Thursday, August 6, 2009

MELAYU DAN JIHAD EKONOMI

Assalamualaikum…

Melihat kepada isu-isu ekonomi orang Melayu, saya terpanggil untuk memberikan pandangan. Selain isu tabiat, budaya perniagaan yang diselitkan dengan sifat malas berusaha dan mahu mudah berjaya, orang Melayu sering kali terbantu dalam mencapai kejayaan. Ia ditambah dengan budaya orang Melayu lain yang tidak menyokong perniagaan orang Melayu atas alasan-alasan yang remeh.

Jika di restoran, cara melayan pelanggan adalah hal yang penting tetapi sengaja dipandang remeh dan ditambah dengan mereka yang suka mengambil kesempatan sehingga perniagaan mereka tidak bertahan lama.

Lihatlah bagaimana cara orang kita membeli. Jika di kedai orang Melayu dijual barangan mahal hanya lima sen berbanding kedai lain, orang Melayu sudah pandai bising. Tiada langsung istilah pengorbanan untuk membantu Melayu berniaga. Mengapa Melayu gagal?. Modal mereka kecil dan pemikiran perniagaan mereka tidak terlalu meluas sebagaimana orang lain.

Jika begini, bagaimana peniaga Melayu mahu berkembang. Jika di sesebuah kampung ada beberapa orang golongan berada, apalah salahnya mereka berkorban membeli di kedai runcit orang Melayu di sekitar rumah mereka berbanding ke bandar ke pusat membeli-belah.

Saya sangat terkilan dengan keadaan ini dan kerana itu saya amat memberikan perhatian terhadap tabiat tersebut. Dan, sudah tentu saya sebagai pemimpin, saya perlu memperlihatkan satu contoh untuk saya mulakan. Dan, sememangnya saya telah lama memulakannya.

Hakikatnya, orang Melayu kurang latihan dalam pengurusan ekonomi termasuk perniagaan. Itulah perkara asas yang mereka terlepas pandang walau sekecil mana pun perniagaan mereka. Mereka beranggapan hanya memadai dengan kemahuan untuk berniaga sedangkan persiapan diri langsung tidak ada. Ditambah dengan tabiat orang Melayu yang tidak membantu Melayu itu tadi.

Mungkin sekali lagi kerajaan perlu membantu dalam hal ini dengan menghantar mereka menjalani latihan ke syarikat tertentu atau sebagainya.

Lihat orang Bangladesh yang datang ke sini. Mereka tidak kisah dibayar gaji yang murah tetapi mereka mahukan ilmu dan latihan. Sudah tentu selepas lama mempelajarinya di sini, mereka akan memulakan sendiri di tempat mereka nanti. Orang kita bagaimana?.

Oleh itu, saya lihat bahawa orang Melayu perlu bangkit – mereka mesti bangkit menegakkan jihad ekonomi agar mereka tidak terpinggir dan dipinggirkan dalam arus ekonomi di negara sendiri. Orang Melayu perlu mempunyai pemikiran perniagaan dan tidak biarkan orang lain menguasai mereka. Orang Melayu, dalam konteks pengguna adalah golongan paling ramai. Saya bukan rasis tetapi saya percaya bahawa jika semua orang Melayu membantu perniagaan Melayu, tidak ada sebab peniaga Melayu tidak boleh berjaya atau maju.

Saya hanya melontarkan apa yang saya fikirkan. Saya melihat, kerajaan telah menyediakan hampir segala-galanya untuk mereka. Namun, di tangan mereka jualah segala penentuannya.



4 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Anu War hilang ...

Tolong kesan di mana dia berada sekarang

berita lanjut di

http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/08/anwar-hilang.html

Tunggal said...

itu baru betul. yb aku yg hebat. tahniah datuk, hebat pandangan tu.

dinturtle said...

Salam YB,

Walau sudah banyak kali ditulis artikel sebegini tapi bagus juga kalau sering diulang peringat.

Sementelah menyentuh hal berniaga orang Melayu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan berkaitan peniaga2 kecil Terengganu. Tika ini hampir tiap minggu ada saja expo2 di Terengganu. Sejuk mata memandang ramai peniaga Melayu melibatkan diri. Yang terkini Pesta Terengganu, cuma kesian pada mereka kerana sambutan pengunjung amat mendukacitakan. Nak buat macamana, adat berniaga.

Lepas ni, pasti ada expo Ramadan, hari raya, dan yang paling besar tika Monsoon Cup. Cuma saya ingin menarik perhatian YB, agak2 berapa ramai peniaga2 tersebut adalah dari Terengganu? Kerana apa yang saya perhatikan, mungkin lebih 80% adalah dari luar.

Bukan Terengganu tidak punya peniaga2 Melayu tapi antara masalah utama adalah kadar sewa yang agak tinggi. Aapatah lagi kalau tika Monsoon Cup, RM2500 ke atas bagi satu kanopi. Sudah 4 kali Monsoon Cup, tapi peniaga Terengganu yang terlibat cuma 10%.

Saya ada dengar macam2 cerita termasuk agihan lot2 kepada orang politik makanya sewa tinggi. Entahlah, tapi saya ingin mencadangkan kepada YB supaya dapat diberi sedikit keistimewaan kepada peniaga2 dari Terengganu, mungkin kadar sewa yang lebih rendah supaya lebih ramai anak tempatan yang terlibat. Mungkin YPU patut diberikan kuota yang lebih untuk di sewakan dengan harga disubsidikan kepada anak2 tempatan.

Barulah kita boleh bangga mengatakan Monsoon Cup telah berjaya menjana ekonomi tempatan ! Dan tika melihat begitu banyak expo2 dimerata tempat, kita juga boleh berbangga begitu ramai peniaga2 tempatan terlibat. Ini tidak...kita konon bangga tapi sebenarnya peniaga2 tersebut majoriti adalah orang luar !

Begitu banyak melimpah wang2 dana tika ini, dengan lebih ramai anak2 tempatan berniaga, sekurang2nya kita memberi peluang wang2 tersebut beranak pinak dulu di Terengganu sebelum mengalir keluar.

Cuma satu pendapat ...

Atok said...

melayu kena celik dan fikir apa yang dato' tulis ni. betul yang dato' kata dan saya amat bersetuju. melayu masih tidak berubah dan krana itu mereka lemah dan ketinggalan dato'