Lawatan PM diberikan sambutan meriah siang tadi
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, YAB Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang dikasihi telah selesai dalam
lawatan seharinya ke Terengganu siang tadi.
Bermula di Arena Square, Dungun dan
kemudiannya ke Bukit Payong di Marang sebelum berada di Stadium Tertutup Gong
Badak, Kuala Terengganu – sambutan yang diberikan rakyat sangat menakjubkan.
Dalam suasana mood PRU yang dikatakan
kian hampir, saya melihat sambutan yang diberikan itu sebagai mesej penting
rakyat kepada kerajaan bahawa mereka sebenarnya sangat menghargai jasa dan
sumbangan Barisan Nasional (BN).
Oleh kerana itulah saya fikir, mereka
memberikan isyarat tersebut untuk terus memastikan BN akan mencapai kemenangan
lebih selesa pada PRU akan datang nanti. Rakyat sebenarnya melihat kesungguhan
kerajaan BN untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara ini walaupun di
kiri dan kanan mereka, kian banyak golongan penghasut yang cuba meracuni
pemikiran mereka agar tidak mensyukuri nikmat yang ada.
Ya, sebagaimana yang disebutkan YAB
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
siang tadi bahawa BN akan terus komited dalam soal menjaga kebajikan
rakyat, khususnya dalam menyediakan peluang pendidikan kepada mereka.
Malah kata beliau, agenda itu akan
berterusan dalam tempoh yang lama demi memastikan rakyat kita terus terbela.
Apakah ia hanya retorik semata-mata?.
Jawapannya tidak!. Kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa berpaksikan kepada
hakikat dan realiti. Apa yang dikata, apa yang dijanji, pasti akan dikotakan.
Berbeza dengan pembangkang, mereka
berjanji apa sahaja kerana mereka tidak berkuasa dan tidak memiliki apa pun.
Malah lebih memalukan lagi apabila janji mereka pada PRU ke-12 di negeri-negeri
yang mereka menang pun, mereka GAGAL tunaikannya, inikan pula mereka mahu
menabur janji baru.
Apakah rakyat tidak sedar?. Rakyat
semakin sedar mengenainya. Dan, kerana itulah saya lihat, rakyat mula bangkit
dan memberikan sokongan padu secara terbuka kepada BN dan mereka sangat
berbangga dengan kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Semoga lawatan Perdana Menteri siang
tadi dapat memberikan pelbagai faedah kepada rakyat dan sudah tentu saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di atas sokongan padu yang
telah diberikan mereka kepada BN selama ini dan pada masa akan datang.