Assalamualaikum.
Antara perkara yang disentuh Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika
istiadat pembukaan persidangan DUN Terengganu minggu lalu ialah baginda
menyebut mengenai kewujudan daerah baru Kuala Nerus.
Selepas perkara tersebut dibentangkan
dalam Bajet Negeri 2012 hujung tahun lalu, dan disentuh pula oleh Baginda dalam
titahnya, saya amat menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku di atas kecaknaan dan
keprihatinan baginda mengenai pentingnya kewujudan daerah baru Kuala Nerus ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada
Kerajaan Negeri yang telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM20 juga bagi
membolehkan kerja-kerja awal kea rah mencapai matlamat tersebut dimulakan tahun
ini.
Alhamdulillah, kita telah pun
mengenalpasti tapak pusat pentadbirannya dan YAB Datuk Seri Ahmad Said, Menteri
Besar Terengganu sendiri telah pun melawat kawasan berkenaan baru-baru ini.
Sebenarnya kelahiran sebuah Daerah
Kuala Nerus adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan rakyat, bukan sahaja
di Kuala Nerus tetapi juga seluruh Terengganu ini.
Usaha ini pula tidak berlaku dalam
sehari dua ini. Sebaliknya, ia telah digerakkan secara tersusun dan penuh rapi
bagi membolehkan ia menjadi kenyataan. Semua ini adalah hadiah untuk rakyat dan
membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang bekerja
dengan rakyat.
Daerah Kuala Nerus tidak akan lahir
hanya kerana ia namanya Kuala Nerus. Namun, ia berlaku disebabkan Kuala Nerus
telah pesat membangun dan memenuhi kreateria yang telah ditetapkan bagi
membolehkan sebuah daerah baru menjadi kenyataan.
Kini lebih seratus ribu penduduk di
Kuala Nerus menanti dengan penuh minat bagi melihat usaha ini segera menjadi
kenyataan. Dan, berdasarkan kepada apa yang telah dilaksanakan, saya yakin ia
sudah terlalu hamper menjadi kenyataan.
Saya berani menyatakan bahawa Kuala
Nerus telah mempunyai segala-galanya untuk dibnobatkan atau dinaiktaraf sebagai
sebuah daerah baru di Terengganu ini. Cuma, ia memerlukan kepada beberapa
penambahbaikan yang wajar diberikan perhatian.
Itulah harapan saya. Sebagai wakil
rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya melakukan yang terbaik untuk Kuala Nerus
dan saya sebenarnya sangat gembira di atas kerjasama dan sokongan yang
diberikan dalam saya melewati perjuangan ini, khususnya menjadikan Kuala Nerus
sebagai sebuah daerah baru di Terengganu, insya’Allah.