Assalamualaikum
..
Alhamdulillah,
Allah memberikan kita lanjutan usia untuk sekali lagi bertemu tahun baru, kali
ini tahun 2013.
Tahun
baru sebenarnya banyak membawa petanda kepada manusia. Petanda paling penting
ialah, ia membuktikan usia kita makin lanjut dan menuntut kita kepada lebih
banyak perhitungan. Bagi orang kita, tahun baru sentiasa dikaitkan dengan azam
yang baru. Walaupun mungkin ada yang belum menyempurnakan azam yang lama, namun
apabila tibanya tahun baru, maka azam lama itu pun berlalu dan timbullah azam yang
baru.
Apa
pun, kita merasa bangga kerana yang berazam itu – sama ada azam baru atau lama –
semuanya kea rah mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Ertinya, itulah keinginan
orang kita, satu keinginan yang baik sebenarnya.
Bagi
orang politik pula, kedatangan tahun baru 2012, ia dikaitkan dengan teka-teki
tarikh PRU yang dikatakan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dengan ramai
yang meramalkan ia mungkin diadakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Walaupun
semua orang tahu bahawa kuasa mutlak mengenai tarikh PRU hanya terletak di
tangan Perdana Menteri, namun telaah itu tetap berlaku dan diwar-warkan. Apa
pun, terpulanglah kepada kita semua.
Namun,
sedikit mendukacitakan apabila kedatangan tahun baru diraikan oleh segelintir
mahasiswa yang melakukan perhimpunan haram di hadapan Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) malam semalam.
Apa
pun alasan mereka, perbuatan itu sebenarnya amat memalukan kerana sebagai
manusia yang digolongkan sebagai pelajar telah terpedaya dengan gejala yang
merugikan.
Saya
yang menonton video mengenai kejadian itu sangat malu melihat gelagat mahasiswa
kita yang sepatutnya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Demikian
cara orang kita meraikan Tahun Baru – tahun 2012 yang sarat dan penuh dengan
cabaran.
Saya
berdoa kepada semua, agar tahun 2012 akan mendatangkan kita kepada lebih
kebaikan, dan apa yang kita inginkan dapat kita capai dengan sebaiknya.
Kepada
anda semua, selamat menyambut tahun baru 2012.