Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sambutan hari ulang
tahun kelahiran UMNO tiba lagi. Dalam kita ghairah berusaha membangun dan
memajukan negara selain mendahulukan kebajikan untuk rakyat, UMNO kini sudah
berusia 66 tahun – satu tempoh yang cukup sarat dengan pengalaman.
Saya sangat teruja dengan sambutan 66
tahun UMNO kali ini. Kemuncak acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit
Jalil dengan dihadiri lebih 100,000 orang, ia sebenarnya sangat menakjubkan.
Malah, terus-terang saya katakan bahawa gelombang merah yang ditunjukkan oleh
ahli UMNO melambangkan mereka sebenarnya sangat bersemangat dan masih setia
dengan parti keramat ini.
Jika kita melayari laman social misalnya,
pembangkang nampak takut dengan keadaan itu. Lalu seperti biasa, mereka
melemparkan pelbagai fitnah dan dakyah bagi mematikan kekaguman rakyat terhadap
sambutan yang luar biasa itu.
Hebatnya peristiwa itu ialah, ia
berlaku di saat UMNO dikatakan semakin lemah ekoran asakan bertubi-tubi
pembangkang. Saya bukannya ingin mendabik dada, untuk meruntuhkan sebuah parti
seperti UMNO, apatah lagi oleh sebuah pakatan songsang yang sangat rapuh, ia
bukanlah semudah yang mereka laungkan.
UMNO adalah parti yang telah
menentukan jatuh bangunnya negara ini. UMNO adalah parti yang telah memakmurkan
setiap inci bumi yang ada demi rakyat dan negara. UMNOlah yang telah membentuk
Malaysia menjadi sebuah negara hebat sebagaimana sekarang. Kejayaan itu
disokong dengan kerjasama erat daripada parti-parti komponan dalam Barisan
Nasional (BN).
Saya melihat, angin perubahan yang
sangat kuat berlaku sekarang di mana rakyat, khususnya anak-anak muda
sebenarnya masih setia dengan UMNO. Tidak perlu sayalah detailkan mengenai
perkara tersebut, tetapi kehadiran begitu ramai anak-anak muda di Stadium
Nasional Bukit Jalil telah memadai untuk memberikan jawapan terhadap apa yang
saya lontarkan ini.
Bagi saya, UMNO akan terus berada di
persadanya dengan hebat dan perkasa. Jasa UMNO tidak mungkin akan dilupai
rakyat.
Biarpun perjalanan semakin rumit dan
berliku, UMNO sebenarnya sudah bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. UMNO
mempunyai cara dan kaedah sendiri dalam perjuangannya dalam menentukan survival
politiknya terus relevan dengan persekitaran dan kehendak semasa.
Marilah kita berdoa agar UMNO akan
terus utuh dan kekal di bumi Malaysia ini. Saya amat optimis bahawa UMNO akan
terus berada di hati rakyat Malaysia yang tahu akan jasa serta rekod UMNO dalam
memaju dan membangunkan negara.
Pembangkang mungkin boleh membakar
emosi rakyat untuk membenci UMNO, namun mereka tidak akan mudah dapat
memadamkan hakikat mengenai hasil dan kejayaan UMNO di bumi Malaysia ini.
66 tahun UMNO sangat berjaya dalam
perjuangannya, dan di atas sebab itulah, UMNO akan terus kekal hebat sebagai
satu-satu parti yang mampu membela nasib rakyat, membawa perubahan terhadap
masa depan negara dan menjamin keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara
ini.
Selamat menyambut ulang tahun
kelahiran UMNO yang ke 66.
Hidup UMNO!!! … hidup UMNO!!! … hidup
UMNO!!! …