Friday, February 6, 2009

Kekalahan punyai hikmah tersembunyi


Assalammualaikum,alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi saya menulis diruangan ini,walaupun agak lama saya tidak menjenguk laman ini tetapi banyak yang saya ingin tulis cuma tidak berkesempatan kerana agak sibuk dengan tugasan rasmi seharian.Semua telah ketahui keputusan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu,Pas telah memenanginya,saya percaya Barisan Nasional telah melakukan segala yang termampu untuk memikat hati rakyat dan saya juga percaya kita telah berusaha dengan gigih pada pilihanraya kecil baru-baru ini,cuma mungkin nasib tidak menyebelahi Barisan Nasional.Saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada jentera BN Pulau Pinang di bawah Ketua Penyelarasnya Datuk Musa Sheikh Fadhil yang telah bekerja keras bersama-sama saya di Petiundi Pulau Kambing dan Hiliran Jejawi,juga kepada jentera dari Kedah dibawah penyelarasan Datuk Bakri yang bertungkus lumus di Petiundi Hiliran Masjid,Kg.Tokku,dan Simpang Tokku,yang telah bekerja keras dari awal hingga ke hari pengundian.Pemimpin Umno perlu lihat kekalahan ini dari sudut positif,ianya merupakan satu signal awal dari rakyat bukan sahaja kepada negeri Terengganu malah seluruh Negara untuk Umno dan BN memperbaiki kelemahan yang ada,dengan kekalahan ini juga Umno dan BN insyaALLAH akan bertambah kuat dan utuh apabila bersama-sama bekerja untuk memenangkan semula Parlimen Kuala Terengganu InsyaALLAH.Dalam pada masa yang sama,Barisan Alternatif yang terlalu membanggakan kemenangan di P036,ALhamdulillah dengan kekalahan BN di P036 akan digantikan dengan sebuah negeri iaitu Perak.Semua Ahli dan Pemimpin Umno perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di Perak dan Kuala Terengganu,jagalah rakyat dengan sebaik-baiknya dan Pemimpin Tertinggi jangan abaikan wakil rakyat itu sendiri.

No comments: