Thursday, June 11, 2009

UMNO DAN KETERBUKAAN

UMNO sentiasa memimpin perpaduan. Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi sedang MEMIMPIN (bukan dipimpin) MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ini bukti UMNO sentiasa mendukungi semangat perpaduan yang kini diteruskan di era kepimpinan
DS Mohd Najib Tun Abdul Razak

Assalamualaikum …

Dalam tempoh kebelakangan ini, politik negara kecoh seketika mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang. Ia ternyata telah mencetuskan polemik yang ketara, bukan sahaja di kalangan ahli serta pemimpin Pas tetapi juga dalam pakatan pembangkang. Cadangan itu bagaimanapun ditolak dengan keras oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Itu masalah Pas dan saya tidak mahu mengambil kisah mengenai apa yang sedang menimpa mereka. Namun, apabila wujudnya polemik yang ketara itu, maka antara perkara yang dibangkitkan sesetengah pihak ialah betapa cadangan DS Abdul Hadi itu akan hanya memberikan nyawa kepada UMNO yang dianggap lemah ketika ini. Dan, ada pula yang melihat reaksi positif UMNO terhadap cadangan tersebut sebagai satu lagi helah politik parti tunjang Barisan Nasional (BN) terhadap parti pembangkang itu. Mungkin ada yang melihat begitu, tetapi saya tidak pernah berpandangan begitu.

Kesediaan UMNO menerima cadangan Kerajaan Perpaduan yang menurut pucuk pemimpin UMNO perlu diperjelas dan diperhalusi secara terperinci adalah kesinambungan daripada pendirian UMNO yang sentiasa ikhlas dalam mencari titik perpaduan. Tidak timbul langsung ketika UMNO lemah atau kuat dalam mencari perpaduan ini. Jika anda masih ingat, UMNO sentiasa terbuka dalam merealisasikan agenda perpaduan bersama pembangkang, khususnya Pas suatu masa dulu. Lalu timbullah apa yang dinamakan muzakarah UMNO-Pas. Waktu itu, UMNO sudah bersedia kerana UMNO sememangnya sebuah parti Melayu yang amat ikhlas dalam hal itu. Malangnya pada waktu itu, Pas pula yang bersikap jual mahal dan meletakkan pelbagai syarat pula sebelum ia menjadi kenyataan.

Di peringkat bawahan Pas pula, tercetusnya andaian dan tuduhan kononnya UMNO takut berhadapan dengan Pas. Itu tidak benar. Bagi UMNO, jika mahu bersatu, perlu ada keikhlasan dan tidak sepatutnya ada syarat yang mesti dipatuhi. Sekarang, perkara yang sama telah berlaku. Kali ini, ia dicetuskan kembali oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri. Seperti dulu, UMNO sentiasa bersedia berbincang dengan Pas demi Islam dan Melayu serta masa depan negara ini. UMNO tidak pernah mengenakan syarat dan tidak mahu menerima syarat jika mahu melihat perpaduan yang dicanangkan itu menjadi kenyataan.

Walaupun bagi saya wajah cadangan Kerajaan Perpaduan itu masih lagi kabur, namun ia tetap menjadi satu permulaan yang baik. Dan, setiap yang baik wajar bebas daripada setiap prasangka. Maka, UMNO menyambutnya dengan nawaitu yang baik. Saya berdoa, semoga usaha yang baik ini akan berjaya direalisasikan.

Saya percaya bahawa harapan itu bukan sahaja lahir dari diri saya, tetapi juga mereka yang cintakan perpaduan. Percayalah!.

1 comment:

add said...

Salam YB Nasir.
Tahniah kerana proaktif dalam membuat post yang baru.

Pasal kerajaan perpaduan ni saya amat menyokong penuh cara TGHHA tetapi kalau dengar dari statement ulamak tua dah nak mampos dari kelantan aka MB kelate tu macam nak pancung je kepala TGNA ni.

Jenis manusia apa la.. kata perjuangan menegak Islam dan bangsa tapi takut dan dayus dengan DAP dan PKR.

Saranan saya kepada Hj Hdi, persetankan ni aziz tu dan jalankan je apa yang hj rasa boleh memberi kebaikan kepada islam dan melayu apa salahnya UMNO dan PAS bergabung melawan keling hindraf dan Cina (MCA,DAP,Gerakan dll) dalam PRU 13 nanti.

Rundinglah dengan kaedah "win win stuation" antara umno dan Pas.

Pada saya amat tidak rugi kepada hj hadi jika kerajaan perpaduan dilaksanakan kerana HJ Hadi akan jadi menteri DiJPM mengantikan Khir baharom nanti. Insyaallah.