Friday, April 3, 2009

Najib dan Muhyiddin gandingan hebat


Assalammualaikum,dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa untuk melayari laman ini,maafkan saya kerana lama tidak mengaktifkan laman ini,ini kerana saya terikat dengan jadual yang padat,maafkan saya.Alhamdulillah dan Tahniah kepada Y.A.B Dato Seri Mohd Najib yang telah dipilih sebagai Presiden Umno yang baru pada PAU baru-baru ini,tahniah juga kepada Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menang dan dipilih sebagai Timbalan Presiden,sesungguhnya para perwakilan telah melakukan suatu keputusan yang amat bernas.

Tahniah juga kepada Naib-Naib Presiden yang baru,Ketua-Ketua sayap yang baru,dan AMT yang baru.Tahniah kepada 2 anak Terengganu Dato Shabery Cheek dan Dato Seri Idris Jusoh yang berjaya menjadi AMT pada PAU kali ini.Terima Kasih juga kepada Pak Lah yang telah banyak menabur jasa sepanjang berada dalam Umno dan Kerajaan,terima kasih kerana telah membawa Malaysia ke sebuah dimensi yang baru,jasamu akan tetap dikenang.Seperti dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin,beliau sebagai orang no2,dan beliau akan bertindak sebagai orang no2 dan bukan bertindak sebagai orang no1,ini semua pemimpin di semua peringkat perlu memahaminya dengan teliti.

Umno juga perlu membuat satu transformasi,kerana jika ini tidak dilakukan,seperti mana kata Y.A.B Dato Seri Najib,Umno akan rebah,dan semestinya kita tidak sanggup untuk melihat Umno rebah,jadi suatu pendekatan baru mesti diwujudkan oleh Umno.Akhir kata,tahniah kepada para perwakilan kerana telah membuat keputusan yang bijak

Thursday, February 19, 2009

Menarik Diri bertanding AMT Umno


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dalam mengikuti jadual harian yang amat padat,dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk melayari blog Gelombang Nerus ini.Seperti semua sedia maklum Perhimpunan Agung Umno tetap akan dijalankan pada bulan 3 ini.Sebenarnya amat berat hati saya untuk mengumumkan perkara ini,saya Mohd Nasir Bin Ibrahim,mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan bulan Mac ini.Saya sebenarnya tidak mahu menambah sebab kepada perpecahan didalam Umno dengan pertandingan ini.

Saya tidak mahu orang melayu dan Ahli-Ahli parti berpecah,biarlah saya mengundurkan diri,demi kebaikan semua.Disamping itu saya juga boleh memberi tumpuan yang lebih sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang Ketua Bahagian,supaya dapat memperkuatkan parti untuk menghadapi pilihanraya ke-13 yang bakal mendatang.Seperti semua sedia maklum,jika sesuatu pertandingan berlaku perpecahan tentu dengan mudah akan terjadi,tetapi proses penyatuan dan pemulihan semula perlu mengambil masa yang amat lama,dan kita tidak mempunyai masa yang lama kerana PRU-13 akan berlangsung pada 2012 insyALLAH.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian-Bahagian di seluruh negara yang telah mencalonkan saya sebagai Ahli Majlis tertinggi,dan yang telah berjanji akan memberi sokongan dan undi,terima kasih atas sokongan yang berterusan.Saya akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon MT dari Terengganu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Terima Kasih semua.

Monday, February 9, 2009

Pakatan Bakal Runtuh?


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari pemimpin nombor 1 DAP,YB Karpal Singh yang menyelar kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang.Selain itu Bekas Pengerusi DAP,Yb Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP,Y.A.B Lim Guan Eng juga turut menerima kritikan hebat dari Yb Karpal.Saya yakin dan percaya,apa yang dikatakan oleh Yb Karpal,adalah sesuatu yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat,yang sebelum ini kita hanya andaikan berlaku tetapi kini sudah menjadi kenyataan yang sebenarnya ada keretakkan didalam Barisan ALternatif atau PR.Ini berlaku kerana Pakatan mereka tidak mempunyai tujuan atau perjuangan yang sama.

