau telah menerima tawaran lumayan agar menfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan model Al-Tantuya Sharibu.

Saya percaya, bahawa rakyat yang berfikiran matang dan terbuka akan merasai sama dengan apa yang saya rasakan. Masya’Allah, tergeleng kepala saya mendengar akan pendedahan tersebut. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpegang kuat dengan prinsip Islamnya, saya tidak mempertikaikan pendedahan yang telah dibuat itu.

Persoalannya ialah, tergamaknya manusia yang sanggup mengambil tindakan sedemikian demi mencapai cita-cita politik mereka, demi untuk melihat Perdana Menteri kita dimalukan, demi untuk memuaskan kehendak serta keperluan politik pihak tertentu.

Kepada anda semua, tidak kiranya sama ada orang UMNO, PAS atau PKR, saya mahu mengajak anda berfikir dengan matang dan terbuka akan hal ini. Bagi saya ini adalah kebenaran bahawa sebenarnya pemimpin utama negara kita tidak terlibat langsung dengan kes tersebut. Selama ini ia sengaja dicetuskan kerana mempunyai niat dan tujuan politik kerana pihak berkenaan juga tidak mempunyai apa-apa isu sebenarnya.

Oleh kerana itulah, mereka tergamak untuk menggunakan kaedah politik yang sangat kotor dan jijik sepertimana yang telah didedahkan oleh YB Zulkifli Nordin tempohari.

Jika rakyat masih gagal melihat mengenai perkara tersebut, saya kurang pasti apakah yang sepatutnya lagi perlu ada pada diri setiap daripada kita. Jika rakyat masih lagi menerima dan bersama dengan golongan yang bersubahat melemparkan fitnah ini, saya masih tidak mampu memahaminya. Hakikatnya, pendedahan tersebut dibuat oleh sekutu politik UMNO sendiri dan sudah tentu, ia mempunyai nilai kejujuran yang tinggi.

Apa yang terdedah tidaklah dirancang untuk terdedah. Namun tiba-tiba apa yang selama ini tidak diketahui, dan di saat sudah ada di kalangan rakyat kita sendiri yang percaya kepada fitnah tersebut, pendedahan tersebut telah dibuat. Inilah bagi saya, petunjuk kebenaran bagi pihak Perdana Menteri. Oleh kerana itu, rakyat perlu sedar dan memahami akan hal tersebut. Politik sedemikian sewajarnya ditolak rakyat. Tidak syak lagi.

Saturday, March 20, 2010

BERSYUKURLAH

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Telah banyak peristiwa berlaku di sekeliling kita. Ia sewajarnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya.

Dalam konteks negara kita, kita sebenarnya jauh lebih bertuah berbanding orang lain. Di saat, rakyat di negara lain sedang dilingkari dengan pelbagai masalah termasuk politik dan bencana, kita di sini masih lagi setenang ini – biar pun iklim politik kita kadangakala menggelegak panasnya.

Apa yang saya maksudnya ialah, kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh rasa selesa. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa semua ini tidak akan berlaku hanya semata-mata ia hendak berlaku. Siapakah yang memaju dan membangunkan negara ini sejak dahulu sehingga kini sehingga Malaysia berada sebagaimana hari ini.

Walaupun sedikit kecewa apabila adanya manusia yang berkata-kata seolah-olah negara ini pada hari ini terbina begitu sahaja tanpa ada tangan yang membentuknya, namun saya percaya bahawa majoriti rakyat kita tidak pernah lupa akan hakikat tersebut. Ertinya, dalam kita semua melewati kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar ini, kita seharusnya belajar untuk lebih bersyukur di atas segala nikmat yang kita kecapi.

Saya cuma bimbang bahawa dengan pelbagai percubaan atas nama kepentingan politik dilakarkan, ia akan menyebabkan apa yang kita miliki ini terdedah kepada ancaman. Ia tidak mustahil. Justeru, jika kita mempunyai perasaan sedar dan bersyukur di atas nikmat yang ada, maka kasih sayang itu dengan sendirinya akan menebal di sanubari kita.

Saya tidak pasti dengan anda, namun bagi saya, saya amat bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Dan, kejayaan Malaysia itu pula terbentuk hasil usaha gigih pemimpin terdahulu sehingga sekarang, yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan bakti mereka kepada tanahair tercinta dan bertuah ini. Saya, kebetulan diberikan laluan dan kesempatan oleh Allah untuk menjadi sebahagian kecil pemimpin parti pemerintah amat kagum dengan kejayaan itu.

