Assalamualaikum.
Bersyukur, satu kata-kata yang mudah
diucapkan namun ia tidaklah semudah untuk dihayati atau berada di hati setiap
orang.
Kata orang dunia sudah jauh berubah.
Perasaan manusia pun begitu juga. Turut berubah. Bagaimanapun perubahan manusia
yang melalui perubahan itu semakin hari semakin jauh berbeza dengan orang
dulu-dulu.
Orang dulu-dulu, mereka sangat kaya
dengan akal budi, mudah berterima kasih dan tidak terlalu berburuk sangka. Oleh
kerana itu, kehidupan mereka jauh lebih indah daripada apa yang sedang kita
lewati sekarang.
Apa ertinya perubahan, pembangunan dan
kejayaan jika kita tidak tahu bersyukur. Apatah lagi di saat kita memiliki dan
mempunyai apa yang orang lain tidak mampu miliki.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat
bertuah kerana berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Walaupun kerajaan BN dihina, dipandang keji, namun kerajaan BN tidak pernah
terhenti dalam memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyatnya – tanpa mengira
perbezaan idealogi politik pulak tu.
Namun hari ini, masih ada yang tidak
tahu bersyukur. Jauh sekali mahu berterima kasih kepada kerajaan BN di atas
segala usaha dan bantuan yang diberikan. Mengapa?. Sifat dan perasaan itu
semakin terhakis disebabkan masyarakat kita dikelilingi oleh penghasut yang
menghasut rakyat agar membenci kerajaan.
Tidaklah terlalu aneh, namun agak
pelik apabila kerajaan BN memberikan sesuatu kepada rakyat demi rakyat, ada
yang memandangnya sebagai serong sedangkan apabila mereka hadir pada majlis
golongan yang menentang kerajaan BN, mereka terpaksa mengeluarkan wang bagi
membiayai parti tersebut – di situ tidak pula mereka rasa malu kerana menjadi
rakyat yang terpaksa diperalatkan parti tersebut.
Jauh berbeza dengan BN, ia adalah
sebuah parti yang mengutamakan rakyat. Bagi BN, mereka pantang melihat rakyat
berada dalam kesusahan, maka bantuan akan segera dihulurkan. Saya tidak
berhasrat untuk memperkatakan perkara ini secara detail di sini kerana saya
akan mengupasnya dalam posting saya yang lain.
Apa yang ingin saya nyatakan, betapa
sifat tidak bersyukur di kalangan segelintir orang kita sekarang adalah sesuatu
yang boleh mencemarkan nilai keindahan hidup kita. Segelintir rakyat kita
sekarang gagal menilai sesuatu kebaikan dengan bijaksana dan kerana itu, mereka
kurang bersyukur.
Apa pun, saya yakin masih ramai di
kalangan rakyat yang masih bersyukur dengan segala nikmat dan rakyat yang
mereka kecapi. Rakyat yang mempunyai perasaan sedemikian akan tahu bahawa bukan
semua kerajaan mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat yang sedemikian akan
mengerti bahawa hanya BN yang mampu menjadi kerajaan untuk rakyat, demi rakyat.
Saya sangat menghargai kepada rakyat
yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih terhadap setiap pemberian, bantuan
dan sumbangan yang kerajaan berikan kepada mereka. Sesungguhnya mereka adalah insan-insan
yang terpuji yang wajar dicontohi.