Oleh itu mereka tidak bersama-sama dalam membuat apa jua keputusan.Saya percaya ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak berpuas hati tetapi tidak berani menyuarakan pendapat mereka.Saya secara peribadi merasa DS Anwar sepatutnya sudah lama berhenti atau letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kerana beliau gagal,memenifistasikan kenyataan-kenyataannya seperti 16 September,yang kini terbukti hanyalah sebuah fata morgana,mirage beliau sendiri.

DS Anwar juga sedikit sebanyak menyebabkan ekonomi negara merosot kerana ramai pelabut telah dipengaruhi oleh retorik DS Anwar.Jadi saya rasa,DS Anwar Ibrahim wajar meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang,ini juga adalah tanda-tanda awal yang Pakatan Rakyat akan runtuh tidak lama lagi.

Tahniah buat Adinda Yb Ustaz Hj.Ramli

Assalammualaikum.
saya ingin mengucapkan Tahniah kepada adinda saya iaitu Yb Ustaz Hj.Ramli Nuh,kerana telah berjaya mewujudkan sebuah blog,Alhamdulillah.Semoga blog ini akan dikendalikan dengan sebaik mungkin dan akan memberi banyak input-input yang terkini.Tahniah,tidak dpat dinafikan bahawan internet/blog banyak memainkan peranan dalam arus politik kini,jadi memang tepat pada masanya jika Yb menceburkan diri dalam laman blog ini,saya menyeru kepada semua Yb-Yb Terengganu supaya mewujudkan sebuah blog atau pusat informasi bagi rakyat dikawasan masing-masing mengetahui perkembangan terkini kawasan.InsyaALLAH.

Jangan salahkan Sayap Parti

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dapat hari ini saya menulis di ruangan ini.Saya sebenarnya ingin menyentuh tentang cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno,Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail supaya sayap-sayap parti dibubarkan bagi mengurangkan politik wang.Saya amat menghormati Tan Sri sebagai 'orang lama' dalam parti tetapi saya kurang bersetuju dan merasakan tindakan itu bukanlah yang terbaik bagi mengurangkan politik wang.

Sayap-sayap ini telah banyak berjasa kepada parti dalam mengembangkan struktur organisasi parti.Saya percaya Tan Sri mempunyai pandangannya yang tersendiri,tetapi sememangnya membubarkan sayap-sayap bukanlah penyelesaian kepada isu politik wang dalam parti,sebaliknya aspek penguatkuasaan dan penyerapan nilai-nilai murni adalah langkah lebih tepat bagi mengurangkan masalah politik wang.

Ini juga tidak adil bagi sayap-sayap ini,kerana mungkin ada segelintir yang mengamalkan budaya kotor itu tetapi mengapakah semua ahli sayap mesti dihukum?,sayap-sayap ini juga telah melahirkan ramai pemimpin yang berjasa kepada negara,contohnya Y.A.B Dato Seri Najib yang suatu ketika dulu pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia,YB Tan Sri Muhyiddin yang insyaALLAH akan menjadi Timbalan Presiden Umno begitu juga dengan YB Datuk Hishammudin yang InsyaALLAH akan menjadi Naib Presiden Umno,ramai pemimpin sayap yang menjadi pemimpin kerajaan/negara,termasuk saya sendiri yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian pada tahun 89,Datuk Ahmad Said,Datuk Idris,Datuk Mohd Jidin,kami semua lahir dari sayap Pemuda Umno.

