Monday, March 1, 2010

PULANG KE TERENGGANU

Mengaminkan doa ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya telah pulang ke Terengganu malam tadi. Syukur juga saya telah pun sihat sepenuhnya selepas mengalami sedikit batuk baru-baru ini.

Walaupun saya telah sihat, namun masih ramai yang menghubungi saya melalui telefon dan sms bertanya khabar mengenai saya. Sesungguhnya saya amat terharu di atas perhatian dan kecaknaan kalian semua, khususnya pengundi saya di Kuala Nerus.

Di atas segala-galanya itu, tidak mampu saya membalasnya selain mendoakan ke hadrat Allah s.w.t akan mengurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Syukur, saya dapat bertugas seperti biasa menunaikan amanah yang diberikan kepada saya ini. Sekali lagi, terima kasih kepada semua termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat yang menziarahi saya sebelum ini dan mendoakan agar saya segera sembuh.

Segalanya adalah berkat doa kalian semua di atas izin dan kehendak-Nya. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

Syukurlah dah sembuh sepenuhnya dato...doa dari mareka yg teraniaya sesungguhnya berkat ....tak silap /salah sayangkan dato..."pemimpin "
tapi ingat ..baru sembuh tu..good nite ....

anisah roslina said...

Seorang penyair mengatakan :

Aku berkata kepada diriku sendiri.
Lemparkanlah kedukaan itu
sejauh-jauhnya.
Berbahagialah
sebab kedukaan itu sesungguhnya
tidak pernah ada.

** Jangan bersedih , kebanyakan
cerita tidak sama dengan kejadian
sebenarnya **
JANGAN BERSEDIH @ LA TAHZAN
Setelah Kesulitan Pasti Ada
Kemudahan : Dr.'Aidh Bin Abdullah
Al-Qarni.Penterjemah : Noraine Abu

~~ anis ... mm ? ~~

Anonymous said...

hari ini ...*****semoga diberi kesihatan berpanjangan*** Kami warga pengundi di Kaw Parliment Kuala Nerus mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR BUAT Dato"....rakyat yg cakna dan insan yang menyayangi .."pemimpin "bye ....

anisah roslina said...

Syukur ke hadrat Allah SWT
atas rahmat & barakah buat hambaNYA.


*** HAPPY BIRTHDAY ***