Monday, June 22, 2009

KEPUTUSAN SEORANG KETUA

Salam bloger …

Pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein semalam (Ahad) mengenai rombakan pucuk kepimpinan badan itu ternyata mengembirakan banyak pihak. Bagi saya, ia adalah satu rombakan yang amat tepat dan mampu memberi sumbangan besar ke arah menyatu dan memperkukuhkan UMNO di Terengganu ini. Pelantikan tiga pemimpin baharu di peringkat Badan perhubungan itu jelas tidak menampakkan Datuk Seri Hishamuddin memberilkan “kemenangan” kepada mana-mana pihak.

Walaupun mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut, namun bagi saya, itu sajalah jalan terbaik bagi pucuk kepimpinan parti dalam menyelesaikan masalah yang berlaku hari ini. Hakikatnya, tidak ada keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak. Namun, jika semua pihak bersikap akur dengan ketua parti, maka jalan penyelesaiannya sebenarnya sudah terbuka.

Pelantikan Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebagai Setiausaha Badan Perhubungan adalah wajar kerana beliau adalah seorang tokoh yang berpengalaman, sama ada dalam kerajaan dan juga parti. Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau pernah menjawat jawatan tersebut sebelum ini dan apabila sudah memegang jawatan menteri di peringkat pusat, sudah tentu beliau mempunyak banyak kelebihan untuk bekerja keras demi parti.

Saya juga gembira dengan pelantikan timbalan saya, Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang dilantik sebagai Bendahari. Pelantikan itu saya terjemahkan sebagai satu penghormatan pucuk kepimpinan parti kepada saya dan bahagian yang saya ketuai – Kuala Nerus. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah dilantik.

Sebenarnya saya melihat, semuanya bersedia bekerja demi parti, mahu melihat UMNO terus utuh dan sentiasa bertakhta di hati rakyat. YAB Menteri Besar, Datuk Ahmad Said misalnya, walaupun daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan kemudiannya hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, beliau tetap akur demi parti. Begitu juga dengan Datuk Tengku Putera, juga akur dengan pelantikan itu walaupun bagi sesetengah orang ia ditafsir kononnya sebagai “turun pangkat”.

Di dalam politik, tiada istilah diturunkan pangkat kerana setiap ahli parti mempunyai tanggungjawab terhadap parti. Justeru, jika pemimpin kita boleh akur dengan keadaan itu, mengapa kita tidak boleh sebagai pemimpin lain di peringkat kerajaan dan parti?. Saya tidak nampak perkara itu tidak boleh berlaku. Oleh itu, saya berharap agar pelantikan yang diumumkan semalam diterima dengan positif dan demi masa depan parti.

Jika itu dapat dipupuk dan diterima dengan baik, UMNO Terengganu akan kembali kuat dan kukuh. Setiap masalah perlu ada jalan penyelesaiannya. Anggaplah apa yang diputuskan semalam sebagai penghujung kepada masalah itu. Sekarang adalah masa untuk kita bersatu, kembali bertaut pada dahan perjuangan demi agama, rakyat, negara, parti dan bangsa.

3 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Bukankah orang Islam itu ialah bersaudara!!! Tidak kira bangsa Bangla, Pakistan, Iran, Bosnia..kalau mereka Islam, maka mereka juga adalah saudara kepada kita semua.


Tapi PAS menjadikan pemakan babi sebagai saudara dan menjadikan umat Islam sebagai sasaran modal politik.


http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

yb memang berjiwa besar. tulisan ini bukti yb memang terbuka. saya bangga kerana menjadi pengundi yb. teruskan perjuangan untuk kami di kuala nerus yb. selamaaaaaaaaaaaat

RAJA SIBER said...

agar dapat membantu & menguatkan kedudukan UMNO Terengganu.