Assalamualaikum.
Antara perkara yang nampak mudah
tetapi payah untuk kita lakukan. Ya, bersyukur.
Bukan mudah untuk menjadi seseorang
yang tahu bersyukur. Terdapat dalam pepatah Melayu, beri betih, nak peha yang
sangat tepat menggambarkan mengenai sifat dan perangai manusia yang tidak
bersyukur.
Di dalam Islam, kita sangat diajar
untuk menjadi manusia yang bersyukur. Dengan bersyukur, walaupun apa yang kita
perolehi atau nikmatinya mungkin sedikit, namun ia mempunyai nilai yang besar
di hati atau jiwa kita.
Ada pun bagi manusia yang tidak tahu
bersyukur atau tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi, maka sebanyak
mana pun habuan atau nikmat yang mereka perolehi di dunia, maka nilainya
menjadi kurang atau susut.
Dalam konteks negara kita, walaupun
kerajaan BN telah melakukan hampir segala-galanya kepada rakyat, membantu
rakyat, menyelamatkan rakyat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat, namun
masih ada di kalangan mereka yang tidak bersyukur atau mencari salah kerajaan.
Walhal, apa yang mereka perolehi, bukanlah sesuatu yang mampu diberikan oleh
semua kerajaan.
Sifatnya sedang berada di
tengah-tengah masyarakat kita. Mereka selalunya terdiri daripada mereka “yang
tidak tahu malu” dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi mereka
menentang kerajaan. Ya, mereka adalah golongan minoriti tetapi kewujudan
golongan ini sangat mengganggu masyarakat lain sebenarnya.
Mengapa ia berlaku sedemikian.
Sebabnya, mereka memang diajar oleh golongan yang sememangnya tidak juga tahu
bersyukur.
Apa pun, rakyat Malaysia sebenarnya
sangat bertuah dengan apa yang mereka miliki hari ini. Percayalah, kita ini
telah memiliki melebihi apa yang sepatutnya. Ia berpunca daripada kejayaan
pemimpin negara mengurus negara dan bukannya menghabiskan waktu dengan melalak
di pentas ceramah politik.
Kerajaan BN dipimpin oleh mereka yang
berkelayakan, berkemampuan dan bijak dalam mentadbir negara kita. Mereka adalah
golongan yang berilmu dan tahu bagaimana ingin membentuk negara bertuah ini.
Mereka yang dengki dan tidak tahu
bersyukur di atas apa yang telah dan sedang kita capai adalah golongan yang
sememangnya akal mereka tidak boleh lagi menerima hakikat, apatah lagi mahu
mempercayainya.
Sejak dahulu sehingga sekarang, setiap
faedah yang kita kecapi dan nikmati adalah hasil usaha kerajaan BN. Ini adalah
fakta yang akan terus kekal selama-lama di negara ini.
Kepada rakyat, terima kasih kerana
terus menyokong dan memberikan undi kepada BN. Sesungguhnya sokongan anda
adalah sangat berbaloi dengan apa yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan BN
untuk kita semua.
Marilah kita semua bersyukur di atas
segala nikmat tersebut. Insya’Allah.