Monday, October 27, 2008

Terima Kasih,Alhamdulillah


Assalammualaikum,dan salam kepada para pelayar internet.Alhamdulillah bahagian-bahagian di Terengganu semuanya telah bersidang kecuali bahagian Kuala Nerus iaitu bahagian saya.Persidangan Perwakilan Bahagian Kuala Nerus,akan berlangsung pada 8 November,insyaALLAH.Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang berjaya mempertahankan jawatan didalam bahagian masing-masing,bagi yang kalah,teruskan usaha anda untuk memajukan parti,walaupun sudah tidak berada didalam kepimpinan tertinggi,insyaALLAH dengan usaha semua pihak dapat kita sama-sama membawa perubahan kepada Umno.Alhamdulillah hasrat saya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi telah tercapai,disini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beberapa bahagian yang telah mencalonkan saya,Bahagian Batu Pahat,Tebrau,Pulai,Titiwangsa,Selayang,Jerlun,Padang Terap,Paya Besar,Setiu,Hulu Terengganu,Kuala Terengganu,dan Dungun.Terima Kasih juga saya dahulukan kepada bahagian-bahagian yang akan mencalonkan saya nanti.Alhamdulillah pencalonan yang diterima oleh saya sudah mencukupi kuota untuk bertanding,saya berharap akan mendapat sokongan dari semua perwakilan bahagian.Dalam masa pertandingan Umno kini,pelbagai senario dapat dilihat,ada yang menghantar ugutan,ada yang berpakat untuk menjatuhkan seseorang,bagi saya sikap ini seharusnya tiada didalam diri ahli Umno,jika seseorang itu mempunyai sikap seperti ini,dia tidak layak menggelarkan dirinya sebagai Ahli Umno.InsyaALLAH seperti yang saya janjikan,saya akan melakukan perubahan dalam Umno jika mendapat tempat sebagai Ahli Majlis Tertinggi nanti insyaALLAH.Dengan menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno,segala tindak-tanduk saya demi merubah Umno akan lebih berkesan dan efektif.InsyaALLAH

Kegemilangan Bersama

Thursday, October 16, 2008

Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja


Assalammualaikum,harap semua berada didalam keadaan sihat dan sejahtera.Alhamdulllah hari ini dapat say meluangkan sedikit masa menulis sedikit informasi kedalam blog ini.Saya pulang ke Terengganu hari ini,menaiki flight jam 2.55ptg,dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 3.45ptg.Setibanya saya di Terengganu saya menungu pula Dato Seri Najib yang akan tiba di LTSM pada jam 4.55ptg.Alhamdulillah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah,selamat tiba di Terengganu.Tujuan mereka ke Terenganu adalah untuk menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Negeri Terengganu.Sekarang saya berada didalam kereta bersama Ahli Parlimen Setiu,Dato Mat Jidin untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Dewan Parlimen esok hari.Esok juga saya akan bersarapan pagi dan bermesyuarat bersama Dato Seri Najib,berkenaan Kumpulan Ahli Parlimen Umno,Dato Jamaluddin Jarjis sebagai pengerusinya,Datuk Anifah Aman sebagai Timbalan Pengerusinya dan saya sebagai Setiausahanya.Alhamdulillah. Kelmarin Dato Seri Anwar menyampaikan ucapannya di Persidangan Parlimen,hampir 5 1/2 jam dibazirkan begitu saja.Saya sebnarnya menunggu ucapan Datuk Seri Anwar tetapi akhirnya saya hampa,ucapannya langsung tiada isi,hanya menuding jari terhadap keburukan Kerajaan tetapi tidak memberitahu cara atau langkah untuk mengatasinya,bagi saya Datuk Seri Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang.Disamping itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana bahagian yang telah memberi pencalonan kepada saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan yang akan beri.Banyak rakan-rakan lama yang dulunya dizaman Pemuda yang seangkatan dengan saya memberikan sokongan dan akan memberikan pencalonan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih sahabat.Bagi saya pengalaman saya didalam cukup untuk membawa perubahan didalam Umno,saya pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan,kemudian naik menjadi Ketua Pemuda Bahagian,kemudian jatuh kalah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Bahagian,kemudian kalah lagi dalam merebut jawatan Exco Pemuda (hampir-hampir menang),kemudian naik menang bertanding AJK Bahagian,kemudian naik menang bertanding Naib Ketua Bahagian,dan naik lag apabila saya menang bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian dilawan oleh Datuk Abdul Rahin(Exco Kerajaan Negeri).Jadi pengalaman saya naik secara berperingkat banyak mengajar saya,dan saya bukanlah 'Ahli Politik Segera' seperti sesetengah pemimpin politik kini,yang pada mulanya naik dengan mendadak dan akhirnya jatuh tersungkur.Alhamdulillah say masih mendapat sokongan dari sahabat-sahabat lama,dan insyaALLAH,saya akan tunaikan apa yang saya niatkan jika menang nanti,iaitu ingin membawa perubahan kepada Umno,dan memartabatkan lagi bangsa demi masa depan negara dan rakyat.InsyaALLAH