Bukan sahaja untuk saya atau anak-anak saya, anda juga menikmati hasil daripada apa yang saya sebutkan tadi. Oleh kerana itulah, apabila adanya pihak-pihak yang sengaja bertindak untuk menjejaskan apa yang sedang kita miliki ini, maka ia sebenarnya amat tidak patut sama sekali.

Saya ingin mengajak anda agar membentengkan diri dengan anasir-anasir yang merugikan yang kini kian kuat menjalar. Saya bimbang dengan kononnya dengan senjata “suara rakyat” yang minoriti itu menjadi alasan untuk mereka meruntuhkan apa yang telah kita miliki sekian lama.

Tidak kurang pula yang menggunakan senjata agama bagi tujuan yang sama. Ia sangat menyedihkan.

Mungkin ada baiknya kita renungkan hal ini seketika, sekurang-kurangnya untuk hari ini.

Friday, March 19, 2010

SOALAN-SOALAN SAYA PADA SESI KALI INI

SOALAN LISAN DARIPADA YB.DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI, AHLI PARLIMEN KUALA NERUS, SEMPENA MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS

SOALAN PERTAMA

YB.DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI BELIA DAN SUKAN MENJELASKAN USAHA PEMANTAUAN YANG DILAKUKAN KE ATAS PROSES PERALIHAN KUASA PERTUBUHAN BELIA 2007 YANG TELAH DIKUATKUASAKAN SERTA SEJAUH MANA KEMENTERIAN MENJADI JURU PANDU KEPADA BELIA-BELIA YANG BAHARU DIPILIH SEBAGAI PEMIMPIN INI.(6 April 2010- JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KEDUA

YB. DATO HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KESIHATAN MENJELASKAN JUMLAH PESAKIT MENTAL YANG TERDAPAT DI SELURUH NEGARA MENGIKUT PECAHAN NEGERI DALAM TEMPOH LIMA TAHUN.(12 April 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KETIGA

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI {KUALA NERUS} MEMINTA MENTERI DALAM NEGERI MENJELASKAN APAKAH TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MEMASTIKAN KES SEPERTI AKHBAR HERALD TRIBUNE TIDAK LAGI BERULANG SEHINGGA IA MENCETUSKAN ISU DAN POLEMIK YANG SERIUS.(25 MAC 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KEEMPAT

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI DALAM NEGERI MEMPERINCIKAN JUMLAH MEREKA (WARGA NEGARA)YANG DITAHAN ATAU TIDAK DIBENARKAN KE LUAR NEGARA SETAKAT INI DAN SEJAUH MANA KEBERKESANAN LANGKAH TERSEBUT TERHADAP KEPENTINGAN NEGARA.(14 April 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KELIMA

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, HAL EHWAL PENGGUNA DAN KOPERASI MENJELASKAN MENGENAI STATUS CADANGAN UNTUK MENGHADKAN PEMBERIAN SUBSIDI MINYAK PETROL KEPADA WARGA NEGARA DAN BUKAN WARGA NEGARA DAN ADAKAH KERAJAAN BENAR-BENAR BERSEDIA?(18 MAC 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KE ENAM

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI DI JABATAN PERDANA (JPM) MENYATAKAN BERAPA BANYAKKAH PERMIT BAS EKSPRESS YANG DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA TAHUN DAN BERAPA BANYAKKAH SYARIKAT BAS EKSPRESS YANG DIKENAKAN TINDAKAN SELEPAS BERLAKUNYA KEMALANGAN MAUT DALAM TEMPOH YANG SAMA DAN APA PULA KESAN DARIPADA TINDAKAN TERSEBUT.(13 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KETUJUH

YB.DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN STATUS PEMBINAAN LEBUH RAYA PANTAI TIMUR (LPT) ANG SEPATUTNYA DAPAT DISIAPKAN TAHUN INI, APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI DAN BERAPA BANYAK KOS TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN SELAIN JAMINAN TEMPOH SIAP DARIPADA KERAJAAN.(1 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KELAPAN

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}INGIN TAHU ADAKAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERCADANG MELETAKKAN PEGAWAI JABATAN KKEBAJIKAN MASYARAKAT DI SETIAP HOSPITAL DI SELURUH NEGARA BAGI MEMBANTU PESAKIT-PESAKIT YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DAN JIKA YA, SEJAUH MANAKAH IA MAHU DILAKSANAKAN.(22 Mac 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KESEMBILAN

