Monday, February 9, 2009

Pakatan Bakal Runtuh?


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari pemimpin nombor 1 DAP,YB Karpal Singh yang menyelar kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang.Selain itu Bekas Pengerusi DAP,Yb Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP,Y.A.B Lim Guan Eng juga turut menerima kritikan hebat dari Yb Karpal.Saya yakin dan percaya,apa yang dikatakan oleh Yb Karpal,adalah sesuatu yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat,yang sebelum ini kita hanya andaikan berlaku tetapi kini sudah menjadi kenyataan yang sebenarnya ada keretakkan didalam Barisan ALternatif atau PR.Ini berlaku kerana Pakatan mereka tidak mempunyai tujuan atau perjuangan yang sama.

Oleh itu mereka tidak bersama-sama dalam membuat apa jua keputusan.Saya percaya ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak berpuas hati tetapi tidak berani menyuarakan pendapat mereka.Saya secara peribadi merasa DS Anwar sepatutnya sudah lama berhenti atau letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kerana beliau gagal,memenifistasikan kenyataan-kenyataannya seperti 16 September,yang kini terbukti hanyalah sebuah fata morgana,mirage beliau sendiri.

DS Anwar juga sedikit sebanyak menyebabkan ekonomi negara merosot kerana ramai pelabut telah dipengaruhi oleh retorik DS Anwar.Jadi saya rasa,DS Anwar Ibrahim wajar meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang,ini juga adalah tanda-tanda awal yang Pakatan Rakyat akan runtuh tidak lama lagi.

5 comments:

Tai said...

Itulah YB, kalau tidak mendapat keberkatan tuhan.

add said...

Tahniah, Datuk kerana membuat post 4 cerita dalam masa 3hari... inilah yang pembaca vlog inginkan dari blog umno. kita mesti menunjukkan bahawa kita bekerja serta ikhlas untuk membantu rakyat.

perfectwater75 said...

Salam YB,

Masih terlalu awal kalau kita nak katakan Pakatan Rakyat akan runtuh dek pergolakan semasa kerana BN dan UMNO khususnya dah lama bergolak tapi tak runtuh2 juga...cuma kalah dalam pilihanraya sj...

Pembaharuan? sudah banyak kali disuarakan tetapi tetap sebagitu juga perjalanan parti.

Selagi ada pembahagian KASTA dalam UMNO maka selagi itulah UMNO akan terus bergolak dan merugikan masa depan negara...

YB mungkin tergolong dalam golongan KASTA Tertinggi sama seperti seperti YB Nasaruddin Bota..

Jadi apa jua yang YB buat takkan diganggugugat kerana kasta yang ada.

UMNO mesti melaksanakan perubahan seluruhnya bukan sekadar di bibir pimpinan yang kontroversi semata2...

salam ziarah YB!

dr saya,

Cucu Tok Guru Ustaz We Bukit Payung

singamaraja said...

Salam YB

Selagi UMNO tak bersatu maka selagi itulah orang melayu jauh hati YB

Zaki said...

Sokonglah si Karpal tu.. sekurang-kurangnya dia tidak keseorangan dalam DAP. Isunya mudah saja .. si karpal nak saman sultan Perak, DS Anwar tak mau (no way Anwar akan setuju... setuju maknanya menggali kubur PR sendiri) .. lalu ditimbulkan pelbagai isu, dah jadi personal motif.