Friday, December 5, 2008

Pemecatan Zaid,Wajar


Assalammualaikum,dan salam sejahtera,2,3 hari ni banyak berita yang singgah di telinga saya,kejutan demi kejutan belaku didalam Umno,banyak isu yang timbulkan,antaranya pemecatan Zaid dan ugutan Arifshah ingin melompat parti.Tetapi Alhamdulillah semuanya telah selesai,Arifshah juag telah memberi kata taat setianya kepada parti.Datuk Zaid Ibrahim,satu nama yang tidak asing didalam negara kita,seseorang yang banyak mengkritik parti dan menentang apa yang dibuat oleh parti.Saya menyokong penuh pemecatan Datuk Zaid dari Umno,kerana saya percaya apa yang dilakukan oleh Presiden Parti pasti ada sebabnya.Dalam keadaan Umno kini dalam proses pemulihan,Umno tidak memerlukan seorang seperti Zaid,Umno memerlukan seorang yang setia dan dapat menyokong segala hala dan tujuan parti.Pemecatan ini adalah salah satu cara penjenamaan semula didalam Umno,Umno perlu buangkan semua ahli-ahli yang tidak setia kepada parti dan yang secara terang-terangan memalukan parti.Tindakan Zaid hadir di majlis-majlis pembangkang boleh mandatangkan rasa ketidak puasan hati kepada orang ramai,dan ini boleh menjejaskan imej parti.Umno kini hanya boleh menerima ahli yang benar-benar 'berkualiti' dan dapat memajukan parti selaras dengan kepimpinan tertinggi parti.

2 comments:

Sedingin Salju said...

Ya betul. Sokong 500%. Kalau saya jadi ketua pun, saya akan pecat jugak orang yang semacam ni.

afiqsyahmir said...

Assalamualaikum...

Memang wajar dipecat. Bukan hanya Zaid malah sesiapa saja yang melanggar budaya & perlembagaan UMNO.

Bagaimana nasib UMNO & BN dalam PRK Kuala Terengganu ni? Sama-sama kita saksikan kemeriahan Bandaraya Kuala Terengganu.