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA YAB PERDANA MENTERI MENJELASKAN MENGENAI KEBERKESANAN DARI SUDUT MEMBINA KEFAHAMAN RAKYAT TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA DAN ADAKAH WUJUD SATU MEKANISME BAGI MEMASTIKAN IA TIDAK DISALAHGUNAKAN ATAU DIPERLEKEHKAN.(15 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KESEPULUH

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KEWANGAN MENYATAKAN SEJAUH MANAKAH AKTA SEWA BELI KENDERAAN DIKUATKUASA SECARA BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN KES-KES PENARIKAN KERETA OLEH AGENSI KEWANGAN.(30 Mac 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KE TIGA

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI {KUALA NERUS} MEMINTA MENTERI DALAM NEGERI MENJELASKAN APAKAH TINDAKAN YANG DILAKUKAN BAGI MEMASTIKAN KES SEPERTI AKHBAR HERALD TRIBUNE TIDAK LAGI BERULANG SEHINGGA IA MENCETUSKAN ISU DAN POLEMIK YANG SERIUS.(25 MAC 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KEEMPAT

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KEWANGAN MENYATAKAN SEJAUH MANAKAH AKTA SEWA BELI KENDERAAN DIKUATKUASA SECARA BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMANYA YANG MELIBATKAN KES-KES PENARIKAN KERETA OLEH AGENSI KEWANGAN.(30 Mac 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KELIMA

YB.DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN STATUS PEMBINAAN LEBUH RAYA PANTAI TIMUR (LPT) ANG SEPATUTNYA DAPAT DISIAPKAN TAHUN INI, APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI DAN BERAPA BANYAK KOS TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN SELAIN JAMINAN TEMPOH SIAP DARIPADA KERAJAAN.(1 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KEENAM

YB.DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI BELIA DAN SUKAN MENJELASKAN USAHA PEMANTAUAN YANG DILAKUKAN KE ATAS PROSES PERALIHAN KUASA PERTUBUHAN BELIA 2007 YANG TELAH DIKUATKUASAKAN SERTA SEJAUH MANA KEMENTERIAN MENJADI JURU PANDU KEPADA BELIA-BELIA YANG BAHARU DIPILIH SEBAGAI PEMIMPIN INI.(6 April 2010- JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KETUJUH

YB. DATO HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI KESIHATAN MENJELASKAN JUMLAH PESAKIT MENTAL YANG TERDAPAT DI SELURUH NEGARA MENGIKUT PECAHAN NEGERI DALAM TEMPOH LIMA TAHUN.(12 April 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KELAPAN

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI DI JABATAN PERDANA (JPM) MENYATAKAN BERAPA BANYAKKAH PERMIT BAS EKSPRESS YANG DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA TAHUN DAN BERAPA BANYAKKAH SYARIKAT BAS EKSPRESS YANG DIKENAKAN TINDAKAN SELEPAS BERLAKUNYA KEMALANGAN MAUT DALAM TEMPOH YANG SAMA DAN APA PULA KESAN DARIPADA TINDAKAN TERSEBUT.(13 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KE SEMBILAN

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA MENTERI DALAM NEGERI MEMPERINCIKAN JUMLAH MEREKA (WARGA NEGARA)YANG DITAHAN ATAU TIDAK DIBENARKAN KE LUAR NEGARA SETAKAT INI DAN SEJAUH MANA KEBERKESANAN LANGKAH TERSEBUT TERHADAP KEPENTINGAN NEGARA.(14 April 2010 JAM 10.00 PAGI)

SOALAN KESEPULUH

YB. DATO’ HAJI MOHD NASIR BIN TAN SRI IBRAHIM FIKRI{KUALA NERUS}MEMINTA YAB PERDANA MENTERI MENJELASKAN MENGENAI KEBERKESANAN DARI SUDUT MEMBINA KEFAHAMAN RAKYAT TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA DAN ADAKAH WUJUD SATU MEKANISME BAGI MEMASTIKAN IA TIDAK DISALAHGUNAKAN ATAU DIPERLEKEHKAN.(15 APRIL 2010 JAM 10.00 PAGI)

Thursday, March 18, 2010

KEJUTAN DI PARLIMEN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Politik segala-galanya adalah mungkin. Walaupun seseorang itu nampak lantang dan bijak berkata-kata, itu bukanlah tiket untuk menggambarkan dia sebagai seorang yang berani. Apa yang berlaku pada sidang Parlimen siang tadi telah membuktikan hakikat yang sebenarnya.

Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim telah meninggalkan sidang Parlimen ketika bekas kawan rapatnya dan bekas wakil rakyat PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membongkar rahsia “tragedi 16 September”. Sememangnya, pendedahan itu amat mengejutkan kerana ia telah mengatasi apa yang selama ini digambarkan oleh khalayak umum. Saya percaya bahawa rakyat yang mendengar pendedahan Datuk Seri Zahrain itu juga terkejut dan tidak menyangka bahawa ia sampai ke tahap yang beliau dedahkan.

Saya masih ingat, ketika kami Ahli Parlimen BN mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan, beberapa wakil rakyat PKR juga telah ke sana kononnya bagi merealisasikan agenda “16 September” mereka. Menyertai rombongan Ahli Parlimen BN ke Taiwan itu ialah saya sendiri.

Pada waktu itu, apa yang rakyat gambarkan ialah sekadar kisah “memburu’ wakil rakyat BN tetapi semalam telah mendedahkan sesuatu yang tidak pernah tergambar oleh kita semua. Pendedahan itu tidak boleh dipandang mudah, tidak boleh dibiarkan kerana adanya pihak yang mengaitkan nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Semalam, DS Anwar meninggalkan sesi perbahasan ketika pendedahan tersebut dibuat. Memang berlaku sedikit kekecohan pada sidang itu tetapi mengapa DS Anwar “melarikan diri” tidaklah diketahui. Apa pun, kami semua sedia maklum akan sebabnya.

Saya tertanya-tanya, banyak lagikah pendedahan yang akan dibuat selepas ini. Ia sudah tentu akan menjadikan sesi parlimen akan lebih menarik dan “ceria” selepas ini walaupun kadangkala amat panas sekali.

Apa pun, dalam kita melaksanakan amanah tersebut, usahlah Ahli Yang Berhormat lupa mengenai pesanan, teguran dan gesaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika berada di sepanjang sidang Parlimen itu berlangsung.

Natijah daripada apa yang telah berlaku semalam, yang berani bercakap dan bertindak belum tentu dia berani berhadapan dengan kebenaran. Demikianlah ketika kebenaran itu terbongkar dan dibongkarkan. Ia tidak mampu dinafikan lagi akan hakikat itu.

Sama-samalah kita fikirkannya.

Tuesday, March 16, 2010

SIDANG PERLIMEN

Salam blogger,

Syukur Alhamdulillah, saya dapat terus menulis kali ini. Semalam, mengikuti perasmian pembukaan sidang Parlimen oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan banyak sekali pandangan, gesaan dan nasihat yang diberikan baginda untuk pemimpin Negara dan wakil rakyat yang ada.

Banyak sekali yang wajar dan boleh direnungi oleh kita semua hasil daripada titah baginda itu. Sememangnya, ia adalah sesuatu yang penting bagi mereka yang sayang dan cintakan negara bertuah ini. Hal ini akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan berharap, ia akan menzahirkan sesuatu yang positif dan mampu memberikan sumbangan, bukan sahaja terhadap pemikiran pemimpin dan rakyat tetapi juga memberikan pulangan yang baik kepada negara.

Antara yang menarik ialah teguran baginda agar Ahli-Ahli Yang Berhormat menjaga tingkah laku dan adab-adab mesyuarat sesuai dengan gelaran yang mereka berikan. Saya percaya, teguran baginda itu disebabkan berlakunya beberapa insiden sebelum ini yang menyaksikan tindakan, kata-kata dan tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya sendiri boleh menganggapkan sebagai agak memalukan. Dan selalunya ia datang dari pihak pembangkang.

Sepatutnya, Ahli Yang Berhormat menjadi contoh kepada rakyat dan datang ke sidang Parlimen dengan membawa isu-isu rakyat dan bukannya mencetuskan sesuatu yang tiada kena mengena dengan rakyat. Oleh kerana itulah bagi saya, gesaan baginda itu wajar diberikan perhatian serius dan tidak hanya dilihat hanya sebagai satu kisah yang berlalu begitu sahaja.

Beberapa soalan saya juga akan dijawab di Parlimen kali ini dengan memberikan fokus terhadap beberapa isu yang saya kira penting untuk kita semua. Itulah harapan saya.