Wednesday, June 24, 2009

TERKUBURNYA SATU KISAH

Assalamualaikum …

Saya tidak terkejut langsung apabila pakatan pembangkang menolak cadangan Kerajaan Perpaduan. Segala-galanya adalah sesuatu yang mudah dijangka kerana Pas bukannya sebuah parti “yang menguasai” Pakatan Pembangkang walaupun gema yang mereka gendangkan seolah-olah merekalah menjadi ketua dalam pakatan tersebut.

Sebaliknya sudah kedengaran kini suara-suara sumbang oleh segelintir pemimpin pembangkang yang mahu menyalahkan UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan. Begitulah wajah dan watak pembangkang. Apabila mereka tersepit, mereka akan menyalahkan orang lain tanpa mereka tergamak mencerminkan diri sendiri. Rakyat sendiri boleh mendengar dan melihat ucapan para pemimpin Pas mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Ia bukanlah suara “mimming” semata-mata.

Biarlah. Mereka menolak pun, ia bukannya menjadi satu kerugian kepada UMNO. Kerajaan BN yang diterajui UMNO tidak sedikit pun terjejas dengan penolakan tersebut. Cuma, apabila satu cadangan yang baik seperti Kerajaan Perpaduan dikemukakan, maka UMNO menyambutnya dengan baik. Sebabnya bagi UMNO, apa yang baik bagi rakyat, itulah yang baik bagi UMNO. Tiada prejudis atau kepentingan bagi mencapai sesuatu yang baik. UMNO tidak pernah berdalih dan tidak pernah meletakkan sebarang syarat berbanding Pas yang sejak dulu mencabar dan mengajak UMNO untuk bermuzakarah tetapi pada masa yang sama telah meletakkan pelbagai syarat.

UMNO tidak begitu. UMNO adalah sebuah parti rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara yang mesti didahulukan. UMNO tidak pernah curiga atau berprasangka buruk terhadap sesuatu yang baik. Malah, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak percaya hasrat Pas mengenai Kerajaan Perpaduan adalah ikhlas. Namun semuanya terhalang. Ia dihalang oleh perasaan prasangka yang tebal, takut pada bayang-bayang sendir dan persepsi salah mengenai masa depan umat Islam/Melayu itu sendiri.

Politik sedemikian tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jangan terlalu yakin dengan cara berpolitik sedemikian. Saya agak terkilan dengan perkembangan isu ini. ia sebenarnya telah menjadi harapan rakyat. Namun ia dihancurkan dan dihalang oleh parti yang bercita-cita besar dan meletakkan impian untuk menjadi manusia paling berkuasa sebagai matlamat yang mengatasi kepentingan rakyat. Itulah masalahnya.

Lagi menyedihkan apabila yang mencadangkan itu pula turut akur dengan kehendak kuasa berkenaan. Fikirkanlah.

3 comments:

Lambo said...

Salam yb dato';

Mahu atau tidak, terpaksa diterima apa jua keputusan yang telah dimuzakarahkan.

Sejarah penubuhan parti, samaada PAS atau ADIL (keduanya ditujangi melayu) telah jelas datangnya dari rasa tak puas hati kepada UMNO dan ingin menduduki takhta.

Kehancuran bukan lagi mimpi mainan tidur apabila peraturan ditakwilkan mengikut selera hati sendiri.

Samada sedar atau sebaliknya, kini kemampuan melayu dengan hanya <60% jika terus berpecah (UMNO, PAS & ADiL) sudah pasti % akan berkurang dan melayu akan hilang kekuatan dibumi sendiri.

Mungkin telah beristikharah, penyatuan akan menutup ruang untuk menduduki takhta...

Anonymous said...

dato', tahniah kerana dlm blog ini ada jadual harian dato'. ia satu cara yang baik. harap dapat teruskan dato'.

Anonymous said...

itu hari, dato' yb ada ziarah itu ibu yb toh chin yaw. ramai orang Cina puji sama dato' yb. baguslah sebab ini yb yang dato' seri najib mahu... dato' yb selalu turun padang dan jumpa rakyat jelata. ini baru betul yb dato' wakil rakyat