Sunday, December 21, 2008

BN boleh Menang,Pas bergolak


Assalammualaikum,maafkan saya kerana lama tidak melayari laman ini,saya agak sibuk kebelakangan ini,harap rakan-rakan dapat memaafkan saya.Kini saya berada di Iran mengikuti rombongan Y.A.B Perdana Menteri,walaupun dengan jadual yang padat,Alhamdulillah saya dapat melayari laman ini.Heboh tentang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,persoalan tentang siapa menjadi calon BN telah terjawab dengan pengumuman yang dibuat oleh Y.A.B Dato Seri Najib.Saya percaya pucuk pimpinan telah mengambil kira semua aspek dengan memilih Datuk Wan Farid sebagai calon,saya juga percaya tentu ada kelebihan yang membuatkan beliau dipilih oleh pucuk pimpinan.Saya percaya kita dapat mengekalkan kemenangan di kawasan ini,walaupun 3 Dun dikuasai pembangkang,dengan strategi yang teratur dan kemas kita dapat mengekalkan kerusi ini.Tambah pula Pas kini berada dalam pergolakan,dengan pemilihan calon kerana ramai yang menawarkan diri untuk menjadi calon Pas bagi pilihanraya ini,saya percaya selepas pengumuman calon dibuat oleh Presiden Pas,kita akan dapat melihat perpecahan dalam parti tersebut,kerana Mursyidul Am,Presiden,Pesuruhjaya Negeri,Ketua Pemuda semua tidak sekepala,walaubagaimana pun ini tidak boleh membuat kita mengambil ringan,kita tetap perlu berusaha keras untuk mencapai kemenangan ,InsyaALLAH

7 comments:

add said...

harap-harap begitu lah YB. kan saya dah kata upah seorang pegawai/pembantu untuk updatekan blog yb... ni tidak asyik delete aje komen membina saya.... tolonglah jangan delete lagi.... kalau tak saya akan post kan dalam blog lain mengenai blog nerus ni...
bukan amaran tetapi rasa kecewa dengan sikap yb yang "tidak main politik wang"....

Sedingin Salju said...

YB, blog jangan lupa. Umno asyik takdak blog saja ni. Mana boleh ini macam? Blogspot tu percuma. Wang tak penting. Yang penting, rakyat YB.

MAJLIS BELIA FELDA BUKIT BADING said...

YB,
Harap BN mendapat kemenangan di KT nanti.

afiqsyahmir said...

Pilihanraya kecil P036 adalah persaingan sengit calon-calon yang bertanding. Ketokohan calon yang memberi undi dan parti hanyalah pelengkap kesempurnaan sahaja.

Percayalah calon memainkan peranan yang utama dalam P036.

Sama-sama kita saksikan.

Faizal Zakaria's Blog said...

Undi BN OK :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

gamtet said...

Salam MAAL-HIJRAH & Selamat Tahun Baru 2009 daripada kami pelajar-pelajar Terengganu di Eropah Timur.

Jika Y.B Haji Mohd Nasir ada kelapangan, sudi-sudikanlah menjenguk kami di blog kami http://www.gamtet.wordpress.com dan website kami, http://www.gamtet.com.

Salam ingatan,
GABUNGAN MAHASISWA TERENGGANU EROPAH TIMUR (GAMTET)

add said...

Salam dato' sibuk sangat ke berkempen di PRK P36? lama dah dok bukak blog sama,tutup ,buka ,sama, tutup, buka, sama,tutup,buka,sama je apa ceritanya ni, blog pembangkang update berita 2,3 kali sehari, depa lagi la sibuk dan banyak "kekurangan" berbanding dengan BN...