Saturday, March 27, 2010

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN


Assalamualaikum,

Minggu lalu rakyat dikejutkan dengan satu lagi pendedahan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin yang beliau telah menerima tawaran lumayan agar menfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan model Al-Tantuya Sharibu.

Saya percaya, bahawa rakyat yang berfikiran matang dan terbuka akan merasai sama dengan apa yang saya rasakan. Masya’Allah, tergeleng kepala saya mendengar akan pendedahan tersebut. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpegang kuat dengan prinsip Islamnya, saya tidak mempertikaikan pendedahan yang telah dibuat itu.

Persoalannya ialah, tergamaknya manusia yang sanggup mengambil tindakan sedemikian demi mencapai cita-cita politik mereka, demi untuk melihat Perdana Menteri kita dimalukan, demi untuk memuaskan kehendak serta keperluan politik pihak tertentu.

Kepada anda semua, tidak kiranya sama ada orang UMNO, PAS atau PKR, saya mahu mengajak anda berfikir dengan matang dan terbuka akan hal ini. Bagi saya ini adalah kebenaran bahawa sebenarnya pemimpin utama negara kita tidak terlibat langsung dengan kes tersebut. Selama ini ia sengaja dicetuskan kerana mempunyai niat dan tujuan politik kerana pihak berkenaan juga tidak mempunyai apa-apa isu sebenarnya.

Oleh kerana itulah, mereka tergamak untuk menggunakan kaedah politik yang sangat kotor dan jijik sepertimana yang telah didedahkan oleh YB Zulkifli Nordin tempohari.

Jika rakyat masih gagal melihat mengenai perkara tersebut, saya kurang pasti apakah yang sepatutnya lagi perlu ada pada diri setiap daripada kita. Jika rakyat masih lagi menerima dan bersama dengan golongan yang bersubahat melemparkan fitnah ini, saya masih tidak mampu memahaminya. Hakikatnya, pendedahan tersebut dibuat oleh sekutu politik UMNO sendiri dan sudah tentu, ia mempunyai nilai kejujuran yang tinggi.

Apa yang terdedah tidaklah dirancang untuk terdedah. Namun tiba-tiba apa yang selama ini tidak diketahui, dan di saat sudah ada di kalangan rakyat kita sendiri yang percaya kepada fitnah tersebut, pendedahan tersebut telah dibuat. Inilah bagi saya, petunjuk kebenaran bagi pihak Perdana Menteri. Oleh kerana itu, rakyat perlu sedar dan memahami akan hal tersebut. Politik sedemikian sewajarnya ditolak rakyat. Tidak syak lagi.

2 comments:

Anonymous said...

salam,
Alhamdulillah Yb telah lebih matang mengulas isu-isu semasa.Panas, panas di parliament,seperti cuaca diluar sana.kadang2 panas kadangkala hujan, ribut.Sekarang
pendedahan demi pendedahan dibuat di parliament...tetapi apakah itu sudah cukup untuk membukti kan kepercayaan rakyat pada BN..Kadang-kadang pendedahan seperti itu membosankan..kenapa setelah keluar parti baru hendak membongkarkan rahsia...kenapa selama ni takut..kalaulah kebenaran kenapa beliau tidak bertindak lebih awal.diharap YB2 BN tidak terlalu confident dengan keadaan skrg.

anisah roslina said...

FITNAH ... tak mengenal hambaNYA
bila kita ingatkan diri
yang kehidupan di dunia hanyalah sementara ....Di malam hari kita tidur @ seolah kita mati .. sendainya kita mati tika dalam lena akan terbawalah dosa fitnah ke liang lahat
... ke padang masyhar jika tiada keampunan dari mangsa kekejaman fitnah ...