Assalamualaikum ...
Bajet 2013 masih menjadi perbuala rakyat. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai bajet tersebut yang dianggap benar-benar menjadi aspirasi kerajaan BN untuk terus memperkasakan kebajikan rakyat dan pada masa yang sama berusaha memperkukuhkan ekonomi negara.
Tidak perlulah saya mengulas dalam bentuk data dan fakta Bajet 2013 kerana kita semua sebenarnya sangat sedia maklum mengenai perkara tersebut. Rumusannya, Bajet 2013 adalah Bajet Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat.
Biasalah, setiap kali kerajaan BN membentangkan bajet negara, maka setiap kali itulah kerajaan BN dituduh kononnya memberikan "gula-gula" kepada rakyat. Jika anda rakyat yang perasan, Bajet negara yang dibentangkan kerajaan BN, pasti menetap sesuatu kepada rakyat tanpa mengira ia dibentangkan menjelang musim pilihan raya atau sebaliknya.
Walaupun selepas PRU atau dipertengahan PRU - semua Bajet Kerajaan BN berasaskan kepada suara rakyat, keperluan rakyat dan permintaan rakyat. Anda harus bersetuju dengan saya bahawa Bajet 2013 adalah antara bajet yang terbaik yang meletakkan golongan sasar pada setiap pemberian dengan cara berhemah dan strategik.
Ia sangat memberi impak, sesuai dengan tuntutan semasa golongan sasar yang dilihat oleh kerajaan sebagai perlu diberikan perhatian. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - beliau adalah seorang yang sangat peka dengan kehendak rakyat, sentiasa ingin mendengar suara rakyat dan merumuskan setiap keputusan kerajaan berasaskan kepentingan rakyat.
Dengan tema Janji Ditepati, beliau telah melakukan yang terbaik, bersungguh-sungguh tanpa kira jemu dan penat lelah demi memastikan kehidupan rakyat terus terbela dan terjamin. Kerajaan BN tidak pernah bermain dengan retorik, sebaliknya kerajaan BN bergerak di atas asas realiti dan hakikat.
Terima kasih Perdana Menteri ... semoga seluruh rakyat akan kekal bersama BN demi membina masa depan negara yang hebat dan terbilang.