Monday, September 10, 2012

TAHNIAH KAWAT

 Ramai rakan-rakan media yang hadir. Siap dengan pakaian raya dan ahli keluarga.

Menyampaikan duit raya kepada anak wartawan Terengganu

Tahniah saya ucapkan kepada Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang berjaya menganjurkan Malam Keluarga Aidilfitri di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu beberapa hari lalu.

Kebetulan saya menerima undangan daripada Presiden KAWAT, Ayob Mamat yang kebetulan adalah rakan saya. Walaupun saya tiba lewat sedikit sebaik tiba dari ibu negara kerana tugas rasmi, saya dapat rasakan majlis tersebut diadakan dalam suasana meriah.

Bukan sahaja dengan hadiah yang banyak dan saya difahamkan seorang ahli mendapat tidak kurang hamper pada malam tersebut. Pada malam itu juga, KAWAT turut menyediakan hadiah duit raya kepada semua ahlinya yang hadir dan Presiden KAWAT turut mengumumkan bahawa setiap ahli kelab itu akan diberikan insuran perlidungan percuma.

Baguslah kalau begitu. Saya melihat ahli-ahli KAWAT yang dinaungi rakan-rakan media di Terengganu itu sangat spoting dan mereka pun jelas dilihat gembira dengan majlis yang dianjurkan itu.

Saya berharap dan berdoa agar KAWAT terus maju jaya dan berusaha untuk kekal sebagai kelab media yang paling aktif di negara ini.