Wednesday, January 27, 2010

BERFIKIR DAN BERUBAHLAH



Salam blogger,

Sejak kebelakangan ini, terdapat satu sikap di kalangan kita yang saya anggap sangat tersongsang daripada apa yang sepatutnya. Nampaknya ia semakin terbiar dan dibiarkan sehingga yang songsang terus lebih songsang.

Apa yang saya maksudkan ialah penerimaan atau persepsi orang kita terhadap setiap usaha yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN). Segala-galanya kini dilihat dengan wajah serba tidak kena, seakan-akan apa yang dilaksanakaan kerajaan BN semuanya salah dan tidak betul. Bermula dengan bantuan untuk kebajikan rakyat hinggalah kepada soal pembangunan, semua sengaja dilihat melalui persepsi yang salah. Ya, memang bukan semua begitu tetapi masih ramai juga yang begitu.

Jika hendak dibandingkan dengan kerajaan pembangkang, apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN tidak terbanding sebenarnya. Anda lihatlah apa yang ada di Kelantan sejak 20 tahun tahu. Apa faedah rakyat Terengganu dapat ketika pemerintahan Pas pada 1999-2004 dan lihat juga di Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah.

Di Terengganu dulu ketika Pas memerintah, mereka berbangga kononnya mereka berjaya agihkan beribu-ribu geran tanah. Setakat itu sajakah?. Kerajaan BN telah meluluskan berjuta geran tanah, tapi siapa yang pandang dan ia tidak kecoh pun. Ini adalah contoh.

Hari ini, apa yang kerajaan BN buat dipandang salah. Mengapa?. Entahlah. Saya pun tidak faham mengenai cara kita berfikir hari ini. Ternyata ramai di kalangan kita tidak memahami apa yang mereka fikirkan, apatah lagi sesuatu yang hendak mereka putuskan. Mereka menilai sesuatu perkara di luar kotak kejujuran dan keikhlas. Sebabnya, kepentingan telah mengatasi dan menimbusi segala kebaikan. Ia ditambah dengan sikap pembangkang yang gemar dan sengaja menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

Rakyat yang lemah berfikir, akan mudah terjebak. Maka, berlakulah apa yang saya katakana ini.

Jadi, sekarang rakyat kena berubah. Tidak ada sebab dalam satu perkiraan yang jujur untuk rakyat melihat apa yang dilaksanakan kerajaan BN ini salah atau tidak betul. Ia dilaksanakan demi faedah dan keuntungan rakyat termasuk kepada mereka yang selama ini tidak pernah henti-henti menentang kerajaan.

Zaman pun sudah berubaah. Maka rakyat juga mesti berubah dengan tidak terlalu mudah termakan atau tertelan dengan dakyah yang disebarkan kepada mereka.

Jika kita jujur. Terimalah hakikat bahawa apa yang dilaksanakan kerajaan BN sejak merdeka lagi telah membolehkan kita berada sebagaimana sekarang. Percayalah, semua kejayaan, keupayaan dan kehebatan kita sekarang ini tidak terbina dengan air liur pembangkang. Ia adalah usaha gigih pemimpin kerajaan BN yang selama ini menghambakan diri untuik rakyat dan Negara. Itu adalah hakikat yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Corak atau cara rakyat kita berfikir hari ini tidak akan mampu membawa mereka ke mana-mana pun. Mereka akan melingkari dan dilingkari dengan kehidupan yang sama. Belajarlah menerima kenyataan dan hakikat betapa sebenarnya yang selama ini menyediakan segala-galanya yang sedang kita kecapi dan nikmati adalah kerajaan BN.

Terimalah hakikat itu dan berubahlah cara anda berfikir. Itu harapan saya.



5 comments:

Anonymous said...

dato',untuk berubah alam kita terpaksa menongkah arus dan badai,begitu juga perkara yg baik memang tidak nampak elok pd pandangan mata , tp yang buruk itulah yang selalu dipuja dan disanjung ...itulah lumrah pembangkang ,

anisah roslina said...

Salam..semoga Datuk sihat walafiat.
Teringat kata-kata :
~ apa yang kita fikir mungkin tidak seperti yang orang lain fikirkan ~
~ kita fikir kita buat ; ketentuan
baik @ buruk muktamad pada Ilahi ~
~ berfikir di luar kotak fikiran nawaitu baik InsyaAllah dicapai ~
~ siapa pun kita ;fikir,ubah,buat
untuk kecemerlangan hidup ~

** diriku orang biasa-biasa saja**
.... mmm ?

zambri said...

YB.Dato'
Saya tertarik dengan cara YAB TPM semalam apabila berdepan/berdailog denagn NGO/Mahasiswa dihari pelancaran blog beliau..Papa yang menarik adalah konsep "ENGAGEMENT TO THE FLOOR". Saya rasa pendekatan ini baik kerana ada perbincangan duahala.Kalaulah Ketua2 Bahagian sehingga KETUA2 Cawangan mampun berbuat demikian saya rasa amat baik dan sesuai denagn keadaan sekarang.Pkok nya apakah mampu pemimpin2 ini berdepan sedemikian sekiranya pemimpin2 tersebut tidak Equipt".Dari itu saya menyarankan Ketua2 Bahagian mulakn konsep "Engagement n Equipt". Berucapa sedikit dan selebihnya engagement.
Mualkan lah dari Bahagian YB Dato'

matgok said...

Salam YB
Penyampaian maklumat berkesan dan penerangan berterusan sangat perlu.Jangan tunggu last minit ceramah sana-sini dekat pilihanraya dah tak bawa makna apa2.Orang muda yang boleh bercakap dan berwibawa peringkat cawangan tak ade nak bimbing generasi muda.Tumpukan pada usaha gather n train them.
look forward to see YB turun padang minum petang di Kedai Pok De, Buloh Gading.
Pls look at youth problems.

TK.

anisah roslina said...

~ JUARA RAKYAT ~