Sunday, January 6, 2013

RAKYAT PERLU TOLAK FTNAH PEMBANGKANG


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Semakin dekat dengan PRU, semakin galak usaha melebarkan fitnah dilakukan pembangkang dilakukan. Atas semangat kerakusan mereka kononnya mahu menguasai Putrajaya – satu pusat pentadbiran yang mahu mereka lelong suatu ketika dulu – mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi itu.

Saban hari, tidak kira ketika rakyat sedang bersusah payah dan derita, golongan ini haya pandai bermain politik. Malah, banjir besar yang berlaku itu pun dianggapnya kerana UMNO. Demikianlah sifat dan perangai manusia yang bercakap mengenai Islam, namun tidak boleh menerima ketentuan Allah terhadap kejadian alam ini.

Saban hari, golongan ini – walau di mana sahaja – mereka akan melebarkan fitnah. Mereka bercakap tanpa bukti, dan ikut sedap mulut sahaja kerana itu sahajalah modal politik mereka.

Berbeza dengan pemimpin kita – pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) – yang sentiasa menumpukan usaha membantu rakyat berbanding politik. Politik bukan tidak boleh, namun selepas sesuatu PRU itu berlangsung, politik mestilah dihentikan. Adalah amat malang jika kita berada di sebuah negara yang parti politiknya bermain politik sepanjang masa.

BN adalah sebuah parti yang sentiasa memberikan perhatian terhadap rakyat dan pemimpin BN akan memberikanlebih fokus kepada rakyat berbanding melayan karenah atau fitnah politik yang dilemparkan pembangkang.

Zama sudah jauh berubah. Rakyat tidak akan mudah atau sewenang-wenangnya menelan fitnah yang dilemparkan. Rakyat mampu melihat bahawa BN sahaja yang bekerja untuk rakyat berbanding pembangkang yang hanya menghabiskan masa di pentas ceramah dan memusuhi pemimpin kerajaan BN.

Saya percaya, dengan perkembangan dan iklim politik yang berlaku sekarang, rakyat semakin sedar akan hakikat itu. Kepada rakyat yang masih enggan berubah dan terperangkap dalam kepompong pemikiran yang sempit pembangkang, saya menyeru kepada mereka agar kembalilah ke pangkal jalan.

Marilah sama-sama kita menjadi rakyat yang mementingkan kehidupan kita dan masa depan generasi kita akan datang.