Semasa didalam sayap lah tempat digilap bakat untuk menjadi seorang pemimpin parti dan pemimpin kerajaan masa hadapan.Pada saya sayap-sayap seperti Pemuda,Wanita,Putera, dan Puteri masih diperlukan sebagai asas pembentukan pemimpin

Friday, February 6, 2009

Kekalahan punyai hikmah tersembunyi


Assalammualaikum,alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi saya menulis diruangan ini,walaupun agak lama saya tidak menjenguk laman ini tetapi banyak yang saya ingin tulis cuma tidak berkesempatan kerana agak sibuk dengan tugasan rasmi seharian.Semua telah ketahui keputusan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu,Pas telah memenanginya,saya percaya Barisan Nasional telah melakukan segala yang termampu untuk memikat hati rakyat dan saya juga percaya kita telah berusaha dengan gigih pada pilihanraya kecil baru-baru ini,cuma mungkin nasib tidak menyebelahi Barisan Nasional.Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada jentera BN Pulau Pinang di bawah Ketua Penyelarasnya Datuk Musa Sheikh Fadhil yang telah bekerja keras bersama-sama saya di Petiundi Pulau Kambing dan Hiliran Jejawi,juga kepada jentera dari Kedah dibawah penyelarasan Datuk Bakri yang bertungkus lumus di Petiundi Hiliran Masjid,Kg.Tokku,dan Simpang Tokku,yang telah bekerja keras dari awal hingga ke hari pengundian.Pemimpin Umno perlu lihat kekalahan ini dari sudut positif,ianya merupakan satu signal awal dari rakyat bukan sahaja kepada negeri Terengganu malah seluruh Negara untuk Umno dan BN memperbaiki kelemahan yang ada,dengan kekalahan ini juga Umno dan BN insyaALLAH akan bertambah kuat dan utuh apabila bersama-sama bekerja untuk memenangkan semula Parlimen Kuala Terengganu InsyaALLAH.Dalam pada masa yang sama,Barisan Alternatif yang terlalu membanggakan kemenangan di P036,ALhamdulillah dengan kekalahan BN di P036 akan digantikan dengan sebuah negeri iaitu Perak.Semua Ahli dan Pemimpin Umno perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di Perak dan Kuala Terengganu,jagalah rakyat dengan sebaik-baiknya dan Pemimpin Tertinggi jangan abaikan wakil rakyat itu sendiri.

Wednesday, January 14, 2009

Peluang Menang semakin cerah


Assalammualaikum,alhamdulillah dalam kesibukan berkempen dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk menulis di laman ini.Barisan Nasional berpeluang cerah untuk memenangi pilihanraya kecil ini,berdasarkan bacaan sikap yang telah saya buat kebanyakkan pengundi berpuas hati dengan pimpinan kerajaan kini.Seharusnya semua pengundi rasa bersyukur dan memilih Barisan Nasional kerana calon BN telah dijanjikan akan dikembalikan jawatan Timbalan Menteri jika beliau menang,ini tidak pernah berlaku didalam sejarah.Ini bermakna calon BN ini mempunyai kredibliti dan kelebihan sehinggakan dijanjikan jawatan dalam kabinet.Saya percaya rakyat bijak memilih,rakyat di terengganu tidak akan termakan segala janji-janji atau omong kosong yang ditabur oleh pihak pembangkang.Pembangkang sudah tiada isu dan rasanya sudah tidak relevan,ini terbukti bila mereka memainkan isu-isu lapuk yang sudah tidak boleh diguna pakai.Saya kenal benar dengan calon Pas,saya sendiri tinggal dalam kawasan beliau,dun wakaf mempelam jauh ketinggalan dan terabai,ramai yang datang meminta bantuan dari saya bila saya tanya kenapa tak pergi kepada yb wahid,mereka menjawab,yb wahid tak de peruntukan,dok rok chetong,ini yang berlaku di wakaf mempelam,bayangkan jika satu dun pun beliau tak boleh nak jaga,bagaimana nak mengurus 3 buah dun lagi?Bagi saya tugas dan tanggungjawab seorang ahli parlimen itu sangat berat,saya bimbang pembangunan di kuala terengganu akan terabai jika pas menang kerana calon pas tidak mempunyai karisma dan kredibiliti,saya yakin pengundi kini bijak dan saya pasti dan percaya BN akan memperoleh kemenangan didalam pilihnaraya kecil p.036 ini,insyaALLAH