Friday, April 3, 2009

Y.A.B Dato Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia ke-6


Assalammualaikum,hari ini terciptalah satu detik bersejarah,Malaysia menerima seorang Perdana Menteri yang baru iaitu Y.A.B Dato Seri Najib Tun Abdul Razak,sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6,Y.A.B Dato Seri Najib telah mengangkat sumpah didepan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pagi tadi.Alhamdulillah,semoga Y.A.B Dato Seri Najib akan membawa perubahan dan kemajuan yang jelas kepada negara.Y.A.B Dato Seri Najib sememangnya seorang yang pintar dan cekap,di setiap kementerian yang beliau ditugaskan sejak beliau berkecimpung dalam politik,pastinya kementerian itu akan bertambah mantap dibawah pimpinannya,ini membuktikan beliau adalah orang yang paling layak memimpin negara.

Dengan selesainya upacara mengangkat sumpah pagi tadi,ini menafikan terus dakwaan pakatan pembangkang yang mana,Seri Paduka Baginda Yang DIPertuan Agong tidak akan menerima Y.A.B Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,seperti biasa itu hanyalah fantasi para pembangkang yang kini ternya tidak menjadi kenyataan.Tahniah kepada Y.A.B Dato Seri Najib semoga akan dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan akan membawa perubahan yang baik kepada negara dan umno insyaALLAH.

Najib dan Muhyiddin gandingan hebat


Assalammualaikum,dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa untuk melayari laman ini,maafkan saya kerana lama tidak mengaktifkan laman ini,ini kerana saya terikat dengan jadual yang padat,maafkan saya.Alhamdulillah dan Tahniah kepada Y.A.B Dato Seri Mohd Najib yang telah dipilih sebagai Presiden Umno yang baru pada PAU baru-baru ini,tahniah juga kepada Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menang dan dipilih sebagai Timbalan Presiden,sesungguhnya para perwakilan telah melakukan suatu keputusan yang amat bernas.

Tahniah juga kepada Naib-Naib Presiden yang baru,Ketua-Ketua sayap yang baru,dan AMT yang baru.Tahniah kepada 2 anak Terengganu Dato Shabery Cheek dan Dato Seri Idris Jusoh yang berjaya menjadi AMT pada PAU kali ini.Terima Kasih juga kepada Pak Lah yang telah banyak menabur jasa sepanjang berada dalam Umno dan Kerajaan,terima kasih kerana telah membawa Malaysia ke sebuah dimensi yang baru,jasamu akan tetap dikenang.Seperti dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin,beliau sebagai orang no2,dan beliau akan bertindak sebagai orang no2 dan bukan bertindak sebagai orang no1,ini semua pemimpin di semua peringkat perlu memahaminya dengan teliti.

Umno juga perlu membuat satu transformasi,kerana jika ini tidak dilakukan,seperti mana kata Y.A.B Dato Seri Najib,Umno akan rebah,dan semestinya kita tidak sanggup untuk melihat Umno rebah,jadi suatu pendekatan baru mesti diwujudkan oleh Umno.Akhir kata,tahniah kepada para perwakilan kerana telah membuat keputusan yang bijak