Tuesday, September 23, 2008

Banyak hal la si Anwar ni




Assalmmualaikum dan Salam Sejahtera,saya berharap semuanya berada didalam keadaan sihat dan bahagia.Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan banyak perkara seperti 16 September,penahanan Teressa Kok,dan yang terbaru saya dapat makumat Raja Petra ditahan selama 2 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.Saya memohon kepada rakyat Malaysia jangan cepat melatah,kerana apa yang kerajaan lakukan pasti ada sebab dan musababnya.16 September,tahniah saya ucapkan kepada Datuk seri Anwar kerana telah menjadikan ramai ahli politik dari pihak pembangkang sebagai 'bahan lawak' kepada orang ramai kerana sebelum ini mereka yang bertungkus lumus menghebohkan kepada media yang 16 september akan terjadi dan pelbagai lagi.Kini ahli-ahli politik ini hanya mampu berdiam sementara Anwar mencetuskan 'ilusi' baru iaitu tarikh 23 September,hari ini 23 September dan apa yang berlaku?masih tiada perubahan,kerajaan BN masih kukuh dan bersatu.Tidak keterlaluan jika saya katakan yang Anwar seorang yang kuat 'berimaginasi'.Penahanan Teressa Kok pula menampakkan rasa tidak hormatnya kepada umat islam dan agama rasmi negara kerana mempersoalkan penggunaan tulisan jawi dan laungan azan,sebelum ini kita dikejutkan dengan permintaan luar biasa dari kaum cina dari parti pembangkang,seperti pemberian biasiswa kepada kaum cina dan juga yang paling menyedihkan kenyataan dari seorang Melayu dan bergelar Y.A.B Menteri Besar iaitu Tan Sri Khalid yang menyatakan dan mencadangkan dengan sekeras-kerasnya untuk UITM di buka kepada kaum Cina.Saya bukanlah ingin bersikap perkauman disini,tetapi sudah termaktub dalam perlembagaan yang orang melayu diberikan 'hak-hak istimewa' didalam Malaysia.Menyedihkan pemimpin-pemimpin melayu dari pembangkang menyokong kenyataan dan cadangan ini,ini terjadi kerana mereka ingin menjaga hati dan perasaan rakan-rakan mereka didalam parti mereka dan pakatan mereka.Berlainan dengan parti-parti komponen BN,yang menunjukkan kepatuhan kepada perlembagaan negara dan rasa hormat kepada kaum Melayu,ini tidak dapat dinafikan.Saya berharap keadaan negara kita akan pulih dan saya yakin akan pulih kerana kita memiliki pemimpin-pemimpin yang berkeliber dan bukan hanya pandai cakap tetapi yang mempu melaksanakan apa yang dijanjikan,'kita bukan cakap,tapi kita buat'.Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa Paling Kontroversi


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Ahlamdulillah telah lebih 20 hari kita berhadapan dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Kini kita menghadapi 10 hari terakhir Ramadhan,ramai yang sibuk mencari pakaian,alatan rumah dan pelbagai kelengkapan bagi memastikan hari raya pada tahun ini bermakna.Bagi saya Raya pada tahun ini agak menyedihkan kerana tidak dapat bersama anakanda-anakanda tersayang,saya dan isteri kini berada di New York bagi menemani Y.A.B Datuk Seri Najib dan Isteri ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,dan hanya akan pulang pada Hari Raya Pertama,insyaALLAH.
Banyak spekulasi yang timbul mengenai diri saya,semasa saya di Taiwan bersama rakan-rakan BNBBC bagi lawatan sambil belajar,ramai wartawan yang menghubungi saya dari Malaysia bertanyakan benarkah saya akan lompat parti kerana ditawarkan jawatan Menteri Kewangan 2?ada pula yang bertanya benarkah Datuk Seri Anwar sendiri datang berjumpa saya dan meminta saya untuk lompat parti?Jawab saya senang,walaupun benar dahulunya saya memang rapat dengan beliau semasa beliau didalam Umno,tetapi saya tidak sanggup 'belot' kepada perjuangan Ayahanda saya dalam Umno.Ayahanda saya banyak berkorban demi memperjuangkan Umno,bangsa dan negara,dan saya tidak akan sekali-kali menjadikan perjuangan beliau sia-sia dengan membuat keputusan untuk melompat parti.
Pada 16 September 2008,ada rakan menghubungi saya dan berkata 'Nasir,boleh aku jumpa mu hari ni,tolonglah',saya bagitahu dia yang saya banyak program,dia kata 'Nasir,tolonglah aku nak jumpa mu,1 minit pun jadi' jadi saya pun cakap ok lah,mu datang la ke pejabat sekarang.Sampai-sampai je dia terus pegang saya dan tanya,betol ke petang ni mu akan umum untuk lompat parti jam 6.00ptg?Saya terus ketawa,lucu benar,memang benar saya akan membuat pengumuman tetapi bukan pengumuman melompat parti tetapi pengumuman tentang hal lain kerana pada tarikh 16 September saya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di perkarangan pejabat saya.Majlis ini sudah lama saya buat,sejak zaman saya Ketua Pemuda lagi.
Majlis ini dibuat di pejabat saya yang dulunya merupakan rumah Ayahanda saya.
Selepas solat Tarawih,ramai Ahli Parlimen yang menghubungi saya termasuk Pengerusi BNBBC iaitu Datuk Seri Tiong King Sing,beliau menanyakan benarkah saya sudah menyertai PKR kerana di Kuala Lumpur,Sabah dan Sarawak sudah riuh yang saya sudah menandatangani surat menyertai PKR,saya memberitahu mereka supaya jangan risau,saya masih bersama mereka dan berpegang teguh kepada Umno dan Barisan Nasional.
Saya secara peribadi berpendapat,Pas dan Dap tidak berkongsi mimpi untuk membentuk kerajaan pada 16 September,kerana baru-baru ini semasa PKR menghantar wakil mereka untuk menemui MP-MP BN di Taiwan kita dapat melihat mereka hanya tergolong dalam PKR,dan tidak ada waki dari Dap dan Pas,disitu saya dapat melihat bahawa 16 September hanyalah impian PKR dan bukan impian bersama Pas dan Dap.Kini sudah melepasi tarikh 16 September,apa yang jadi?penyokong-penyokong PKR ternganga,kenapa PKR masih belum membentuk kerajaan,ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.
Selepas 16 September kini PKR hanya hidup dalam alasan,bermacam-macam alasan yang diberikan bagi menipu rakyat dan penyokong-penyokong mereka.Saya berharap rakyar-rakyat Malaysia tidak akan mempercayai kata-kata atau janji-janji kosong yang aan dibuat oleh Parti Pembangkang dimasa akan datang.
Saya berharap dibulan mulia ini,kita akan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama kita,dan perbanyakkan ibadat-ibadat yang dikira bonus seperti berzikir dan sebagainya,jangan lupa yang wajib!!!InsyaALLAH kita akan berjumpa di Syawal dalam majlis-majlis hari raya.Selamat Bersahur dan Berpuasa

Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan

Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan kepada ank-anak yatim,warga emas,dan golongan fakir bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus di Perkarangan Pejabat MP Kuala Nerus


Berbuka Di Felda Belara


Berbuka Puasa di Felda Belara Bersama YB.Datuk Hj.Hassan Malek,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Alhamdullilah

Berbuka bersama Imam dan Bilal pulok!!!


Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam dan Bilal Seluruh Parlimen Kuala Nerus,Alhamdulillah

Program Bulan Ramadhan dah mula


Majlis Berbuka Puasa di Hotel Felda bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu,Persatuan Gemilang taekwondo,Persatuan Sofbol Terengganu,Persatuan Squash Terengganu, dan beberapa Persatuan lain yang diterajui oleh saya,Alhamdulillah

Musim Sukan Lening




Kejohanan Sofbol peringkat Kebangsaan di Terengganu pada 19 Ogos 2008,Menteri Besar,Y.A.B DAS merasmikan pembukaan manakala saya sebagai Presiden Persatuan Sofbol Terengganu merasmikan penutup,Alhamdulillah

Sunday, September 14, 2008

MP Kuala Nerus nafi sertai Pakatan Rakyat





Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim menafikan desas desus bahawa beliau adalah antara tiga ahli Parlimen BN di Terengganu itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat.Mohd Nasir yang juga ketua Umno bahagian Kuala Nerus berkata, namanya telah disebut-sebut akan menyertai Pakatan dan tersebar luas di Terengganu.



Beliau juga menafikan ditawarkan jawatan menteri kewangan kedua jika menyertai Pakatan. “Saya bertanding atas tiket Barisan Nasional dan kerana itu saya berpegang kepada janji menjadi wakil rakyat BN.“Mereka (Pakatan) tidak pernah datang dan jumpa saya serta rakan-rakan yang lain,” katanya ketika dihubungi di Taiwan semalam..


Dua lagi ahli Parlimen BN Terengganu yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan ialah ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.Penyertaan mereka ke Pakatan menjadi buah mulut di kalangan orang ramai di Terengganu, termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno.Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Matulidi dan Mohd Nor untuk mengesahkan perkara tersebut. “Mungkin kerana dahulu saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana faktor itu nama saya disebut akan menyertai Pakatan,” kata Mohd Nasir.


Sementara itu, laman web Tranungkite melaporkan lima ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan akan balik lebih awal iaitu Sabtu ini.Menurutnya, mereka ialah Mohd Nasir; ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Saddique; ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi; ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan ahli Parlimen Tanjong Manis, Norah Abdul Rahman.Tranungkite mendakwa, mereka pulang awal kerana mahu keluar BN dan menyertai Pakatan kerana dilaporkan ditawar jawatan menteri.Lamanweb itu juga melaporkan Mohd Nasir ditawar jawatan menteri kewangan kedua, Halimah (menteri perdagangan antarabangsa dan Industri), Dr Mohd Fuad (menteri keselamatan dalam negeri), Anifah (menteri pertanian) dan Norah (menteri pelajaran).




Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Assalammualaikum para pelayar internet,maafkan saya kerana agak sibuk kebelakangan ini sehingga tidak berpeluang melayari laman ini.Alhamdulillah selesai sudah sidang Parlimen dan akan bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.Saya juga ingin mengambil peluang ini bagi mengucapkan tahniah kepada Y.A.B PM kerana telah berjaya membentangkan sebuah bajet yang berunsurkan dari rakyat kepada rakyat.Saya melihat bajet ini amat telus dan menitikberatkan kepentingan rakyat dan bajet ini bukanlah bajet 'mat jenin' tetapi bajet yang logik.Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 kepada seluruh wakyat Malaysia dan rakyat di Kuala Nerus,walaupun sudah agak terlewat,tetapi saya berharap rakan-rakan dapat memaafkan saya.



Sebenarnya semangat kemerdekaan tidak seharusnya muncul hanya pada hari sambutan kemerdekaan iaitu 31 Ogos pada setiap tahun,semangat ini perlulah berterusan sentiasa.Disamping itu syukur juga ke hadrat ilahi kerana jatuhnya 31 Ogos pada tahun ini bersamaan dengan tarikh melihat anak bulan bagi umat Islam mengerjakan satu lagi ibadah iaitu berpuasa.Saya berharap setelah mencapai kemerdekaan selama 51 tahun yang gemilang,Malaysia akan terus maju dan maju dan maju,insyaAllah.