Thursday, February 19, 2009

Menarik Diri bertanding AMT Umno


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dalam mengikuti jadual harian yang amat padat,dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk melayari blog Gelombang Nerus ini.Seperti semua sedia maklum Perhimpunan Agung Umno tetap akan dijalankan pada bulan 3 ini.Sebenarnya amat berat hati saya untuk mengumumkan perkara ini,saya Mohd Nasir Bin Ibrahim,mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan bulan Mac ini.Saya sebenarnya tidak mahu menambah sebab kepada perpecahan didalam Umno dengan pertandingan ini.

Saya tidak mahu orang melayu dan Ahli-Ahli parti berpecah,biarlah saya mengundurkan diri,demi kebaikan semua.Disamping itu saya juga boleh memberi tumpuan yang lebih sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang Ketua Bahagian,supaya dapat memperkuatkan parti untuk menghadapi pilihanraya ke-13 yang bakal mendatang.Seperti semua sedia maklum,jika sesuatu pertandingan berlaku perpecahan tentu dengan mudah akan terjadi,tetapi proses penyatuan dan pemulihan semula perlu mengambil masa yang amat lama,dan kita tidak mempunyai masa yang lama kerana PRU-13 akan berlangsung pada 2012 insyALLAH.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian-Bahagian di seluruh negara yang telah mencalonkan saya sebagai Ahli Majlis tertinggi,dan yang telah berjanji akan memberi sokongan dan undi,terima kasih atas sokongan yang berterusan.Saya akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon MT dari Terengganu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Terima Kasih semua.

Monday, February 9, 2009

Pakatan Bakal Runtuh?


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari pemimpin nombor 1 DAP,YB Karpal Singh yang menyelar kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang.Selain itu Bekas Pengerusi DAP,Yb Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP,Y.A.B Lim Guan Eng juga turut menerima kritikan hebat dari Yb Karpal.Saya yakin dan percaya,apa yang dikatakan oleh Yb Karpal,adalah sesuatu yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat,yang sebelum ini kita hanya andaikan berlaku tetapi kini sudah menjadi kenyataan yang sebenarnya ada keretakkan didalam Barisan ALternatif atau PR.Ini berlaku kerana Pakatan mereka tidak mempunyai tujuan atau perjuangan yang sama.

Oleh itu mereka tidak bersama-sama dalam membuat apa jua keputusan.Saya percaya ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak berpuas hati tetapi tidak berani menyuarakan pendapat mereka.Saya secara peribadi merasa DS Anwar sepatutnya sudah lama berhenti atau letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kerana beliau gagal,memenifistasikan kenyataan-kenyataannya seperti 16 September,yang kini terbukti hanyalah sebuah fata morgana,mirage beliau sendiri.

DS Anwar juga sedikit sebanyak menyebabkan ekonomi negara merosot kerana ramai pelabut telah dipengaruhi oleh retorik DS Anwar.Jadi saya rasa,DS Anwar Ibrahim wajar meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang,ini juga adalah tanda-tanda awal yang Pakatan Rakyat akan runtuh tidak lama lagi.

Tahniah buat Adinda Yb Ustaz Hj.Ramli

Assalammualaikum.
saya ingin mengucapkan Tahniah kepada adinda saya iaitu Yb Ustaz Hj.Ramli Nuh,kerana telah berjaya mewujudkan sebuah blog,Alhamdulillah.Semoga blog ini akan dikendalikan dengan sebaik mungkin dan akan memberi banyak input-input yang terkini.Tahniah,tidak dpat dinafikan bahawan internet/blog banyak memainkan peranan dalam arus politik kini,jadi memang tepat pada masanya jika Yb menceburkan diri dalam laman blog ini,saya menyeru kepada semua Yb-Yb Terengganu supaya mewujudkan sebuah blog atau pusat informasi bagi rakyat dikawasan masing-masing mengetahui perkembangan terkini kawasan.InsyaALLAH.

