Tuesday, August 18, 2009

APABILA MANUSIA BERKATA MELAMPAUI HAKNYA

Assalamualaikum,

Beberapa hari lagi kita bakal menjengah bulan yang mulia Ramadan Al-Mubarak. Semalam pula berlangsungnya hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang. Melayu lawan Melayu. Namun, itu demokrasi yang ada, maka sama-sama kita isi.

Apa yang hendak saya perkatakan ialah mengenai demokrasi yang kita banggakan dan sikap Melayu sendiri yang kini dihinggapi penyakit tidak kisah yang terlalu tebal. Orang Melayu (tentu sekali Islam) sudah sekian lama tidak kisah dengan apa yang dikatakan kepada mereka termasuk ditipu oleh puak-puak yang berkepentingan.

Semalam di Pulau Pinang, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Azin Nik Mat sekali lagi membuat kenyataan yang “menipu” umat Islam dengan mendakwa atau menuduh bahawa ahli UMNO tidak boleh masuk syurga. Tersenyum saya membaca kenyatan itu kerana itulah Nik Aziz. Itu jugalah manusia yang seringkali mempertikaikan demokrasi sedangkan dia sendiri bebas berkata-kata termasuk yang di luar hak, kuasa dan kemampuan beliau sendiri.

Kita sebagai umat Islam tahu bahawa janji syurga bukan kita yang tentukan tetapi sudah tentu dengan kenyataan mengarut Nik Aziz itu, orang Melayu boleh menelannya bulat-bulat dan percaya. Nik Aziz kononnya nak membandingkan Islam UMNO dengan Islam Pas.

Mungkin Islam yang boleh masuk syurga itu ialah mereka yang menghalalkan kaum bukan Islam menghina Islam, mungkin juga mereka yang selalu menabur fitnah di pentas politik, bercakap melontar batu sembunyi tangan, maki hamu, membuat tuduhan melampau dan bersekongkol dengan manusia yang mahu menjual arak secara terbuka. Itukah wajah ahli syurga yang Nik Aziz maksudkan?.

Mungkin Pas lebih Islam atau mungkinkah terlebih Islam apabila selalu mengubah hukum sedangkan lidah membaca ayat-ayat suci Al Quran dan itukah wajah ahli syurga yang Nik Aziz maksudkan sehingga dia mahu mendabik dada seolah-olah hanya Pas sahaja yang Islam. Pas diwujudkan bila dan Pas parti serpihan siapa?.

Biarlah, itu karenah Nik Aziz. Kita pula bagaimana?. Sampai bila kita begitu mudah dipermain dan diperbodohkan oleh manusia seperti itu. Nik Aziz digelar Tok Guru tetapi dia tidak memperkatakan sesuatu yang benar-benar sesuai dengan gelaran yang diberikan. Sudah sampai umat Islam menilai pemimpin seperti Nik Aziz. Apabila sudah sampai bercakap merapu-rapu dan di luar haknya, maka beliau adalah seorang yang perlu dinilai semula. Umat Islam perlu kembali kepada pemikiran yang waras dan berfikiran terbuka serta bertanggungjawab.

Nik Aziz adalah seorang pemimpin politik. Setiap kata-katanya adalah berasaskan kepentingan politik. Jika anda sudah tahu bahawa Pas selama ini menjual agama untuk kepentingan diri sendiri dan partinya, maka kenyatan Nik Aziz itu bukanlah sesuatu yang pelik. Itulah perniagaan Pas sebenarnya. Anda tentu faham apakah yang saya maksudkan. Fikirkanlah.

3 comments:

Anak Lenggong said...

Jangan sampai satu ari nanti kita akan melihat nik ajis dok merapu-rapu bercakap sorang ditengah jalan...dah menjadi fitrah manusia semakin tua manusia tu ..dia akan berbalik kepada kehidupan saorang budak kecil...

Anonymous said...

salam....

saya pelik, macam mana pengikut PAS begitu TAKSUB sekali dengan beliau ni...? nak kata berpelajaran....rasanya ramai golongan berpendidikan dlm parti ni...tapi mereka relaks je bila islam dihina .mana pergi Harun Din, Ismail Kamus dll ulama PAS dlm perkara ni???

Anonymous said...

Syurga tu Atok Nik Aziz punye. Atau, mungkin dia ingat dalam Neraka tak ada orang pakai serban.