Wednesday, August 19, 2009

POLITIK MELAYU

Assalamualaikum...

Keadaan zaman sudah jauh berubah. Landskap politik negara juga ikut sama berubah dan aliran juga mengikut acuan semasa. Namun, apakah kita berada dalam arus perubahan yang menguntungkan?. Atau, adakah ia sebaliknya.

Saya cukup terkilan dengan politik Melayu hari ini. Ia kadangkala nampak keterlaluan, melampau dan sanggup menggadai maruah bangsa demi mencapai cita-cita politik. Politik Melayu telah mengatasi segala-galanya, lebih atas daripada kepentingan agama dalam keadaan tertentu. Orang Melayu tahu perpecahan akan mengundang rebah tetapi perpaduan tidak diletakkan dalam senarai paling atas. Politik Melayu akan tergamak menentang sekeras-kerasnya terhadap perpaduan yang tidak menguntungkan Melayu.

Jika kita melihat tahap perpecahan orang-orang Melayu di ketika ini, kadangkala amat menakutkan. Saya bukan rasis dalam isu ini tetapi saya berani menyatakan bahawa dalam keadaan tertentu, kuasa orang Melayu bagaikan di hujung tanduk. Jika tidak begitu, mengapa sudah ada orang yang berani mengejek, menghina dan menuduh Melayu?.


Dulu suatu ketika, saya masih ingat ketika Singapura berpisah dengan Malaysia. Orang Melayu Singapura adalah antara yang bangga kerana menjadi rakyat republik itu kononnya Presiden Singapura pada waktu itu (kalau tidak silap sayalah) adalah orang Melayu. Akhirnya, apa sudah jadi dengan Melayu Singapura hari ini?. Tidakkah kita mengambil pengajaran daripadanya?.

Hari ini di Malaysia, Melayu lawan Melayu. Itu lebih dibanggakan. Kalau Melayu dapat lawan Melayu, maka hebat sangatlah kisahnya sedangkan orang lain tidak begitu?.

Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahatahir Mohamad pernah menangis kerana memikirkan mengenai orang Melayu. Malah, selepas memegang kuasa selama 25 tahun, antara kegagalan beliau ialah mengubah nasib orang Melayu. Ertinya, Melayu memang susah dan tidak mahu berubah. Tengoklah apabila ada rusuhan, menderhaka kepada Raja, demonstrasi jalanan - siapakah yang menyertai dan menjadi dalangnya. Melayu!.

Saya juga adalah Melayu dan kerana itu saya amat malu kerana mempunyai bangsa yang sebegitu. Manusia, mereka boleh bergaduh dan bermusuh. Namun, ada masanya segala-galanya mestilah dilupakan demi kebaikan dan kepentingan bersama. Ada waktunya, segala sengketa mesti dihentikan tanpa ragu lagi. Di saat kepentingan Melayu semakin digugat dan tergugat, orang Melayu mesti meletakkan kepentingan kaumnya mengatasi segala kepentingan yang ada.

Orang Melayu tidak boleh mengambil keputusan yang terlewat. Waktu tidak menunggu kita. Kita tidak boleh menyesal di kala segala-galanya telah hilang dari genggaman kita. Ayuh!, bangunlah Melayu, bangkitlah Melayu ... sama-sama kita perjuangkan dan bersatu hati dalam menghadapi cabaran zaman. Politik tidak akan membawa kita ke mana. Ada waktunya kita mesti bersatu dan sekarang adalah masanya.

Percayalah!.

3 comments:

pakcik said...

Akum YB..

memang sudah terlewat..

melayu sudah menghancurkan impian melayu..

Rakyat Kuala Nerus said...

memang betul apa yang dato' katakan. saya setuju sangat.

lenzaidi said...

YB tumpang lalu,
Melayu mengancurkan banyak harapan di tanah air sendiri.Pulau Pinang sebelum Francis Light dan Singapura ,Lingga dan Riau sebelum Raffles.Kedua dua pulau ini milik sultan melayu yang rebah akibat tipu muslihat British.Kini dua pulau ini ditadbir oleh bangsa imigran yang bila bila akan merobak hak orang melayu.
Orang melayu betah mempercayai orang luar untuk membantu mereka.
DSAI di Sarawak guna IRI satu organsasi antarabangsa di pilihanraya negeri akan datang.Ini satu kepala biul yang rakus kuasa dan dendam kesumat nya.Saya hairan banyak yang dilakukan oleh DSAI yang instigating racial sentiments tidak diambil tindakan oleh kerajaan.AKibat melayu lawan melayu, Orang melayu bertindak tanpa berfikir di rasuk oleh sentiment DSAI dan orang cina dan india tidak silu 2 menghina maruah orang melayu.Tiada juga tindakan.ISA TAKUT?atau political fear?
Bila sudah kuasa dan hak orang melayu hilang baru lah nanti ramai Hang Tuah dan Jebat muncul.Pada ketika itu nasi sudah jadi bubur. Siapa nak dengar ceramah Nik Ajis. Imigran akan jadi ketua dan negara ini syurga mereka.
Imigran di Indonesia,Thailand, Philpines tiada tempat di negeri negeri ini.Nama, bahasa mereka di nasionaliskan dengan tempat mereka diami.Cina Indoensia bukan sahaja nama di Indoensiakan, bercakap pun berbahasa Indoensia.Saya sempat bertanya kenalan cina Indoensia kenapa mereka begini.Kata kenalan saya itu..Ohh dulu dulu ya kerajaan sudah benteras sekolah cina dan bahasa mandarin.Kami ngak betah bertutur nanti di kenakan denda.Ini lah cara bagaimana mereka di Indonesiakan.Begitu juga di Brunei.Nama imigran akan didulukan dengan gelaran AWang dan Dayang.
Kita banyak bertolak ansur,dan kini bangsa imigran ini memijak hati,kepala dan maruah kita.Jangan nanti kita yang terpaksa meminta dengan mereka.DSAI is the catalyst of these move by the imigrants.PAS is no helping at all be of the same race and religion.
Allahuakbar Selamatkan negara ku!