Monday, October 27, 2008

Terima Kasih,Alhamdulillah


Assalammualaikum,dan salam kepada para pelayar internet.Alhamdulillah bahagian-bahagian di Terengganu semuanya telah bersidang kecuali bahagian Kuala Nerus iaitu bahagian saya.Persidangan Perwakilan Bahagian Kuala Nerus,akan berlangsung pada 8 November,insyaALLAH.Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang berjaya mempertahankan jawatan didalam bahagian masing-masing,bagi yang kalah,teruskan usaha anda untuk memajukan parti,walaupun sudah tidak berada didalam kepimpinan tertinggi,insyaALLAH dengan usaha semua pihak dapat kita sama-sama membawa perubahan kepada Umno.Alhamdulillah hasrat saya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi telah tercapai,disini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beberapa bahagian yang telah mencalonkan saya,Bahagian Batu Pahat,Tebrau,Pulai,Titiwangsa,Selayang,Jerlun,Padang Terap,Paya Besar,Setiu,Hulu Terengganu,Kuala Terengganu,dan Dungun.Terima Kasih juga saya dahulukan kepada bahagian-bahagian yang akan mencalonkan saya nanti.Alhamdulillah pencalonan yang diterima oleh saya sudah mencukupi kuota untuk bertanding,saya berharap akan mendapat sokongan dari semua perwakilan bahagian.Dalam masa pertandingan Umno kini,pelbagai senario dapat dilihat,ada yang menghantar ugutan,ada yang berpakat untuk menjatuhkan seseorang,bagi saya sikap ini seharusnya tiada didalam diri ahli Umno,jika seseorang itu mempunyai sikap seperti ini,dia tidak layak menggelarkan dirinya sebagai Ahli Umno.InsyaALLAH seperti yang saya janjikan,saya akan melakukan perubahan dalam Umno jika mendapat tempat sebagai Ahli Majlis Tertinggi nanti insyaALLAH.Dengan menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno,segala tindak-tanduk saya demi merubah Umno akan lebih berkesan dan efektif.InsyaALLAH

Kegemilangan Bersama

14 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...
This comment has been removed by a blog administrator.
GAP KEMBALI said...

salam yb

gap dah linkkan blog yb kat blog gap.

semoga yb berjaya menjadi hamba ALLAH SWT.

GAP KEMBALI said...

apapun yb..teruskan perjuangan martabatkan ISLAM DAN MELAYU. pihak blogger akan sokong kiranya ada usaha gigih dilakukan pihak yb.

tk

Sedingin Salju said...

Amboi Gap, hang sapu semua. mana boleh ini macam encik?

Kepada YB, tahniah pasai dah dapat quota untuk bertanding. Tapi haruslah kita ingat, kalah mahu pun menang, perjuangan dalam Umno, mesti diteruskan. jawatan bukanlah tiket bagi orang umno untuk bekerja. Tiada jawatan pun orang Umno boleh bangunkan dan buat perubahan terhadap Umno dengan memberikan kritikan yang membina. Dan, kalau perjuangan kita ikhlas, tuhan akan memberkatinya.

harus diingat, tuhan masih sayangkan Umno dan BN. Sebab itu, Umno dan BN kalah teruk di Pru 8 Mac. Cuba bayangkan, apa akan berlaku jika BN dan Umno masih lagi menang selesa dan bergaya seperti 2004?

Ingatlah, hikmah di sebalik semua ini, banyak. Antaranya, kita kenal, siapa yang ikhlas bersama dengan kita. kawan senang ramai. Bila senang dan mewah, semua nak mengaku kawan. Keikhlasan persahabatan akan terjawab bila kita susah.

Orang yang berjuang dalam Umno atas dasar wang dan pangkat serta jawatan, percayalah, tak berkat perjuangan mereka tu. Sebabnya, mereka tak ikhlas.

Saya bukan ahli Umno. Saya orang cina, tapi penyokong setia BN. Saya, oku penglihatan.

Mat Yie said...

Terima kasih YB kerana sudi melayari blog saya,apapun semoga YB berjaya dalam pemilihan Parti nanti dan juga untuk ditabalkan sebagai ahli MT Umno.
Namun secara jujurnya apa komen YB tentang politik wang yang digembar gemburkan?
Jika benar berlaku YB, ini adalah petanda buruk untuk Umno. Saya bimbang satu hari nanti Umno tidak lagi dihormati oleh rakyat. Bak kata sedingin salju,tuhan masih sygkan UMNO, dan tuhan telah memberi pengajaran kapada UMNO semasa PRU12 baru-baru ini. Namun adakah pemimpin2 ini mengambil iktibar dari apa yang berlaku?

add said...

