Sebahagian daripada rakyat yang hadir pada Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus baru-baru ini
Saya dan isteri sangat menghargai kehadiran anda semua.
Assalamualaikum.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat, khususnya penduduk di Parlimen Kuala Nerus yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Nerus di pejabat saya, di Seberang Takir beberapa hari yang lalu.
Saya dan isteri sebenarnya sangat teruja dan gembira menerima kehadiran saudara-saudari semua - sama yang tinggal do Parlimen Kuala Nerus, atau pun mereka yang berada di luar kawasan saya. Alhamdulillah saya lihat kehadiran tetamu sangat baik sekali dan ia saya terjemahkan sebagai satu hubungan yang baik antara rakyat dengan pemimpin telah terjalin sejak sekian lama.
Sebenarnya, itulah juga suasana yang dapat kita lihat di mana majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan pemimpin UMNO dan BN di mana-mana pun. Ia satu sambutan yang bukan sahaja meriah tetapi telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada pelbagai lapisan rakyat.
Di peringkat Parlimen Kuala Nerus, saya sangat gembira dengan sambutan rakyat yang hadir. Saya bersyukur kerana segala persiapan telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun saya memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis tersebut tempoh hari. Saya berdoa agar majlis sedemikian bukan sahaja dapat diadakan lagi tetapi juga dapat mempertemukan semula kita pada masa akan datang dalam majlis seumpama itu.
Kepada semua, salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.