Monday, February 9, 2009

Jangan salahkan Sayap Parti

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dapat hari ini saya menulis di ruangan ini.Saya sebenarnya ingin menyentuh tentang cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno,Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail supaya sayap-sayap parti dibubarkan bagi mengurangkan politik wang.Saya amat menghormati Tan Sri sebagai 'orang lama' dalam parti tetapi saya kurang bersetuju dan merasakan tindakan itu bukanlah yang terbaik bagi mengurangkan politik wang.

Sayap-sayap ini telah banyak berjasa kepada parti dalam mengembangkan struktur organisasi parti.Saya percaya Tan Sri mempunyai pandangannya yang tersendiri,tetapi sememangnya membubarkan sayap-sayap bukanlah penyelesaian kepada isu politik wang dalam parti,sebaliknya aspek penguatkuasaan dan penyerapan nilai-nilai murni adalah langkah lebih tepat bagi mengurangkan masalah politik wang.

Ini juga tidak adil bagi sayap-sayap ini,kerana mungkin ada segelintir yang mengamalkan budaya kotor itu tetapi mengapakah semua ahli sayap mesti dihukum?,sayap-sayap ini juga telah melahirkan ramai pemimpin yang berjasa kepada negara,contohnya Y.A.B Dato Seri Najib yang suatu ketika dulu pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia,YB Tan Sri Muhyiddin yang insyaALLAH akan menjadi Timbalan Presiden Umno begitu juga dengan YB Datuk Hishammudin yang InsyaALLAH akan menjadi Naib Presiden Umno,ramai pemimpin sayap yang menjadi pemimpin kerajaan/negara,termasuk saya sendiri yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian pada tahun 89,Datuk Ahmad Said,Datuk Idris,Datuk Mohd Jidin,kami semua lahir dari sayap Pemuda Umno.

Semasa didalam sayap lah tempat digilap bakat untuk menjadi seorang pemimpin parti dan pemimpin kerajaan masa hadapan.Pada saya sayap-sayap seperti Pemuda,Wanita,Putera, dan Puteri masih diperlukan sebagai asas pembentukan pemimpin

No comments: