Thursday, October 16, 2008

Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja


Assalammualaikum,harap semua berada didalam keadaan sihat dan sejahtera.Alhamdulllah hari ini dapat say meluangkan sedikit masa menulis sedikit informasi kedalam blog ini.Saya pulang ke Terengganu hari ini,menaiki flight jam 2.55ptg,dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 3.45ptg.Setibanya saya di Terengganu saya menungu pula Dato Seri Najib yang akan tiba di LTSM pada jam 4.55ptg.Alhamdulillah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah,selamat tiba di Terengganu.Tujuan mereka ke Terenganu adalah untuk menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Negeri Terengganu.Sekarang saya berada didalam kereta bersama Ahli Parlimen Setiu,Dato Mat Jidin untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Dewan Parlimen esok hari.Esok juga saya akan bersarapan pagi dan bermesyuarat bersama Dato Seri Najib,berkenaan Kumpulan Ahli Parlimen Umno,Dato Jamaluddin Jarjis sebagai pengerusinya,Datuk Anifah Aman sebagai Timbalan Pengerusinya dan saya sebagai Setiausahanya.Alhamdulillah. Kelmarin Dato Seri Anwar menyampaikan ucapannya di Persidangan Parlimen,hampir 5 1/2 jam dibazirkan begitu saja.Saya sebnarnya menunggu ucapan Datuk Seri Anwar tetapi akhirnya saya hampa,ucapannya langsung tiada isi,hanya menuding jari terhadap keburukan Kerajaan tetapi tidak memberitahu cara atau langkah untuk mengatasinya,bagi saya Datuk Seri Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang.Disamping itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana bahagian yang telah memberi pencalonan kepada saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan yang akan beri.Banyak rakan-rakan lama yang dulunya dizaman Pemuda yang seangkatan dengan saya memberikan sokongan dan akan memberikan pencalonan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih sahabat.Bagi saya pengalaman saya didalam cukup untuk membawa perubahan didalam Umno,saya pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan,kemudian naik menjadi Ketua Pemuda Bahagian,kemudian jatuh kalah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Bahagian,kemudian kalah lagi dalam merebut jawatan Exco Pemuda (hampir-hampir menang),kemudian naik menang bertanding AJK Bahagian,kemudian naik menang bertanding Naib Ketua Bahagian,dan naik lag apabila saya menang bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian dilawan oleh Datuk Abdul Rahin(Exco Kerajaan Negeri).Jadi pengalaman saya naik secara berperingkat banyak mengajar saya,dan saya bukanlah 'Ahli Politik Segera' seperti sesetengah pemimpin politik kini,yang pada mulanya naik dengan mendadak dan akhirnya jatuh tersungkur.Alhamdulillah say masih mendapat sokongan dari sahabat-sahabat lama,dan insyaALLAH,saya akan tunaikan apa yang saya niatkan jika menang nanti,iaitu ingin membawa perubahan kepada Umno,dan memartabatkan lagi bangsa demi masa depan negara dan rakyat.InsyaALLAH

4 comments:

putrarahman said...

Dato' terima kasih kerana memberi komen dalam blog saya. Dato' saya rasakan bahawa kekurangan populariti Dato' diperingkat nasional menyebabkan percalonan Dato' untuk jawatan MT masih belum meningkat. Masih belum terlewat, gunakan segala ruang yang ada seperti Dewan Parlimen atau mana-mana majlis rasmi untuk mempopularkan diri dato'. Teruskan perjuangan Dato'. Maaf cakap, saya dapati kebanyakan MP Terengganu seolah-olah seperti lesu dalam Parlimen.

putrarahman said...

Dato' , Seorang pemimpin hendaklah berpaksikan kepada kebenaran yang tulen. Ramai pemimpin menyatakan bahawa mereka berada dipihak yang benar, tetapi kebenaran mereka itu adalah palsu.Sama seperti penganut-penganut agama selain Islam, mereka menyatakan bahawa mereka dipihak yang benar, tetapi hakikatnya sebaliknya. Seorang pemimpin yang memperjuangkan kebenaran selalunya akan diketepikan dalam suasana politik yang penuh dengan kebenaran yang palsu. Saya amat bersetuju dengan TDM. Beliau sentiasa memperkatakan hal kebenaran tulen walaupun pahit untuk diterima. Sebenarnya ahli UMNO hendaklah dibudayakan supaya menerima dan menyokong suatu kebenaran tulen dan bukannya yang palsu.

Jadilah pemimpin yang memperjuangkan kebenaran yang tulen dan bukan yang palsu. Jadi salah seorang yang tidak takut untuk menyatakan hal benar dan menjadi penggerak kepada pembudayaan ahli untuk menyokong kebenaran tulen.

Parti yang semakin memperjuangkan kebenaran yang palsu, akan kecundang jua akhirnya.

putrarahman said...

Dato'. Terima kasih kerana sudi untuk membaca komen saya ini. Dato' saya cadangkan Dato' ambil kesempatan sekarang ini dimana Dato' hendaklah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan TDM. Apa yang diperkatakan oleh TDM itu adalah satu kebenaran kerana dengan pengalaman yang luas, semua perkara yang dia sebutkan itu telah dialaminya dan mungkin ada yang dia pernah laksanakan semasa berkuasa dulu.

Oleh itu, Dato' sokonglah TDM dan pastikan sokongan Dato' itu diketahui oleh semua orang di samping pada masa yang sama pertonjolkan visi dan misi Dato'dalam UMNO dengan jelas kepada bahagian-bahagian yang masih belum bersidang.


Minta maaf Dato' ini adalah cadangan saya sahaja dan bukannya hendak memandai dalam politik.

Sedingin Salju said...

Tapi jika sekiranya YB masih gagal, janganlah berputus asa. Tuhan tak suka orang yang patah semangat. Anggaplah ini suatu ujian darinya.