Sunday, September 30, 2012

BAJET: PEMBANGKANG SUDAH MEROYAN






Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Selepas dua hari Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen, sudah banyak pihak yang sudah mula meroyan - dan sudah tentulah mereka adalah puak pembangkang yang tidak pernag mahu mengakui kejayaan dan kebaikan kerajaan BN selama ini.

Anda bacalah di FB, Twitter dan media pro mereka, apakah pemimpin pembangkang komen atau memberikan reaksi mereka kepada Bajet 2013 - tidak ada perkara yang baik yang mereka nampak sedangkan majoriti rakyat kini sedang bergembira berterima kasih kepada kerajaan BN dan bersyukur kepada Allah di atas rahmat dan nikmat yang bakal mereka perolehi daripada bajet 2013.

Saya berpandangan, bahawa rakyat kita sudah matang sekarang - mereka sudah boleh membuat penilaian dan pertimbangan mengenai rekod cemerlang kerajaan BN dalam mentadbir dan mengurus masa depan negara bertuah ini. Apa pun alasan, apa pun tuduhan, apa pun tindakan - kesemuanya itu tidak mungkin dapat mengubah fakta bahawa sehingga sekarang dan seterusnya, hanya BN yang layak dipilih sebagai kerajaan. Ia berdasarkan rekod dan sejarah yang ada.

Pembangkang pula, mereka hidup dalam keadaan angan-angan, menabur janji melalui "perjuangan yang bermodalkan air liur sahaja". Ya, mereka akan berkata pula kononnya sebab mereka belum berkuasa dan kerana itu, mereka tidak mampu lakukan apa-apa.

Baik, saya ingin bertanya, siapakah yang sedang berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sekarang ini. Siapakah yang telah berkuasa di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu. Siapa?. Ok, apakah yang mereka buat di negeri-negeri yang mereka kuasai?. 

Cukuplah rakyat ditipu dan diperbodohkan ... sudah memadai hanya satu penggal di tiga negeri berkenaan rakyat serahkan kepada pembangkang. Cukuplah 20 tahun Pas diberikan peluang di Kelantan ... Rakyat semua mestilah melihat, menilai dan menghakimi mereka dengan sejarah yang ada.

Cukuplah rakyat melakukan kesilapan dengan memilih kerajaan yang salah di Selangor, Kelantan, Kedan dan Pulau Pinang ... Rakyat Malaysia mesti bersatu menolak mereka ini yang ternyata dan terbukti GAGAL serta tidak mampu membawa apa-apa faedah untuk rakyat.

Kepada semua, undilah BN demi kejayaan, kecemerlang dan kehebatan kita semua.


BAJET 2013: TERIMA KASIH PM

Assalamualaikum ...

Bajet 2013 masih menjadi perbuala rakyat. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai bajet tersebut yang dianggap benar-benar menjadi aspirasi kerajaan BN untuk terus memperkasakan kebajikan rakyat dan pada masa yang sama berusaha memperkukuhkan ekonomi negara.

Tidak perlulah saya mengulas dalam bentuk data dan fakta Bajet 2013 kerana kita semua sebenarnya sangat sedia maklum mengenai perkara tersebut. Rumusannya, Bajet 2013 adalah Bajet Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Biasalah, setiap kali kerajaan BN membentangkan bajet negara, maka setiap kali itulah kerajaan BN dituduh kononnya memberikan "gula-gula" kepada rakyat. Jika anda rakyat yang perasan, Bajet negara yang dibentangkan kerajaan BN, pasti menetap sesuatu kepada rakyat tanpa mengira ia dibentangkan menjelang musim pilihan raya atau sebaliknya.

Walaupun selepas PRU atau dipertengahan PRU - semua Bajet Kerajaan BN berasaskan kepada suara rakyat, keperluan rakyat dan permintaan rakyat. Anda harus bersetuju dengan saya bahawa Bajet 2013 adalah antara bajet yang terbaik yang meletakkan golongan sasar pada setiap pemberian dengan cara berhemah dan strategik.

Ia sangat memberi impak, sesuai dengan tuntutan semasa golongan sasar yang dilihat oleh kerajaan sebagai perlu diberikan perhatian. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - beliau adalah seorang yang sangat peka dengan kehendak rakyat, sentiasa ingin mendengar suara rakyat dan merumuskan setiap keputusan kerajaan berasaskan kepentingan rakyat.

Dengan tema Janji Ditepati, beliau telah melakukan yang terbaik, bersungguh-sungguh tanpa kira jemu dan penat lelah demi memastikan kehidupan rakyat terus terbela dan terjamin. Kerajaan BN tidak pernah bermain dengan retorik, sebaliknya kerajaan BN bergerak di atas asas realiti dan hakikat.

