Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah,
dapat lagi saya menulis malam ini untuk kita semua.
Ada sedikit
kelapangan malam ini, maka saya catatkan ini untuk kita kongsikan bersama.
Siang tadi, saya sempat menyertai Persidangan Meja Bulat Mengenai Isu
Pencemaran Bahasa Melayu di Kuala Terengganu.
Persidangan
ini yang dianjurkan Gagasan dengan kerjasama Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT)
dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). Jujurnya, saya sangat teruja
dengan pandangan serta hujah daripada pakar bahasa yang mengupas isu yang
dibangkit.
Dengan jelas
terlihat, melalui pelbagai contoh yang diberikan pada persidangan itu mengenai
pencemaran bahasa Melayu oleh rakyat kita sendiri. Dalam hal itu, agensi
berkenaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digesa agar segera
mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut.
Sebabnya, SSM
adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mendaftar nama syarikat di negara
ini. Akibat kelulusan yang diberikan terhadap permohonan penubuhan sesebuah
syarikat yang menggunakan perkata yang tidak langsung mencerminkan kemalayuan
serta bercampuraduk dengan bahasa asing, maka ia melebarkan lagi masalah yang
sedia ada.
Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) pula tidak terdaya melakukan apa-apa kerana ia telah diluluskan
melalui SSM. Oleh kerana itulah kita lihat banyak papan tanda yang salah dari
segi tata bahasanya.
Justeru, saya
telah memberikan komitmen untuk membantu membangkitkan isu ini ke pihak atasan.
Jika tidak melalui sidang Parlimen, ia mungkin akan dibawa melalui saluran lain
yang masih mempunyai matlamat yang sama.
Terima kasih
saya ucapkan kepada pakar-pakar bahasa yang memberikan pandangan dan teguran
yang sangat berguna tadi.
Saya berhasrat
persidangan seperti ini akan dapat kita adakan di peringkat nasional pula,
insya’Allah.