Friday, October 10, 2008

Pengumuman Khas:Tanding Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia

Assalammualaikum,alhamdulillah dalam perkembangan politik yang kurang stabil kini kian bertambah elok,Hari ini seharian saya bersama Dato Seri Najib,pada sebelah paginya di Gong Badak dan pada sebelah petangnya di Primula.Dato Seri Najib juga telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden Umno.Hari ini secara rasmi saya ingin mengumumkan bahawa,saya Mohd Nasir Bin Ibrahim mengumumkan ingin menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia,saya berharap semua bahagian-bahagian diseluruh Malaysia dapat menyokong dan memberikan pencalonan kepada saya,tujuan say bertanding adalah demi menjenamakan semula umno dan membawa perubahan dan saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen,Ketua Bahagian dan InsyaALLAH Ahli Majlis Tertinggi dengan penuh amanah dan tanggungjawab dan berjanji akan memartabatkan lagi bangsa Melayu.

Majlis Raya Di Perumahan Gong Badak dan Seberang Takir


Melawat Balairaya Terbakar Di Kg.Gong Kijang


Walaupun baru 3 hari beraya,tugas sebagai Ahli Parlimen tetap berjalan seperti biasa

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah,saya,isteri dan anak-anak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Islam,semoga diberkati ALLAH S.W.T

Tiba Di Terengganu

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,saya dan isteri disambut oleh rakan-rakan,ahli-ahli keluarga dan para penyokong serta rakyat Kuala Nerus.Terima Kasih Semua

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri-Hari Bahagia

Assalammualaikum,Alhamdulillah kita akhirnya tiba dibulan syawal marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat ALLAH kerana telah memanjangkan umur kita.Alhamdulillah juga saya dan isteri telah selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport pada pagi ini.Kini saya berada di KLIA menunggu flight yang seterusnya akan membawa saya ke pangkuan anak-anak dan rakyat Kuala Nerus iaitu flight pulang ke Terengganu pada jam 8.45pg.Terima Kasih saya ucapkan kepada para bloggers yang banyak memberi komen terhadap nukilan saya sebelum ini.Semasa berada di New York saya bersama 4 Ahli Parlimen lain dan sepatutnya turut hadir ialah Y.A.B Datuk Seri Najib,tetapi oleh kerana Datuk Seri Najib terpaksa menghadiri majlis-majlis dan mesyuarat-mesyuarat penting,Datuk Seri Rais Yatim menggantikan beliau.Saya akan menceritakan lebih lagi selepas ini setibanya saya di KT.Apa-apapun dihari yang penuh keberkatan ini,saya dan keluarga ingin memohon jika saya dan keluarga ada melakukan apa-apa kesalahan atau kesilapan,harap anda maafkan kami,sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu kesilapan kami sendiri.Semuga kita berjumpa di majlis-majlis Hari Raya.Wassalam