Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah, saya masih
sempat untuk menulis di blog saya ini. Syukur, Perhimpunan Agung UMNO telah pun
selamat diadakan dan diselesaikan dalam suasana mood yang cukup baik.
Selain isu-isu yang dibangkitkan
pembahas, ucapan dasar dan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak adalah antara perkara paling penting bagi seluruh ahli
UMNO dan rakyat.
Rata-rata, Presiden telah menyampaikan
amanatnya yang penting memandangkan perhimpunan agung itu adalah yang terakhir
sebelum munculnya PRU yang ke-13 nanti.
Selain isu yang sangat bernas dan
tajam, cerita atau kisah yang dibangkita Presiden UMNO telah mempunyai maksud
dan mesej yang tersirat yang wajar direnungi dan diambil iktibar oleh seluruh
pemimpin dan ahli UMNO.
Adalah sesuatu yang agak malang jika
mesej pada perhimpunan agung UMNO itu tidak dibawa pulang oleh kita semua
sebagai satu semangat atau gelombang kebangkitan bagi kita menghadapi PRU yang
akan datang.
Walaupun pembangkang telah mencanangka
kononnya PRU kali ini adalah sesuatu yang getir kepada UMNO dan BN, jelas
sekali itu hanyalah satu “serangan stategi” semata-mata dan tidak berpijak di
bumi nyata.
Jika mereka mengambil kira orang ramai
yang mendengar ceramah mereka, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sendiri
tidak pernah menang walaupun setiap ceramah mereka dihadiri oleh lautan
manusia.
Saya tidak mahu menyentuh sehingga ke
situ kerana bagi saya, saya mahu menyatakan betapa momentum perhimpunan agung
UMNO itu sebenarnya kini sedang ditakuti dan dibimbangi oleh puak pembangkang.
Hakikatnya, mereka sangat gentar
dengan mesej yang disampaikan Dato’ Seri Najib dan mereka semua sedar bahawa
Dato’ Seri Najib bukanlah calang-calang orang dalam politik sebagai Presiden
UMNO dan Perdana Menteri.
Saya melihat dengan jelas, seluruh
pemimpin dan ahli UMNO memahami apa yang disampaikan Dato’ Seri Najib dan
mereka saya fikir memahami tanggungjawab mereka selepas ini.
Apa pun tanggapan, seperti Perdana
Menteri, saya juga masih mempercayai bahawa BN akan terus diberikan mandapat mandat
yang besar pada PRU ke-13 nanti.