Terima kasih Perdana Menteri ... semoga seluruh rakyat akan kekal bersama BN demi membina masa depan negara yang hebat dan terbilang.

Monday, September 17, 2012

UMAT ISLAM DICABAR LAGI

gambar dipetik dari Utusan
Assalamualaikum.

Umat Islam dihina dan dicabar lagi.

Kali ini dengan penayangan filem Islam Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW yang mendapat bantahan di seluruh dunia. Malah, banyak pihak yang anti Islam kini telah dengan sengaja mencetuskan provokasi sehingga akhirnya mengundang kemarahan yang memuncak di kalangan umat Islam sendiri.

Barat yang diketuai Amerika Syarikat sedikit pun tidak mengambil tindakan, malah menyifatkan perkara tersebut kononnya dalam konteks kebebasan bersuara.

Hakikatnya, sebarang penghinaan terhadap Islam walau dengan apa cara sekali pun, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Apa yang dilakukan pihak terbabit tentu sekali mempunyai niat jahat terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya, ini bukan sekali Islam dan umat Islam dihina oleh musuh Islam. Malah sebelum ini pun, sudah beberapa kali insiden seperti itu berlaku. Ia juga membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Namun, apakah hanya memadai dengan kemarahan sedemikian walaupun ia perlu.

Saya berpandangan, umat Islam mudah diperlakukan sedemikian kerana musuh Islam melihat kelemahan umat Islam. Mereka menjadi umat yang mudah berpecah tetapi susah bersatu.

Akibatnya, musuh-musuh Islam dengan rakus mengambil kesempatan untuk menghina Islam dan umat Islam.

Persoalannya, sampai bilakah perkara sedemikian harus berlarutan. Umat Islam perlu bangkit dengan kekuatan – bukan sahaja kekuatan suara dan pengaruh tetapi juga kuat dari segi perpaduan sesama mereka. Kita semua harus belajar daripada sejarah dan tidak lagi memandangkan sebagai sesuatu yang mudah.

Jika umat Islam bersatu dan kuat, pastinya musuh Islam tidak akan lebih berani dengan tindakan mereka.

Apa pun, kita menentang sekeras-kerasnya penayangan filem tersebut dan berharap agar tindakan segera diambil bagi menghentikannya. Sikap biadab musuh Islam yang dinaungi zionis barat adalah sesuatu yang sangat melampau.

Ia adalah sesuatu yang di luar tamadun dan wajib ditentang oleh umat Islam dan mereka yang cintakan keamanan sejagat.

Monday, September 10, 2012

TERUJA DENGAN KEHADIRAN RAMAI DI RUMAH TERBUKA PARLIMEN KUALA NERUS

 Sebahagian daripada rakyat yang hadir pada Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus baru-baru ini

Saya dan isteri sangat menghargai kehadiran anda semua.

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat, khususnya penduduk di Parlimen Kuala Nerus yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Nerus di pejabat saya, di Seberang Takir beberapa hari yang lalu.

Saya dan isteri sebenarnya sangat teruja dan gembira menerima kehadiran saudara-saudari semua - sama yang tinggal do Parlimen Kuala Nerus, atau pun mereka yang berada di luar kawasan saya. Alhamdulillah saya lihat kehadiran tetamu sangat baik sekali dan ia saya terjemahkan sebagai satu hubungan yang baik antara rakyat dengan pemimpin telah terjalin sejak sekian lama.

Sebenarnya, itulah juga suasana yang dapat kita lihat di mana majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan pemimpin UMNO dan BN di mana-mana pun. Ia satu sambutan yang bukan sahaja meriah tetapi telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada pelbagai lapisan rakyat.

Di peringkat Parlimen Kuala Nerus, saya sangat gembira dengan sambutan rakyat yang hadir. Saya bersyukur kerana segala persiapan telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun saya memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis tersebut tempoh hari. Saya berdoa agar majlis sedemikian bukan sahaja dapat diadakan lagi tetapi juga dapat mempertemukan semula kita pada masa akan datang dalam majlis seumpama itu.

Kepada semua, salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

TAHNIAH KAWAT

 Ramai rakan-rakan media yang hadir. Siap dengan pakaian raya dan ahli keluarga.

Menyampaikan duit raya kepada anak wartawan Terengganu

Tahniah saya ucapkan kepada Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang berjaya menganjurkan Malam Keluarga Aidilfitri di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu beberapa hari lalu.