Jangan salahkan Sayap Parti

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dapat hari ini saya menulis di ruangan ini.Saya sebenarnya ingin menyentuh tentang cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno,Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail supaya sayap-sayap parti dibubarkan bagi mengurangkan politik wang.Saya amat menghormati Tan Sri sebagai 'orang lama' dalam parti tetapi saya kurang bersetuju dan merasakan tindakan itu bukanlah yang terbaik bagi mengurangkan politik wang.

Sayap-sayap ini telah banyak berjasa kepada parti dalam mengembangkan struktur organisasi parti.Saya percaya Tan Sri mempunyai pandangannya yang tersendiri,tetapi sememangnya membubarkan sayap-sayap bukanlah penyelesaian kepada isu politik wang dalam parti,sebaliknya aspek penguatkuasaan dan penyerapan nilai-nilai murni adalah langkah lebih tepat bagi mengurangkan masalah politik wang.

Ini juga tidak adil bagi sayap-sayap ini,kerana mungkin ada segelintir yang mengamalkan budaya kotor itu tetapi mengapakah semua ahli sayap mesti dihukum?,sayap-sayap ini juga telah melahirkan ramai pemimpin yang berjasa kepada negara,contohnya Y.A.B Dato Seri Najib yang suatu ketika dulu pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia,YB Tan Sri Muhyiddin yang insyaALLAH akan menjadi Timbalan Presiden Umno begitu juga dengan YB Datuk Hishammudin yang InsyaALLAH akan menjadi Naib Presiden Umno,ramai pemimpin sayap yang menjadi pemimpin kerajaan/negara,termasuk saya sendiri yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian pada tahun 89,Datuk Ahmad Said,Datuk Idris,Datuk Mohd Jidin,kami semua lahir dari sayap Pemuda Umno.

Semasa didalam sayap lah tempat digilap bakat untuk menjadi seorang pemimpin parti dan pemimpin kerajaan masa hadapan.Pada saya sayap-sayap seperti Pemuda,Wanita,Putera, dan Puteri masih diperlukan sebagai asas pembentukan pemimpin

Friday, February 6, 2009

Kekalahan punyai hikmah tersembunyi


Assalammualaikum,alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi saya menulis diruangan ini,walaupun agak lama saya tidak menjenguk laman ini tetapi banyak yang saya ingin tulis cuma tidak berkesempatan kerana agak sibuk dengan tugasan rasmi seharian.Semua telah ketahui keputusan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu,Pas telah memenanginya,saya percaya Barisan Nasional telah melakukan segala yang termampu untuk memikat hati rakyat dan saya juga percaya kita telah berusaha dengan gigih pada pilihanraya kecil baru-baru ini,cuma mungkin nasib tidak menyebelahi Barisan Nasional.Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada jentera BN Pulau Pinang di bawah Ketua Penyelarasnya Datuk Musa Sheikh Fadhil yang telah bekerja keras bersama-sama saya di Petiundi Pulau Kambing dan Hiliran Jejawi,juga kepada jentera dari Kedah dibawah penyelarasan Datuk Bakri yang bertungkus lumus di Petiundi Hiliran Masjid,Kg.Tokku,dan Simpang Tokku,yang telah bekerja keras dari awal hingga ke hari pengundian.Pemimpin Umno perlu lihat kekalahan ini dari sudut positif,ianya merupakan satu signal awal dari rakyat bukan sahaja kepada negeri Terengganu malah seluruh Negara untuk Umno dan BN memperbaiki kelemahan yang ada,dengan kekalahan ini juga Umno dan BN insyaALLAH akan bertambah kuat dan utuh apabila bersama-sama bekerja untuk memenangkan semula Parlimen Kuala Terengganu InsyaALLAH.Dalam pada masa yang sama,Barisan Alternatif yang terlalu membanggakan kemenangan di P036,ALhamdulillah dengan kekalahan BN di P036 akan digantikan dengan sebuah negeri iaitu Perak.Semua Ahli dan Pemimpin Umno perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di Perak dan Kuala Terengganu,jagalah rakyat dengan sebaik-baiknya dan Pemimpin Tertinggi jangan abaikan wakil rakyat itu sendiri.