Sunday, December 21, 2008

BN boleh Menang,Pas bergolak


Assalammualaikum,maafkan saya kerana lama tidak melayari laman ini,saya agak sibuk kebelakangan ini,harap rakan-rakan dapat memaafkan saya.Kini saya berada di Iran mengikuti rombongan Y.A.B Perdana Menteri,walaupun dengan jadual yang padat,Alhamdulillah saya dapat melayari laman ini.Heboh tentang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,persoalan tentang siapa menjadi calon BN telah terjawab dengan pengumuman yang dibuat oleh Y.A.B Dato Seri Najib.Saya percaya pucuk pimpinan telah mengambil kira semua aspek dengan memilih Datuk Wan Farid sebagai calon,saya juga percaya tentu ada kelebihan yang membuatkan beliau dipilih oleh pucuk pimpinan.Saya percaya kita dapat mengekalkan kemenangan di kawasan ini,walaupun 3 Dun dikuasai pembangkang,dengan strategi yang teratur dan kemas kita dapat mengekalkan kerusi ini.Tambah pula Pas kini berada dalam pergolakan,dengan pemilihan calon kerana ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon Pas bagi pilihanraya ini,saya percaya selepas pengumuman calon dibuat oleh Presiden Pas,kita akan dapat melihat perpecahan dalam parti tersebut,kerana Mursyidul Am,Presiden,Pesuruhjaya Negeri,Ketua Pemuda semua tidak sekepala,walaubagaimana pun ini tidak boleh membuat kita mengambil ringan,kita tetap perlu berusaha keras untuk mencapai kemenangan ,InsyaALLAH

Friday, December 5, 2008

Pemecatan Zaid,Wajar


Assalammualaikum,dan salam sejahtera,2,3 hari ni banyak berita yang singgah di telinga saya,kejutan demi kejutan belaku didalam Umno,banyak isu yang timbulkan,antaranya pemecatan Zaid dan ugutan Arifshah ingin melompat parti.Tetapi Alhamdulillah semuanya telah selesai,Arifshah juag telah memberi kata taat setianya kepada parti.Datuk Zaid Ibrahim,satu nama yang tidak asing didalam negara kita,seseorang yang banyak mengkritik parti dan menentang apa yang dibuat oleh parti.Saya menyokong penuh pemecatan Datuk Zaid dari Umno,kerana saya percaya apa yang dilakukan oleh Presiden Parti pasti ada sebabnya.Dalam keadaan Umno kini dalam proses pemulihan,Umno tidak memerlukan seorang seperti Zaid,Umno memerlukan seorang yang setia dan dapat menyokong segala hala dan tujuan parti.Pemecatan ini adalah salah satu cara penjenamaan semula didalam Umno,Umno perlu buangkan semua ahli-ahli yang tidak setia kepada parti dan yang secara terang-terangan memalukan parti.Tindakan Zaid hadir di majlis-majlis pembangkang boleh mandatangkan rasa ketidak puasan hati kepada orang ramai,dan ini boleh menjejaskan imej parti.Umno kini hanya boleh menerima ahli yang benar-benar 'berkualiti' dan dapat memajukan parti selaras dengan kepimpinan tertinggi parti.