Friday, January 1, 2010

BELAJARLAH SESUATU DI SEBALIK 2009 YANG KITA TINGGALKAN

Assalamualaikum.

Ketika saya mencatatkan ini, kalian di tanahair mungkin sudah pun meraikan ketibaan tahun 2010. Dan, itulah yang hendak saya sampaikan melalui tulisan saya kali ini. Walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama rakyat saya pada detik ketibaan tahun baharu ini, namun segala-galanya tetap dekat di hati saya.

Ketibaan detik 2010 ini adalah sesuatu yang mengingatkan saya kepada mereka semua. Dari jauh, saya mendoakan agar tahun baharu ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada kita semua. Itulah harapan saya.

Terbayang di fikiran saya betapa meriahnya sambutan tahun baharu ini di kampung halaman sana. Semuanya gembira meraikan satu setik yang penuh makna ini.

Yalah, seperti biasa, setiap kali datangnya tahun baharu, maka menjadi budaya orang kita untuk memulakan azam yang baharu. Azam lama bagaimana pula?. Bagi mereka yang berjaya mencapai apa yang dimahukan melalui azam yang dilafazkan setahun yang lalu, tahniah saya ucapan. Bagi mereka yang gagal pula, anda perlu lebih serius dan bersungguh dalam mencapai apa yang anda mahukan.

Kejayaan tidak mungkin dalam bergolek. Azam dan tekad pun begitu. Bagi saya, ramai di kalangan kita yang mempersendakan azam di tahun baharu sedang ia adalah sesuatu yang baik – gagasan hidup yang mengajar kita agar menjadi manusia gigih, kuat berusaha, tahan dengan ujian dan mencapai kejayaan. Yalah, azam baharu ditanam setiap kali masuknya tahun baharu. Hanya sekadar itu dan ia akan hilang hanya dalam tempoh beberapa hari.

Dalam bab yang lain, saya sebagai seorang ahli politik dan wakil rakyat sedikit bimbang dengan apa yang telah kita tinggalkan setahun yang lalu. Terlalu banyak peristiwa yang mendedahkan kita kepada pelbagai kemungkinan telah berlaku dalam tempoh yang telah kita tinggalkan itu. Kealpaan kitalah sebenarnya yang menjadi punca itu semua. Apa yang lebih baik sebenarnya, selain tidak mengulangi sebarang kesilapan pada waktu yang telah ditinggalkan, kita juga wajar mempelajari sesuatu daripada sejarah itu.

Jika saya boleh sebutkan, setahun yang lalu kita telah meninggalkan bibit perpecahan di kalangan rakyat dan umat Islam dalam keadaan yang tidak pernah “sendik’. Ia ternyata telah menggugat banyak kepentingan di negara ini. Hanya kerana perbezaan fahaman politik, umat Islam dan rakyat kita berpecah dan mereka semua telah menikmati natijah daripada sifat buruk sedemikian. Apa berbaloi atau memadai peristiwa itu berlalu begitu sahaja?.

Bagi saya, wajar ada di setiap sanubari kita bahawa tahun 2010 ini, biarlah kita semua kembali bertaut. Bertaut dalam erti kata membina kekuatan ummah dan rakyat serta berganding bahu bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membawa Malaysia ke tahap yang menguntungkan kita dalam tempoh yang sepanjang mungkin.

2009 telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan sama ada manis atau pahit. Ia juga mendedahkan kita kepada seribu satu macam kemungkinan. Apa yang pahit sepanjang setahun yang lalu pasti mampu berulang jika kita tidak menginsafinya. Oleh itu, 2010 akan menjadi lebih bermakna jika kita bijak menoleh ke belakang dan menjadikan segala-galanya itu sebagai guru yang bakal membentuk dan mencorakkan 2010 dengan wajah yang jauh lebih hebat dan berjaya berbanding 2009 yang telah kita sama-sama tinggalkan.

Buat semua, selamat meraikan ketibaan tahun baharu 2010.

6 comments:

Anonymous said...

tulisan dato' semakin berbisa nampaknya. tahniah dato'. kami pengundi kuala nerus bangga dengan dato'

Pak Man said...

kelaaaah gitu tulisang dan idea

anis said...

B4 the memories fade ..
B4 the network get jammed ..
B4 the the operators busy ..
Let me wish you
Happy New Year 2010 and
may Allah bless you through all
the year.
Syabas ! Datuk tak penah lupa Parlimen Datuk walau di mana Datuk berada.Teruskan perjuangan Datuk untuk nusa bangsa & warga Nerus.
*** ucapan di atas dari kawan istimewa sy.Doakan kebahagiaan sy
sentiasa *** mm?

Anonymous said...

Dato' YB. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah di new year bbq get together Pondok U9/37 Sunway Kayangan tempoh hari. Selamat Tahun Baru buat Dato' sekeluarga dan semuga 2010 adalh tahun cemerlang buat Dato' & perjuangan Dato'.

MNJ 9759

Anonymous said...

yang dihormati YB..Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada YB Dato'n family., semoga tahun 2010 lebih memberi kekuatan semangat kepada YB untuk meneruskan kebaktian dan kepekaan terhadap keperluan serta permasalahan rakyat.Didalam apa jua situasi jangan Dato' abaikan..tetapi mengikut daya tahan yang termampu..tak boleh meredah sembarangan...Kadang2 tu kita bercakap diluar kemampuan kita...yea lah seorang YB jangan pandai bercakap saja...sekarang rakyat sudah pandai menilai apa akan yang dan telah dilakukan...saya sentiasa solute Y Dato'.sekian.

Anonymous said...

salam dato.. apa pendapat dato tentang isu kalimah ALLAH?

kami menunggu pandangan dato..

Azhar UMT.