Assalamualaikum....
Tahniah YB kerana berani menerjah alam siber,,, saya mencadangkan apabila YB mencebur diri dalam alam siber ini pastikan komen -komen dari pelawat ini di jawab atau di update paling kurang 2 atau 3 kali sehari bru lah ada umph. Kalau setakat thread isu baru lepas tu seminggu, sebulan baru tengok balik mcm blog mantan MB selangor tu hampeh.

kepada YB Datuk. Politik wang dalam UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC,GERAKAN dan semua parti memang ada tidak dinafikan.tetapi suasana dalam UMNO ni terlalu hebat dan menjadi satu pesta menabur duit kepada cawangan,bahagian dan perwakilan diperingkat cawangan,pemuda dan bahagian sehingga lupa akan kaum CINA dan KELING telah mencari peluang untuk memulas tengkuk orang melayu dek lupa dengan kendongan wang yang berguni-guni untuk diagihkan kepada perwakilan.Ini lah bahana UMNO yang sebenarnya.
Disebabkan pertandingan merebut ketua cawangan, calon sanggup pergi melobi ahli supaya memilih beliau walaupun ahli umno tu memang sah adalah pengikut PAS tetapi dek kerana dah jadi ahli UMNO maka beliau berhak memilih dalam pemilihan cawangan. Kalau masa pilihanraya tak de pulak calon ni pergi memujuk pengikut pas untuk pangkah dacing.
Ini lah sebenarnya virus dalam UMNO. Berkorban apa sahaja demi jawatan bukan demi parti UMNO dan BN. Adakah situasi ini pun ada juga dalam diri YB?sekadar pertanyaan bukan tuduhan.

Maka kesimpulannya dalam UMNO jika banyak duit boleh dilaburkan kepada pengikut maka bolehlah menjadi pemimpin tak kira diperingkat bawahan mahupun tinggi. Kalau ikutkan minat dan kebolehan saya pun ingin bertanding merebut jawatan dalam pemilihan umno, tetapi dek kerana perlukan ongkos,pitih,duit,yang mengunung maka sekadar menjadi YB (Yang Bekerja)demi untuk keluarga sahaja disamping kerja sambilan iaitu menyelusuri blog blog penyokong kerajaan.

Satu permintaan saya kepada YB Nasir: Pls bagitahu pada Datuk Shahrir Samad Menteri minyak supaya cepat-cepat turun minyak pada harga kurang dari RM 1.92 seliter. Ini kerana jangan bagi alasan kerajaan tak boleh turunkan minyak takut pengusaha minyak kerugian.Memang kita kena jaga depa ni tapi Shahrir kena jaga hati rakyat dulu .Bagi kepercayaan pada rakyat(pembangkang) supaya mereka tahu bahawa parti BN ni bukan parti"barang naik". kalau minyak murah pengguna akan beli minyak dengan banyak dan berjalan tak henti henti. So Volum minyak still banyak dibeli oleh pengguna.Pengusaha minyak juga dapat untung. Gunalah kaedah lain seperti guna kad kredit charge 1% dari amaunt isi minyak,barangan dalam kedai stesen minyak tu naik kan kepada 30@40%macam 7-eleven (harga berhantu mahalnya)(bukan keperluan sangat pun) so dengan cara ini pengusaha dapat balik untung lebih.Shahrir kena pikir rakyat bukan beliau. Menteri tak pe ada driver,kereta kerajaan ada elaun banyak.

ha sorang lagi: KJ ni pun satu hal juga. Tubuh la parti baru dan menyertai BN jangan la dok kacau UMNO ni.

Sekian : Penyokong fanatik kerajaan BN. (sepanjang dapat mengundi tak pernah lagi saya pangkah lain selain gambar dacing tetapi zaman boleh berubah kan datuk YB)
wassalam

Sedingin Salju said...

Betul kata Add tu. Amat berleluasa politik wang. harap dapat dibantras.

Saya mencadangkan, naikkan harga rokok dan arak sial tu 500% untuk tampung minyak. kemudian, barulah minyak boleh diturunkan lagi. menteri kena buat keputusan yang tegas.

add said...
This comment has been removed by a blog administrator.
add said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bboyhasif89 said...

assalammualaikum YB..
salam perkenalan.. sy amat x bersetuju apabila taktik ugutan berlaku dikalangan org melayu.. adalah lebih baik apabila suatu perkara itu dilakukan dgn adil.. yg akan menjd mangsanya nnt adalah rakyat sendiri.. sedih sy melihat bangsa sy yg kini mempunyai pelbagai penyakit.. xcukup dgn penyakit genetik ske lepak kedai kopi dr mncari rezeki, kini di tambahnye lg dgn penyakit2 baru, mcm rasuah, saling jatuh menjatuh dan gune pelbagai taktik kotor utk dpt sesuatu.. ape2 pn, semoga YB terus nerjaya dlm memastikan kemajuan kawasan YB dan jgnlah sesekali mensia2kan harapan, dan amanah yg diberikan.. salam dr seorang pelajar..

afiqsyahmir said...

Terima kasih.

Semoga YB berjaya mempertahankan Kuala Nerus. Tapi suara-suara YB dari Terengganu jarang @ tenggelam kedengaran di parlimen!

Bawalah isu-isu negeri ke peringkat nasional. Semenjak saya berhijrah dan beralih angin dari Terengganu tidak banyak perubahan yang dipertontonkan hingga kini. Kebanyakannya peninggalan bekas MB dulu..

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Selamat Maju Jaya..

Faizal Zakaria's Blog said...

Tahniah di atas kejayaan :-)








Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

LEKOR Toastmasters Club said...

SYABAS & TAHNIAH DATO'
Wlau pun menang tipis tapi salute org cam dato' pmikiran terbuka,beri akar umbi buat pilihan!