Assalamualaikum.
Diam tak diam,m
kita dah pun masuk bulan April, empat bulan di tahun 2012 – tahun yang sarat
dengan ramalan PRU ke-13 diadakan.
Seperti yang
anda tahu, puak pembangkang akan menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu
negara. Apa yang mereka tuntut juga sama sebagaimana perhimpunan haram Bersih
2.0 yang lalu.
Malah, Pas
Terengganu juga dikatakan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran sebelum itu
di Kuala Terengganu, hadapan Wisma Darul Iman.
Sama ada kita
sedar atau tidak, bahawa kerajaan telah pun menubuhkan jawatan khas bagi
mengkaji dan mencadangkan mengenai pilihan raya bagi menambah baik proses
pilihan raya yang sedia ada.
Jawatankuasa
itu bukan sahaja terdiri daripada wakil kerajaan, malah wakil-wakil parting
pembangkang. Oleh itu, mereka boleh dan telah pun memberikan pandangan bagi
mencapai tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan.
Malah, hasil
kajian dan perancangan jawatankuasa berkenaan telah dibentangkan di Parlimen
serta diluluskan walaupun pembangkang membuat kacau ketika pembentangan perkara
tersebut di Parlimen baru-baru ini.
Namun, Bersih
3.0 yang sekali lagi akan diketuai Ambiga sebagai membantah terhadap sistem
pilihan raya yang ada.
Jika orang
lain tidak faham mengapa pembangkang tetap membantah, malah mahu mengadakan
beberapa perhimpunan menjelang PRU ke-13 ini, tetapi saya boleh faham
mengenainya.
Pertama,
pembangkang sejak dahulu tidak pernah melihat apa yang diusahakan atau
dilakukan kerajaan BN adalah tidak betul walaupun setiap keputusan yang dibuat
turut melibatkan puak mereka. Itu perkara pokok yang sangat penting untuk
diberikan perhatian.
Dan kedua,
nampak sangat pembangkang tidak bersedia untuk menghadapi PRU. Apa yang mereka
lakukan adalah untuk menarik perhatian banyak pihak dan mungkin juga satu
kaedah untuk “memaksa” kerajaan melengahkan PRU.
Hakikat yang
mereka sendiri sedar ialah betapa sokongan rakyat terhadap BN kian melonjak
kerana rakyat kita semakin hari semakin melihat dan menilai pembangkang yang
banyak menimbulkan masalah kepada rakyat.
Kepimpinan
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakukan yang
terbaik untuk rakyat dan negara walaupun pada masa yang sama pembangkang asyik
melalak tanpa melakukan apa-apa pun.
Rakyat semakin
sedar, semakin tahu mengenai tabiat buruk dan kelemahan pembangkang. Justeru,
mereka kini beralih kepada BN yang telah terbukti mampu melakukan yang terbaik
buat rakyat. Percayalah!.