Assalamualaikum.
Parlimen telah pun dibubarkan, malah hari
penamaan calon dan hari mengundi juga telah ditetapkan.
Tiga tarikh penting yang
dinanti-nantikan oleh rakyat selama ini telah pun terjawab. Masing-masing kini
sedang memberikan tumpuan terhadap kempen-kempen mereka bagi memastikan
kemenangan pada PRU ke-13 ini.
Walaupun banyak pihak berpendapat
bahawa PRU kali ini adalah yang paling hangat, paling sengit dan paling getir,
namun nampak semuanya berjalan lancar. Bagi saya, sudah tentu saya sangat
percaya bahawa rakyat akan sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan
Nasional (BN) untuk memerintah negeri Terengganu serta negeri-negeri lain di
Malaysia.
Begitu juga di peringkat Parlimen, BN
sekali lagi dijangka mampu membentuk kerajaan yang lebih kuat berbanding PRU
ke-12 yang lalu.
Banyak sebab sebenarnya mengapa saya
berkata demikian, selain faktor kejayaan BN itu sendiri dalam membangun dan
memajukan negara serta menjaga kebajikan rakyat, kecelaruan serta isu-isu yang
menggemparkan yang melanda parti pembangkang sejak kebelakangan ini telah turut
membuka mata rakyat.
Selain itu, rakyat semakin bijak dan
matang walaupun persekitaran mereka sekarang sedang diasak dengan pelbagai
isu-isu yang sengaja dicetuskan melalui internet dan sebagainya. Hakikatnya,
rakyat telah bijak dalam menapis isu-isu yang dibawa ke pengetahuan mereka.
Jelas sekali hari ini, BN telah
diberikan sokongan dan sambutan yang amat baik dan BN juga berada pada posisi
yang sangat meyakinkan untuk memenangi PRU ke-13 ini.
Jika anda ingin mengesahkan apa yang
saya katakana, anda boleh bertemu rakyat yang tidak fanatik dan pemikirannya
pula terbuka, mereka pasti akan menyatakan secara terbuka mengenai kejayaan dan
potensi kemenangan BN.
Kepada mereka yang masih kurang yakin
atau tidak yakin kepada kerajaan BN terutamanya penyokong pembangkang, waktu
masih ada untuk mereka berubah kepada yang lebih baik.
PAS telah pun memerintah Terengganu
pada 1999-2004 dan telah terbukti menjadi kerajaan yang gagal. Oleh kerana itu,
saya berpandangan, rakyat tidak lagi sepatutnya memberikan kepercayaan kepada
kerajaan yang gagal itu pada PRU ke-13 kali ini.
Harapan saya, marilah kita semua
sebagai rakyat bersatu dan bertekad untuk terus memberikan undi kepada BN
untuk menerajui Terengganu dan Malaysia
ini.