Assalamualaikum.
Nampak gembira ibu bapa yang
mengiringi anak-anak mereka menerima bantuan persekolahan RM100 yang diberikan
kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini.
Bukan sahaja pelajar sekolah kerajaan, malah pelajar sekolah swasta juga
menikmati bantuan tersebut.
Lebih mulia lagi, bukan sahaja anak
penyokong kerajaan BN sahaja yang diberikan, malah anak kepada penentang
kerajaan, mereka yang selama ini memaki hamun kerajaan BN pun, kerajaan BN
berikan bantuan tersebut.
Sebabnya, sebagai sebuah kerajaan yang
dipilih oleh rakyat dan berjuang demi rakyat, maka setiap rakyat akan diberikan
perhatian dan jika terhadap habuan yang diberikan, maka ia sama-sama dinikmati.
Selebihnya, jika ada yang tidak tahu bersyukur
atau rasa berterima kasih – itu terserah dan terpulang kepada mereka.
Apa yang penting, kerajaan BN telah
melakukan yang terbaik demi rakyat. Walaupun bantuan RM100 tidaklah seberapa,
namun bagi mereka yang bersyukur dengan nikmat tersebut, nilainya amatlah besar
sekali. Dan, kerajaan BN telah membelanjakan jutaan ringgit bagi pemberian
tersebut. Alhamdulillah.
Saya sendiri melihat dan dapat
merasakan betapa gembiranya ibu bapa menerima bantuan/sumbangan tersebut. Namun,
ada juga segelintir yang tidak menunjukkan tanda-tanda begitu kerana terlalu
terpedaya dengan fahaman yang tidak mengajak mereka menjadi seorang yang tahu
bersyukur dan berterima kasih.
Tidak mengapalah, pedulikan mereka.
Bagi majoriti rakyat, mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan BN yang
sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat.
Selepas ini, giliran ibu bapa pula
menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 seorang. Bagi anak-anak
muda pula, mereka akan memperolehi bantuan juga.
Kepada rakyat Terengganu, mereka
menerima bonus setiap kali tibanya hari raya apabila diberikan imbuhan sebanyak
RM300 seorang daripada Wang Ehsan. Alangkah bertuahnya rakyat di negara ini.
Tidak tahulah jika ada yang tidak ada rasa mahu berterima kasih.
Bagi kerajaan BN, usaha memajukan
negara ini tidak pernah dihentikan. Dan, pada masa yang sama, usaha
memartabatkan kebajikan rakyat telah lama dilaksanakan. Rakyat kita hari ini
sungguh bertuah, dan tuah itu tidak ada di kebanyakan negara di dunia.
Apa yang penting, rakyat perlu bersatu
dalam memastikan agenda ini dapat diteruskan dan bukannya mendedahkan diri
mereka untuk terpedaya dengan anasir-anasir yang merugikan negara.
Itulah harapan saya. Semoga kita akan
terus maju dan hidup dalam serba berkebajikan di bawah kerajaan BN.
Alhamdulillah.