Thursday, October 25, 2012

HANYA BN YANG BERKEMAMPUAN, ITU HAKIKAT.


Assalamualaikum.

Sejak Bajet 2013 dibentangkan pada bulan lalu, pembangkang khususnya masih belum berhenti melakukan propaganda. Sebagaimana ulasan saya sebelum ini, tujuan mereka adalah untuk meracuni pemikiran rakyat agar tidak mempercayai apa yang dibentangkan kerajaan.

Jauh daripada itu, mereka sengaja mengaitkan negara dengan isu hutang dan sebagainya. Apa pun cubaan mereka, negara kita sedang menghadapi satu proses kemajuan dan perubahan yang sangat ketara. Perkara itu sedang dilihat dan diikuti oleh rakyat dengan penuh minat.

Mungkin bagi sesetengah, mereka akan mudah terpedaya dengan agenda dan dakyah pembangkang, namun saya optimis bahawa majortiti rakyat sebenarnya memperakui kejayaan Malaysia hanya mampu dibawa dan dilaksanakan kerajaan BN.

Rakyat melihat siapa pembangkang – PAS + DAP + PKR adalah parti yang sejak sekian lama bergerak dengan membohongi rakyat. Dengan takdir Allah. Mereka diberikan kuasa dalam melalui proses ujian kerana selama ini mereka tidak kering gusi mengkritik dan melemparkan tuduhan kepada kerajaan BN.

Nah!, selepas mereka berkuasa di beberapa negeri, apakah yang mereka ini buat?. Apa sudah jadi di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu rakyat di negeri itu berikan mandate kepada PAS?. Yang pasti, mereka mengisi kuasa yang diberikan dengan sifat lama, skrip lama dan cara lama iaitu menfitnah dan menyalahkan kerajaan BN walaupun mereka sebenarnya sudah berkuasa.

Apakah semua ini tidak dilihat dan diadili oleh rakyat?. Rakyat sedang melihat gelagat mereka dengan penuh minat yang akhirnya akan menghukum pembangkang pada PRU yang ke-13 nanti.

Hakikatnya, BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Rekod yang ada telah menjadi fakta yang tidak boleh diubah lagi. Sebagai rakyat Malaysia, saya sebenarnya turut bangga dengan kejayaan negara saya. Saya gembira melihat rakyat hidup aman damai, mudah mencari rezeki dan kemakmuran terus terpelihara.

Cuma, saya terkilan apabila ada pihak yang sudah mula berani bersikap biadab dan mengganggu-gugat keamanan negara melalui tindakan-tindakan yang memalukan.

Kepada rakyat, marilah sama-sama kita pertahankan apa yang sedang kita miliki. Bajet 2013 yang ditakuti pembangkang akan menjadi kenyataan kerana dasar kerajaan BN bahawa setiap janji kepada rakyat, akan ditepati.