Sunday, December 12, 2010

LIHATLAH KEBAIKAN SEBAGAI BAIK

Assalamualaikum

Salam sejahtera dan salah 1Malaysia buat semua pembaca blog saya ini. Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca catatan saya di sini. Sekurang-kurangnya kita dapat juga berkongsi pandangan dan idea mengenai pelbagai isu.

Sejak kebelakangan ini, saya melihat satu sindrom kurang baik sedang berkembang dengan segarnya di kalangan orang kita. Apa yang saya maksudkan ialah sikap suka menyalahkan orang lain dan beranggapan orang lain sentiasa salah belaka. Dalam konteks politik, apa yang saya maksudkan apabila ada yang sentiasa melihat kerajaan dari persepsi negatif semata-mata walaupun hakikatnya apa yang dibenci itu baik.

Mengapa hal tersebut berlaku?. Bagi saya, ia adalah hasil “racun” yang ditanam ke dalam pemikiran rakyat saban hari oleh pembangkang agar rakyat membenci kerajaan. Tidak syak lagi sebenarnya, kerajaan BN adalah yang terbaik untuk rakyat. Mengapa saya katakan demikian?.

Ia bukan kerana saya adalah wakil rakyat BN, tetapi apa yang berlaku itu sudah pun terbukti. Pembangkang sendiri pernah dan sedang memerintah beberapa negeri. Ertinya, mereka berkuasa. Jadi, apa yang mereka buat setakat ini pada pandangan anda.

Bagi saya, samalah ketika mereka menjadi pembangkang, mereka tetap kekal dengan budaya ceramah memaki hamun orang, menfitnah sehingga lupa atau mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka.

Nah!, terbukti mereka GAGAL dalam mengisi dan mengurus kemenangan. Rakyat di negeri-negeri yang mereka kuasai tidak pernah untung. Nasib baik ada Kerajaan Pusat yang sentiasa memberikan bantuan serta sumbangan.

Apa pun, saya kesal dan terkilan sedikit apabila ada di kalangan rakyat yang termakan “racun” yang dilontarkan pembangkang sehingga mereka tidak melihat setiap kebaikan kerajaan adalah baik.

Bagi saya, perkara sedemikian tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia boleh menjadi penyakit yang akhirnya membawa masalah kepada kerajaan. Kepada rakyat, lihatlah dengan jujur segala apa yang ada.

Terimalah hakikat bahawa mereka yang selama ini membenci kerajaan BN, dan mereka yang menabur “racun” itu serta anak cucu mereka, mereka ini membesar dengan kemudahan yang disediakan kerajaan BN. Jangan sesiapa pun menafikan hal ini.

Sejak disedari seorang ibu itu mengandung, mereka telah mendapat menafaat daripada usaha kerajaan BN. Sekali lagi, jangan cuba nafikannya.

Oleh itu, rakyat harus bersatu, bijak mengurus perasaan dan tidak terlalu bermain dengan emosi atau perasaan. Ingatlah, bak kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita kena bijak, kena profesional dalam hal ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, setiap yang baik dilihat baik. Kepada yang teklah terlajak, anda masih belum terlambat. Jadilah rakyat yang bersyukur. Mudah-mudahan kita boleh dilimpahi dengan lebih banyak kebaikan serta kelebihan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,untuk pengetahuan Yb.Dato'.selagi manusia itu berakal/berfikiran waras tak ada sebab mengapa untuk mereka mengatakan tidak! apabila melihat kebaikan itu.tetapi tak mustahil ia berlaku..itu lah musuh kita!
Dato'..itu bukan racun,kalau racun mati habis lah..makanan sebenarnya!

Anonymous said...

hidup BN............
tp kita jgn alpa....BN perlu bekerja lebih untuk menambat hati rakyat dan bukan itu sahaja...perlu memastikan negara aman damai dan maju...