Tuesday, August 4, 2009

PERLUNYA JAMBATAN KEDUA KUALA NERUS-KUALA T'GANU

Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang meningkat saban tahun


Assalamualaikum ...

Saya melihat perlunya Kerajaan Negeri memulakan pembinaan jambatan kedua yang menghubungan Kampung Teluk Pasu- Pulau Sekati-Losong yang kini merupakan satu keperluan yang akan mendesak. Ai adalah satu keperluan yang amat penting bagi rakyat di sebelah Parlimen Kuala Nerus yang menghubungkan Kuala Terengganu.

Saya tidak selesa dan tidak nampak mengapa projek yang telah diumumkan sejak empat tahun lalu masih belum menjadi kenyataan sedangkan ia adalah satu keperluan. Bukan apa, sebagai wakil rakyat yang sentiasa menerima rungutan dan pandangan rakyat mengenai perkara itu, saya juga bimbang dengan kapasiti di Jambatan Sultan Mahmus yang dikatakan hanya mampu menampung maksimum kenderaan sehingga tahun depan sahaja.

Bukan berapa tahun, tetapi berapa bulankah lagi masa yang ada dan jika pembinaan jambatan baru itu tidak menjadi kenyataan, saya faham jika ramai yang semakin merungut. Pastinya saya akan terus memainkan peranan dalam hal ini, dan menggesa Kerajaan Negeri agar tidak melengahkannya lagi.

Paling mendukacitakan apabila setiap kali berlakunya kemalangan di Jambatan Sultan Mahmud, ia telah membawa kesan amat teruk terhadap pengguna lain. Ia sungguh menyeksakan dan saya sebenarnya memahami keadaan tersebut apabila terperangkap.

Kuala Nerus sendiri yang bakal dinaiktaraf sebagai sebuah daerah baru tidak lama lagi memiliki begitu banyak kepentingan awam termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompeks Sukan dan beberapa pusat pengajian tinggi. Limpahan penduduk dan penghuninya bakal menyumbang kepada kesesakan yang melampau jika ia tidak diatasi.

Sebenarnya, jambatan kedua Kuala Nerus ke Kuala Terengganu tidak boleh dilengahkan lagi. Masa terlalu suntuk untuk kita mengejar pertambahan jumlah kenderaan dan pengguna jambatan yang kian mendadak. Saya percaya bahawa ia sedang dalam penelitian Kerajaan Negeri.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Dato'

Ya, saya setuju perlunya jambatan kedua. Tapi saya tidak fikir ia adalah keutamaan tertinggi tika ini. Banyak lagi prioriti yang perlu didulukan memandangkan kos sebuah jembatan bukannya kecil apalagi dalam keadaan gawat sekarang.

Iya, jika terjadi sebarang kemalangan di atas jembatan, panjanglah jem. Saya sendiri banyak kali terperangkap. saya anggap nasib tak baik jelah. Tapi tidaklah sampai mengharapkan jembatan kedua.

% kemalangan terjadi disebabkan kelajuan, agak tinggi. Ramai yang memandu laju tika di atas jembatan. Ditambah pula dengan 'roadhog' yang memandu perlahan disebelah kanan, jadi ada tikanya jembatan umpama litar lumba dengan kenderaan potong memotong.

Untuk mengurangkan secara drastik kemalangan di atas jembatan, ingin saya cadangkan penggunaan kamera perangkap kelajuan ( yang berfungsi! ). Mungkin 2 kamera sehala ditengah jembatan. Gerenti kemalangan yang berpunca dari kelajuan dapat dikurangkan dengan drastik.

Pengundi Kuala Nerus said...

tahniah di atas kepekaan dato'

Unknown said...

salam sejahtera,
Alhamdulillah ditas kepekaan Yb. Dato' bagi mencadangkan jambatan kedua sebagai alternatif kesesakan jambatan utama yang sedia ada.
Memang penduduk bahagian kuala nerus amat memerlukan jambatan kedua itu.Memandangkan setiap kali musim perayaan memang jalaraya selalu sesak, jadi untuk tidak mengahdapi kesesakan itu, jambatan kedua amat perlu bagi penduduk kuala nerus khususnya dan penggunala jalanraya lain amnya.
Terima kasih Yb Dato' yang sentiasa memantau keperluan asas semasa rakyat agar rakyat memperoleh kesejahteraan sepanjang masa.

wamora said...

Jambatan kedua & ketiga dari bandaraya ke daerah kuala nerus perlu diutamakan & disegerakan. Perlu buat sebelum PRU 13. Jangan jadikan keperluan ini sebagai manesfesto PRU 13. Jambatan ke 3 boleh di jadikan janji PRU13.

keperluan Rakyat perlu diutamakan.