Assalamualaikum
dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah s.w.t saya diberikan kesempatan untuk menulis lagi.
Sejak beberapa hari yang lalu,
sebagaimana yang kita semua tahu bagaimana kita telah dilanda banjir yang agak
teruk.
Banyak rumah
yang ditenggelami air, manakala jumlah mereka yang terpaksa berpindah juga
ramai. Seperti biasa, saya berkesempatan untuk menjenguk dan bertemu mereka –
mendengar keluhan dan suara hati mereka – memberikan bantuan keperluan bagi
meringankan beban mereka.
Selain melihat
bagaimana peritnya menghadapi kejadian banjir, namun semuanya tabah dan redha
dengan ketentuan Allah s.w.t. Walaupun terpaksa meninggalkan rumah dan harta
benda, demi nyawa mereka, mereka berpindah.
Mereka tidak
pernah merungut dengan keadaan di pusat pemindahan sementara yang diwujudkan – namun kerajaan kita,
kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa cakna dan prihatin dengan nasib mereka.
Bagi pihak
kerajaan, bantuan segera dihulurkan. Pucuk kepimpinan Kerajaan Pusat pula
mengumumkan bantuan Wang Ehsan sebanyak RM500 kepada semua keluarga mangsa.
Tidak cukup
dengan itu, mangsa banjir dibantu oleh pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi
sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Bukan sahaja dari Terengganu, malah
dari luar Terengganu juga datang.
Tidak cukup
dengan itu, isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor turut turun
padang di Parlimen Kuala Nerus bagi membantu dan mendengar rintihan rakyat yang
ditimpa banjir.
Demikianlah
indahnya kehidupan kita di Malaysia, msyarakatnya sangat kaya dengan sifat
kasih sayang sesama mereka.
Kepada mereka
yang terlibat, mereka kena lebih banyak bersabar. Dan, yang lebih penting
janganlah disangka cuaca akan cerah selamanya dalam keadaan kita masih berada
dalam musim tengkujuhini.
Kebimbangan
mengenai gelombang kedua dan ketiga banjir perlu diberikan perhatian. Kita kena
lebih berhati-hati dan bersedia. Saya doakan, banjir yang berlaku akan habis
setakat itu sahaja dan berharap, kita semua dapat menjalani kehidupan seperti
biasa.
Insya’Allah.