Tuesday, January 26, 2010

SUDAH TERKENA ...

Assalamualaikum..


Banyak benar kita dengar sejak dua menjak ini pembangkang merungut mengenai cerita-cerita politik yang disebarkan di internet. Sama ada laman blog, laman web, facebook dan sebagai, semuanya dikaitkan kononnya sebagai menyebarkan fitnah kepada pembangkang. Siap bagi amaran lagi.


Bagi saya, saya hanya tersenyum dengan reaksi dan kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu berkenaan. Apa tidak, sejak sekian internet dieksploitasi sepenuhnya puak pembangkang untuk menabur fitnah terhadap UMNO, BN dan kerajaan demi untuk mengaut kuasa. Bagi tujuan itu, mereka tergamak membelakangkan agama dan kepentingan sejagat asalkan kuasa yang mereka hendak tercapai dan berada di genggaman.


Hari ini, selain setiap ludah yang mereka hemburkan sudah terkena muka sendiri, propaganda di internet telah menjadi ancaman yang menakutkan mereka.


Bagi saya, saya tetap menolak sebarang propaganda yang bersifat fitnah dan dakyah kerana ia adalah sesuatu yang ditentang agama Islam yang maha Suci. Bagaimanapun melihaat gelagat pembangkang mengenai hal ini, saya naik kesian kepada mereka.


Dulu, mereka buat kepada orang tetapi hari ini sudah terkena pada diri sendiri pula. Kalau mereka mahu tahu sakitnya terkena fitnah sebagaimana yang puak-puak mereka lakukan selama ini, maka itulah yang sedang mereka rasakan. Kalaulah mereka mahu insaf, baik segera insaf di atas perbuatan sendiri selama ini.


Saya berpendapat, cara berpolitik masyarakat kita sudah jauh tersongsang. Mereka nampaknya menghalalkan segala-galanya demi cita-cita politik terutamanya pembangkang. Saya tidak percaya pembangkang akan insaf terhadap apa yang sedang menimpa mereka. Namun sekurang-kurangnya mereka merasai sakitnya apa yang pernah mereka lakukan terhadap orang lain.


Oleh itu, dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu galak sangaat mengata orang itu dan ini. Ada masanya, apa yang kita lakukan kepada orang itu akan menimpa diri kita pula. Mohon dijauhkan.


Rakyat wajar menilai setiap peristiwa ini. Bukan sahaja menjadikannya sebagai satu pengajaran berguna, malah mengambilnya untuk dijadikan sempadan dalam menentukan pendirian politik kita sendiri.


Sama-samalah kita fikirkannya.


1 comment:

zambri said...

Dato' saya merasakan dunia media maya dipelopori oleh generasi muda yang cetek sejarah negara saya bercadang agar dato' mengumpul data pemuda2 dan menyuntik dokterin umno iaitu untuk agama bangsa dan negara.