Kebetulan saya menerima undangan daripada Presiden KAWAT, Ayob Mamat yang kebetulan adalah rakan saya. Walaupun saya tiba lewat sedikit sebaik tiba dari ibu negara kerana tugas rasmi, saya dapat rasakan majlis tersebut diadakan dalam suasana meriah.

Bukan sahaja dengan hadiah yang banyak dan saya difahamkan seorang ahli mendapat tidak kurang hamper pada malam tersebut. Pada malam itu juga, KAWAT turut menyediakan hadiah duit raya kepada semua ahlinya yang hadir dan Presiden KAWAT turut mengumumkan bahawa setiap ahli kelab itu akan diberikan insuran perlidungan percuma.

Baguslah kalau begitu. Saya melihat ahli-ahli KAWAT yang dinaungi rakan-rakan media di Terengganu itu sangat spoting dan mereka pun jelas dilihat gembira dengan majlis yang dianjurkan itu.

Saya berharap dan berdoa agar KAWAT terus maju jaya dan berusaha untuk kekal sebagai kelab media yang paling aktif di negara ini.


Monday, August 27, 2012

JEMPUTLAH KE RUMAH TERBUKA SAYA


Assalamualaikum.

Walaupun sudah hampir sepuluh hari Syawal berlalu, namun kemeriahan Aidilfitri masih dirasakan. Di sana sini masih banyak diadakan rumah terbuka dan budaya kunjung mengunjung masih lagi segar di kalangan masyarakat kita hari ini.

Tidak terlambat bagi saya dan isteri untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam, di mana jua mereka berada khususnya pengundi dan rakyat di Parlimen Kuala Nerus.

Apa yang berlaku di hadapan kita sekarang adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Kita berada di sebuah negara yang aman dan damai hasil daripada usaha kerajaan BN yang tidak pernah jemu memaju dan membangunkan negara ini.

Saya gembira sebenarnya melihat rakyat hidup aman damai dan gembira, terutama pada Aidilfitri ini.

Rata-rata di mana-mana pun saya berkunjung, saya melihat keadaan yang sangat mengkagumkan sedang dinikmati oleh mereka – ia sesuatu yang tidak mungkin ada di semua negara di dunia ini – berilah apa pun alasannya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjemput dan mempersilakan kalian semua ke majlis Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus yang akan diadakan pada 1 September ini di Perkarangan Pejabat Parlimen Kuala Nerus.

Datanglah beramai-ramai, dapatlah kita bersua muka, bertanya khabar dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Mudah-mudahan usaha murni akan diberkati oleh Allah s.w.t jua. Insya’Allah.

Sunday, August 26, 2012

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA


Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah, saya masih diberikan kekuatan untuk mencatatkan sesuatu untuk anda semua.

Bersyukur jugalah kerana Syawal sekali lagi datang menjengah dan kita di Malaysia yang bertuah ini dapat menyambut hari lebaran dengan meriahnya. Jujurnya, jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia, kita di sini sebenarnya jauh lebih bertuah.

Fakta ini tidak ada sesiapa pun yang mampu menafikannya. Saya dan anda sendiri mampu melihat betapa Aidilfitri telah diraikan dengan meriah, harmoni dan penuh dengan semangat perpaduan di kalangan rakyat.

Jauh daripada itu, rakyat kita juga mewah dengan pelbagai bantuan dan sumbangan, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga orang perseorangan. Ramadan yang baru sahaja kita tinggalkan misalnya telah meninggalkan banyak peristiwa kepada kita.

Selain kita telah mengisinya dengan amal ibadah untuk menikmati ganjaran dan tawaran pahala berlipat kali ganda dari Allah s.w.t, Ramadan juga telah memperlihatkan di negara ini bagaimana umat Islam dan kerajaan tidak “menang tangan” menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Saya sendiri sebagai wakil rakyat yang merasai sendiri keadaan tersebut telah melihat betapa bertuahnya rakyat di negara ini kerana sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan. Sebutkan sahaja di mana ada rakyat yang susah, pasti akan segera dibantu.

Saya sangat teruja sebenarnya untuk menyatakan betapa jika kita semua di negara bertuah ini tidak bersyukur dengan segala nikmat itu, maka tidak tahulah saya untuk berkata apa lagi.

Oleh itu, saya ingin mengajak rakyat agar melihat dan menilai keadaan ini agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merugikan negara dan masa depan mereka.

Ini adalah satu realiti yang harus kita terima dengan hati yang terbuka, siapa pun kita, di mana pun kita berada.

Kita rakyat Malaysia sebenarnya sangat bertuah.