Thursday, October 25, 2012

BILA MENANG TAK KOTOR, BILA KALAH KOTOR ... ITULAH PEMBANGKANG.



Assalamualaikum.

Tarikh sebenarnya PRU ke-13 masih menjadi teka-teki. Tiada siapa pun yang tahu melainkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan tarikh yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia itu.

Dalam kita menanti-nanti, waktu semakin pantas berlalu dan tarikh yang kita nantikan menjadi semakin hampir dengan kita. Apa pun, tarikh PRU akan tetap tiba kerana had tempohnya telah ditetapkan oleh perlembagaan negara.

Apa yang penting ialah persiapan parti-parti politik yang bertanding. Itu saja.

Saya bukan mahu komen mengenai perkara tersebut, tetapi apa yang ingin saya catatkan ialah betapa semakin dekat dengan PRU, maka semakin galak puak pembangkang mahu buat propaganda. Khabarnya mereka akan adakan perhimpunan lagi kononnya mahu membuat tuntutan kepada kerajaan.

Sebelum ini mereka mahu PRU yang bersih kononnyalah dan macam-macam lagi. Saya pun tidak faham, apakah yang mereka maksudkan pilihan raya bersih yang dituntut itu sampai berlaku rusuhan dan kacau bilau sebelum ini.

Apakah yang mereka maksudkan pilihan raya bersih itu hanya selepas calon pembangkang menang dalam PRU, maka sesebuah PRU itu boleh dianggap bersih?. Dan apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya kotor?. Apakah kotor sesebuah pilihan raya itu jika calon yang menang adalah BN. Di sini, wujud besar kekeliruan.

Pembangkang tidak pernah pun mempertikaikan keputusan pilihan raya di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mengapa pilihan raya dianggap kotor di negeri yang dikuasai BN padahal pilihan raya di negara kita diurus oleh badan yang sama iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas sekali, mereka ini sudah mengarut, tidak ada modal politik dan hanya mahu mengheret rakyat kepada sentiment. Kita telah pun melalui 12 proses PRU dan kesemuanya berjalan dengan lancer sekali tanpa sebarang masalah.

Yang menjadi masalah apabila calon pembangkang ditolak oleh rakyat, maka pilihan raya dianggap kotor kononnya. Sepatutnya calon pembangkang perlu bermuhasabah diri, cermin diri dan menilai kekalahannya – bukan menyalahkan sistem pilihan raya.

Sistem pilihan raya kita sudah berada di landasan yang betul dan kerana itu, rakyat janganlah mudah terpedaya dengan dakyah yang sengaja dibawa pembangkang kononnya PRU di negara kita adalah kotor.

Mereka telah menyonsangkan tafsiran dan memesongkan fakta kepada rakyat demi satu tujuan iaitu untuk mendapatkan kuasa. Usahlah kita terpedaya dengan pembangkang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pembangkang tidak mampu lakukan sebagaimana kejayaan yang dicapai kerajaan BN.

Sungguh!.