Thursday, February 19, 2009

Menarik Diri bertanding AMT Umno


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dalam mengikuti jadual harian yang amat padat,dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk melayari blog Gelombang Nerus ini.Seperti semua sedia maklum Perhimpunan Agung Umno tetap akan dijalankan pada bulan 3 ini.Sebenarnya amat berat hati saya untuk mengumumkan perkara ini,saya Mohd Nasir Bin Ibrahim,mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan bulan Mac ini.Saya sebenarnya tidak mahu menambah sebab kepada perpecahan didalam Umno dengan pertandingan ini.

Saya tidak mahu orang melayu dan Ahli-Ahli parti berpecah,biarlah saya mengundurkan diri,demi kebaikan semua.Disamping itu saya juga boleh memberi tumpuan yang lebih sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang Ketua Bahagian,supaya dapat memperkuatkan parti untuk menghadapi pilihanraya ke-13 yang bakal mendatang.Seperti semua sedia maklum,jika sesuatu pertandingan berlaku perpecahan tentu dengan mudah akan terjadi,tetapi proses penyatuan dan pemulihan semula perlu mengambil masa yang amat lama,dan kita tidak mempunyai masa yang lama kerana PRU-13 akan berlangsung pada 2012 insyALLAH.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian-Bahagian di seluruh negara yang telah mencalonkan saya sebagai Ahli Majlis tertinggi,dan yang telah berjanji akan memberi sokongan dan undi,terima kasih atas sokongan yang berterusan.Saya akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon MT dari Terengganu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Terima Kasih semua.

5 comments:

Sedingin Salju said...

Tahniah kepada YB kerana sanggup melakukan suatu pengorbanan yang besar. memang benar, perpecahan amat mudah tetapi, penyatuan amat payah sekali.

add said...

Tahniah YB. Semoga dilantik Timbalan Menteri untuk kuota ganung kite

Sedingin Salju said...

Sebenarnya, kalau tak ada jawatan juga boleh berkhidmat untuk rakyat YB.

Zaki said...

WHAT ABOUT T'GANU KITE???

Selangor records highest investments in 9 years
By Shannon Teoh
SUBANG JAYA, Feb 22 - Selangor attracted RM11.87 billion in investments last year, bettering figures from the past eight years despite the financial crisis that began late last year.

“This ranks us as number two among states in Malaysia,” senior state executive council member Teresa Kok told reporters today. (Sarawak is the leading state in terms of foreign investments, pulling in about RM15.17 billion.)

According to Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) records, RM6.353 billion were from 202 new projects in Selangor while another RM5.517 billion came from expansions.

Records show that RM5.3 billion were foreign direct investments, with Germany contributing RM3.2 billion to the figure.

The investments also created 29,340 new jobs in the state

Muhammad Azli Shukri said...

tahniah satu pengorbanan