Tuesday, March 16, 2010

SIDANG PERLIMEN

Salam blogger,

Syukur Alhamdulillah, saya dapat terus menulis kali ini. Semalam, mengikuti perasmian pembukaan sidang Parlimen oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan banyak sekali pandangan, gesaan dan nasihat yang diberikan baginda untuk pemimpin Negara dan wakil rakyat yang ada.


Banyak sekali yang wajar dan boleh direnungi oleh kita semua hasil daripada titah baginda itu. Sememangnya, ia adalah sesuatu yang penting bagi mereka yang sayang dan cintakan negara bertuah ini. Hal ini akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan berharap, ia akan menzahirkan sesuatu yang positif dan mampu memberikan sumbangan, bukan sahaja terhadap pemikiran pemimpin dan rakyat tetapi juga memberikan pulangan yang baik kepada negara.



Antara yang menarik ialah teguran baginda agar Ahli-Ahli Yang Berhormat menjaga tingkah laku dan adab-adab mesyuarat sesuai dengan gelaran yang mereka berikan. Saya percaya, teguran baginda itu disebabkan berlakunya beberapa insiden sebelum ini yang menyaksikan tindakan, kata-kata dan tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya sendiri boleh menganggapkan sebagai agak memalukan. Dan selalunya ia datang dari pihak pembangkang.


Sepatutnya, Ahli Yang Berhormat menjadi contoh kepada rakyat dan datang ke sidang Parlimen dengan membawa isu-isu rakyat dan bukannya mencetuskan sesuatu yang tiada kena mengena dengan rakyat. Oleh kerana itulah bagi saya, gesaan baginda itu wajar diberikan perhatian serius dan tidak hanya dilihat hanya sebagai satu kisah yang berlalu begitu sahaja.


Beberapa soalan saya juga akan dijawab di Parlimen kali ini dengan memberikan fokus terhadap beberapa isu yang saya kira penting untuk kita semua. Itulah harapan saya.


No comments: