Apabila
Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan
rasa kecewa kerana masih ada kampung yang mempunyai dua masjid dalam satu
kariah, ia kembali menarik perhatian.
Di
Terengganu isu ini bukan baharu. Ia telah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu.
Malah sebelum ini, bukan sahaja berlaku dua masjid dalam satu kariah tetapi
juga dua imam dalam satu masjid.
Umum
sedar, hal ini berlaku disebabkan faktor politik sempit pembangkang, dan
ditambah dengan fatwa-fatwa politik sehingga segelintir umat Islam telah
terpedaya dengan mereka. Akibatnya, umat Islam bersengketa sesama mereka,
manakala sekumpulan umat Islam yang lain dengan terang menafikan keislaman umat
Islam yang lain.
Akibat
daripada keadaan inilah, maka berlakunya kejadian dua imam dan dua masjid dalam
satu kariah.
Sebagai
umat Islam, saya juga turut sedih dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Hanya
disebabkan cara berpolitik yang sempit, maka tergamak umat Islam berkenaan
menimbulkan perpecahan dengan mewujudkan masjid lain di kawasan yang sama.
Saya
masih ingat, sebelum PRU 1999, pemimpin Pas khususnya selalu melabelkan solat
di masjid yang dibina kerajaan BN tidak Islam, tidak sah kononnya hasil duit
judi dan sebagainya. Maka ramai pengikut yang tidak solat di masjid yang ada.
Peliknya
selepas mereka menang pada PRU 1999, semua masjid yang dulu dihina, dilabelkan
dengan begitu buruk telah menjadi halal.
Maksudnya
di sini, masalah atau isu dua masjid dalam satu kariah boleh selesai jika
pemimpin mereka memainkan peranan dengan memperbetulkan keadaan. Ini soal hokum
yang tidak boleh dibuat main-main.
Justeru,
saya melihat, apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan mengenai perkara
tersebut menggambarkan betapa hal itu sememangnya dalam pengetahuan Baginda.
Titah
Baginda juga seharusnya dipandang serius oleh seluruh umat Islam agar segera
menanganinya agar tidak terus berlarutan.
Marilah
sebagai umat Islam kita bersatu, dan cukuplah dengan perpecahan yang sekian
lama berlaku ke atas kita sehingga kita mudah dipermainkan oleh musuh Islam.
Saya
berdoa, semoga titah Baginda Tuanku itu menjadi permulaan yang penting ke arah
mengembalikan keadaa yang ada kepada sedia kala demi perpaduan dan
kesejahteraan hidup umat Islam keseluruhannya, insya’Allah.